Majulah diri untuk Agama, Bangsa, dan Negara...

kisah aku dan Dia...part 2


أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Sya'ban sahabat-sahabat.. Semoga dengan keetibaan bulan Sya'ban ini memberi kesedaran kepada kita untuk lebih mencari redha Ilahi...sebagai persediaan kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak.. Entry kali ini masih mengisarkan kisah aku dan Dia.. Bukanlah si dia yang difahami oleh sebilangan sahabat-sahabat kita..tetapi Dia..Yang Satu dan bukannya dua...Yang maha Tinggi dan tidak ada setara dengan-Nya.. Yang Maha Besar dan tidak ada yang sama besar dengan-Nya...Yang Maha Kaya dan tidak ada pula kekayaan-Nya sama dengan kekayaan sesiapa mahupun kurang dari yang lain.. Ya, Dialah Allah S.W.T...

Tidak dinafikan iman kita kadangkala menurun dan meningkat..kalau dulu, telinga ana sering terdengar ayat seperti ini.."كيف ايمانكم جميعا؟ يزيد أو ينقوص؟". Sering mendengar ayat sebegini ketika kuliah Maghrib dan tazkirah semasa berada di asrama ketika dulu.. Sekarang?...kurang sedikitlah nak dengar.. Tak mengapa, insyaAllah..tak lama lagi akan kedengaranlah ayat2 ni..satu lagi ayat yang ana rindui, "Marilah kita merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi dengan limpahan rahmat-Nya kita dapat bersama-bersama berkumpul pada hari ini, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W, dengan pengorbanan Baginda dan perjuangan bersama sahabat-sahabat akhirnya kita dapat mengecapi dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat IMAN dan ISLAM..Alhamdulillah.." Kenangan dan pengalaman yang dapat ana hayati dan manfaatkannya..semoga Allah S.W.T melimpahkan keampunan dan rahmat ke atas kita semua...Ameen..

Sebagai seorang muslim dan ingin menjadi mukmin, marilah kita bersama-sama menghayati asas-asas maghrifat Allah S.W.T.
Rukun-rukun iman:
1. Percaya/beriman kepada Allah
2. Percaya/beriman kepada Malaikat
3. Percaya/beriman kepada Kitab
4. Percaya/beriman kepada Rasul
5. Percaya/beriman kepada Hari Kiamat
6. Percaya/beriman kepada Qada' dan Qadar

Beriman kepada Allah S.W.T merangkumi tiga bahagian Tauhid:
1. Tauhid Rububiyah
2. Tauhid Uluhiyah
3. Tauhid Asma' dan Sifat

Bahagian yang Pertama: Tauhid Rububiyah
Maksud secara ringkas ialah beri'tikad dengan tegas bahawa Allah adalah "Rabb/Pemilik" bagi segala sesuatu dan tidak ada "Rabb (Tuhan)" selain-Nya. Maksud di sini, Kita mesti yakin dan pasti untuk mengakui bahawa Alam dan dunia ini adalah hak dan kepunyaan Allah Taala dan tidak ada sekutu bagi-Nya. Tidak ada yang boleh menandingi Allah Taala..hal ini kerana Allah Taala memiliki segala apa yang berada di langit dan di bumi.
Perkataan "Rabb" dari segi bahasa ialah "tuan punya dan pengurus"
Sebagaimana firman Allah S.W.T dalam Surah al-An'am ayat 71 yang bermaksud "..katakanlah, sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenar) dan kita disuruh agar menyerah diri kepada Tuhan yang memiliki sekalian alam."

Sebagai kesimpulannya, Tauhid Rububiyah ialah pengakuan dan i'tikad bahawa Allah S.W.T merupakan pemilik alam ini dan tidak ada taranya...

Akan bersambung....

Fikir-fikir sejenak, renung-renungkan dan selamat beramal...
Share:

4 comments:

  1. Alhamdulillah...
    bersyukur sgt2 masih diberi nikmat iman dan islam..=)

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah..:) Semoga diberikan hidayah semuanya..

    ReplyDelete
  3. gunakanlah kenikmatan iman dan islam ini selagi masih dberi kesempatan...

    ReplyDelete
  4. Syukur Alhamdulillah..bersama menuju redha Ilahi.. InsyaAllah..masa yang ada harus dimanfaat dgn sebaiknya...

    ReplyDelete

Leraikan dengan kata-kata yer...

Popular Posts

Followers