10 Perkara Sia-sia

Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka,menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalamkategori sia-sia....

Gedung Pendidikan

Blog yang dilancarkan untuk pendidikan di negara kita insyaAllah..mudah-mudahan bermanfaat.

Cantiknya Seorang Wanita...

Semoga bermanfaat.

Kaedah Baghdadiah

Panduan ringkas mengajar al-Quran menggunakan kaedah Baghdadiah.

Kaedah Pengajaran Iqra'

Semoga Bermanfaat..

Geng blogger...

There was an error in this gadget

Friday, June 24, 2011

Perlu ber 'Bin' kan Abdullah Apabila Memeluk Islam?

Ana nak kongsikan info ni yang ana dapat dari blog yang ana follow...meh kite bace ramai2...

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Nama asalnya Ravi A/L Chandran. Ditukar kepada Saiful Islam Bin Abdullah, Saiful pergi ke rumah bapanya lalu menunjukkan kad yang membuktikan ia telah masuk Islam, ayahnya menerima keputusan itu dengan baik, tetapi, ayahnya berkata kepada Saiful, aku tidak pernah menghalang kamu untuk menerima Islam, tetapi, apabila kamu menerima Islam, kamu buang namaku, adakah Islam sebegitu kejam membuang ibu bapa ?

Penukaran nasab seseorang yang menganut Islam kepada Abdullah hanya berlaku di negara Malaysia. Dan tidak berlaku di negara-negara besar seperti Indonesia dan Arab Saudi.

Justeru, di negara ini jika ada persatuan saudara baru yang ratusan anggotanya kesemuannya pasti ber "bin" yang sama "Abdullah".

Maklumat lanjut di link ini:

Thursday, June 23, 2011

Qunut Nazilah

Qunut Nazilah

Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang khusus sewaktu berdiri.
 Qunut nazilah merupakan salah satu daripada tiga jenis qunut yang sunat dibaca dalam solat mengikut mazhab syafie selain qunut dalam solat subuh dan qunut pada separuh malam kedua terakhir dalam solat witir di bulan Ramadhan.

Qunut nazilah sunat dibacakan ketika umat Islam didatangi bala bencana atau ditimpa musibah seperti ketakutan, ditimpa wabak, diserang belalang dan sebagainya. Qunut ini tidak dibacakan jika umat Islam tidak didatangi dengan cubaan-cubaan seperti ini.

Bacaan Qunut Nazilah di zaman Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam pernah dibacakan oleh Rasulullah ketika kejadian pembunuhan beramai-ramai 60 orang penghafaz al-Quran selama sebulan berdasarkan hadis berikut:
Maksudnya: Sesungguhnya Nabi sallallahu`alaihiwasallam telah membaca doa qunut pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabatsahabatnya penghafaz-penghafaz al-Quran.
-Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim-

Tatacara Bacaan Qunut Nazilah

1. Qunut ini boleh dibacakan pada tiap-tiap sembahyang fardhu jika kedatangan bala atau sebarang cubaan dari Allah SWT.

Maksudnya: Dari Abi Hurairah radhiyallahu `anhu beliau berkata : "Demi Allah, sesungguhnya aku akan mendekatkan kamu cara solat Rasulullah S.A.W. Maka Abu Hurairah melakukan qunut pada solat Zuhur, Isya' dan Subuh. Beliau mendoakan kebaikan untuk kaum mukminin dan memintakan laknat ke atas orang-orang kafir".

Maksudnya: Abu Hurairah radhiyallahu `anhu meriwayatkan bahawa sesungguhnya Nabi S.A.W tidak membaca qunut melainkan apabila beliau berdoa untuk kebaikan seseorang atau mendoakan kehancuran seseorang. Apabila baginda berkata: "sami'allahu liman hamidah" Baginda berkata “Rabbana lakalhamd dan Baginda S.A.W membaca doa”.

2. Qunut ini dibacakan pada waktu iktidal selepas ruku’ pada rakaat terakhir.

Diceritakan kepada kami Asim berkata, aku bertanya pada Anas bin Malik tentang qunut, lalu dia berkata sememangnya qunut itu ada. Aku berkata samada sebelum rukuk atau selepasnya, Anas berkata selepas rukuk. Aku berkata lagi, sesungguhnya seseorang telah mengkhabarkan kepadaku bahawa engkau memberitahunya selepas rukuk. Anas berkata dia berdusta, sesungguhnya Rasulullah S.A.W membaca qunut selepas rukuk selama sebulan dan diperlihatkannya ketika mengutus satu kaum yang
dikatakan mereka itu baik bacaannya seramai 70 orang kepada kaum mushrikin yang telah melakukan perjanjian dengan Rasulullah S.A.W (mengikut riwayat hadis yang lain, 70 orang al-qura’ yang diutuskan oleh
Rasulullah tersebut telah dibunuh). Lalu baginda berqunut selama sebulan mendoakan kecelakaan ke atas mereka.

3. Doa qunut nazilah adalah seperti berikut:

Maksudnya “ Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami
memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersolat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana
azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

4. Sunat ditambah bacaan doa ini selepas bacaan qunut harian.

5. Disunatkan kepada Imam untuk membacanya secara kuat dan diaminkan oleh makmum dalam solat yang berjemaah.

6. Sebagai peringatan, qunut nazilah hanya dibacakan apabila manusia ditimpa sesuatu musibah. Maka, solat fardhu selain solat subuh tidak dibaca qunut melainkan jika berlaku sesuatu perkara buruk berdasarkan hadis:

Maksudnya: Sesungguhnya Nabi sallallahu`alaihiwasallam telah membaca doa qunut pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan sahabat-sahabatnya penghafaz-penghafaz al-Quran.
-Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim

Maklumat lanjut boleh muat turun di bawah:

Muat turun fail Qunut Nazilah

Monday, June 20, 2011

Kenangan Kita Semalam...

Assalamualaikum..sahabat-sahabat yang menjengah blog ana ni, semoga kalian sentiasa dirahmati Allah S.W.T hendak-Nya.

Pagi ni ana sepatutnya dah gerak balik kampung dah, tapi ada lagi yang ana kena buat...motor ana kena di pantaulah...semoga perjalanan ana nanti baik-baik jer...doakan ana selamat ye...
Mase ana bangun pagi tadi ana mcm rase sesuatu, seolah-olah sangat rindu dengan kenangan-kenangan yang lepas...sampaikan ana cari lagu lemak manis yang asli...hanya lirik lagu menjadi pengubat rindu ana dengan keluarga JMK 2010/2011. Setahun bersama, pahit dan keruh telah ditelan..namun ana akui...rase rindu dan sayang itu ada walaupun sakit untuk menelannya.. Diharap kalian semua dapat mencapai cita-cita kalian dan seomga sentiasa dirahmati Allah S.W.T sentiasa...

Sopan santun,
Ahli JMK,
Senyum terukir,
Senyum terukir,
Bila disapa.

Dalam kolej,
Memegang tampuk,
Di atas pundak,
Di atas pundak,
Memberi bakti.

Lemak manis alah amboi-amboi,
Santan kelapa alah amboi-amboi,
kupandanglah manis alah amboi-amboi,
JMK siapa?
x2
JMK KHAR

Sham Wak Abu
Jadi bang sulung,
Nisah Jah Ilya
Dan Lin juga jadi kakaknya.

Bang dan akak,
Dan adik-adik,
Setahun bersama,
Duduk bersenda,
Tidak terkira.

(chorus)

Ika Fizan,
Mirul dan Shiroh,
Krisna dan Francis,
Rie datin Atau,
Saling berkasih.

Wawa Mariyah,
Zurin dan Lian,
Fatin Hala Awen,
Sue Syahril Pakdin,
Saling berjuang.

(chorus)

Lemak Manis

Friday, June 03, 2011

Filem Melayu vs Filem Ajnabi



Assalamualaikum sahabat2....

Haaa...baru2 ni, semalam or kelmarin camtu la ana menonton la filem ni. Bkn g wayang pun..ad kawan bg..pe lagi layan la tgk.. tapi tu la, agak sedih juga...Sebagai mahasisswa yg bakal menjadi guru, ana tersentap..semakin byk filem2 yg menonjolkan suasana di dlm kelab2 mlm dan minuman keras.

219. Mereka bertanya kepadamu tentang khamar (136) dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfa'at bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfa'atnya". Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: " Yang lebih dari keperluan." Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir, (136)

Segala minuman yang memabukkan adalah haram di sisi Islam. Namun dengan fenomena industri filem hari ini, kita sebagai umat Islam masih tidak mampu berbuat apa2 untuk mencegahnya...dari usia muda didedahkan dengan minuman keras kalau tidak pun diperkenalkan dengan jenama minuman keras di kaca TV. Dulu jenama minuman keras dan rokok menjadi penaja utama di kejohanan2 sukan mahupun perlawanan bola sepak. Alhamdulillah atas kesedaran kita, kerajaan mengharamkan perkara tersebut berulang kembali. Namun timbul pula isu baru. Industri perfileman kita sering mengangkat minuman keras, kelab malam, hubungan hubungan songsang, gejala sosial, dan yang sewaktu dengannya...

Tidak salah kita mahu memberi pengajaran kepada penonton tentang mesej yang mahu disampaikan dalam filem atau cerita tersebut..tapi alangkah hibanya jika penonton tidak mengambil pengajaran daripada jalan cerita yang disampaikan??? Mungkin juga penonton berfikiran, minuman keras ni boleh jer minum, bir, wain...dalam cerita tersebut tiada satu pun dipertontonkan gejala buruk minuman keras dan akibatnya..jika ada alhamdulillah...namun carilah jalan cerita yang lebih elok dan sopan sesuai dengan masyarakat Islam yang kita alami ini. Bukan satu environment yang kita cipta bagi menolak cara hidup Islam.

Akan bersambung....

Aku Masih Seperti Dulu...

Tika ini di saat ini....
Kakiku melangkah laju seperti dulu...
Ligat menapak bumi yang basah dicurah keringat sendiri..
Meredah medan perjuangan demi perjuangan..

Kini aku tinggal aku....
Engkau dengan dunia engkau..
Namun aku masih seperti dulu...
Mencuri pengalaman demi pengalaman yang mematangkan usia...

Aku ada engkau untuk aku curahkan kasih..
Aku masih seperti dulu...
Cintaku kepadamu tidak luntur...
Sayangku kepadamu tidak lapuk..

Dulu kita pernah bersama meredah lautan tidak berpantai..
Menempuh geloranya ombak prasangka..
Lemas dalam lamunan harapan..
Kecewa impian tidak tertunai...

Namun aku masih seperti dulu..
Bergelak ketawa senda gurau..
Sama seperti dulu..
Tidak jauh bezanya dulu, kini dan mungkin juga akan datang...

Kini aku menanti khabar yang tidak pasti...
Semoga berbahagia hingga ke akhir sana...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bonus untuk Anda