10 Perkara Sia-sia

Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka,menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalamkategori sia-sia....

Gedung Pendidikan

Blog yang dilancarkan untuk pendidikan di negara kita insyaAllah..mudah-mudahan bermanfaat.

Cantiknya Seorang Wanita...

Semoga bermanfaat.

Kaedah Baghdadiah

Panduan ringkas mengajar al-Quran menggunakan kaedah Baghdadiah.

Kaedah Pengajaran Iqra'

Semoga Bermanfaat..

Geng blogger...

There was an error in this gadget

Friday, December 16, 2011

Selamat melancarkan blog baru!!!

Assalamualaikum dan semoga sentiasa berada dalam rahmat Allah S.W.T.

Hampir sahaja blog ini tersadai tanpa ana usik..selalu buka tetapi tak sempat utk membuat entry yang terbaru...byk kekangan yang dihadapi...maklumlah minggu2 terakhir kuliah sentiasa menjadi rebutan utk mahasiswa menghantar assignment, pensyarah pula sibuk membuat kelas ganti dan bagi kami pula ada tambahan..iaitu Tasmi' al-Quran. Jd nye terpaksa melupakan sementara aktiviti2 blog ni. Tapi ana sempat juga utk membuat satu blog utk kursus yg ana ambil semester ni. Yg ini khas utk pendidikan, InsyaAllah..semoga Allah memberkati usaha ana ini.

http://gedungpendidikan.blogspot.com

Blog ni merupakan salah satu tugasan penyediaan BBM. Ana bersama dengan sahabat ana sorg lagi meruapkan satu group. Kami buat video dan blog. Video tu bg ana tak sesempurna mana. Mcm tak sesuai utk ditonton oleh pelajar2..tp mungkin sahabat2 ada pndgn lain dan ana sedia menerimanya..InsyaAllah.. Semoga kerje2 dakwah kita sentiasa dipermudahkan oleh Allah S.W.T ameen.....

~majulah diri untuk Agama, bangsa, dan negara~

Wednesday, November 16, 2011

50 Nasihat untuk Muslimat (part 2)



6. Jika ingin berkata-kata, maka jauhkanlah daripada memebesar-besarkan diri, bermanis-manis kata dan terlena dalam buaian kata, ini disebabkan sifat ini sangat dibenci oleh Rasulullah S.A.W. Sabdanya:
"Sesungguhnya sesuatu yang paling saya benci dan paling jauh posisinya dariku pada hari kiamat adalah mereka yang banyak bicara, angkuh dalam berucap dan besar mulut." (HR. Tirmidzi)

7. Jadikanlah peribadi Rasulullah S.A.W sebagai teladan yang baik. Di antaranya banyak diam, banyak berfikir dan tidak banyak ketawa apatah lagi sampai melalaikan diri.

8. Jangan memotong pembicaraan orang, membatasi atau meremehkannya. Jadikanlah pendengar yang baik. Bantahlah mereka dengan uslub (metod) yang baik sebagai cermin dari keperibadian yang mulia.

9. Hindarilah segala bentuk celaan, atau menceritakan aib orang lain. Sabda Rasulullah S.A.W:
"Seorang muslim itu saudara bagi muslim lainnya dia tidak menzaliminya, tidak mengecewakannya, juga tidak pula menghinanya. Maka cukuplah seorang itu digolongkan dalam keburukan bila ia menghina saudaranya yang muslim." (HR.Muslim)

10. Jika kamu mendengar bacaan al-Quran al-Karim, maka hentikanlah segala pembicaraan bagaimanapun pentingnya, sebagai rasa hormat terhadap Kalamullah, dan juga sebagai pelaksanaan perintah-Nya.
"Dan apabila al-Quran dibacakan maka dengarkanlah dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat." (Al-A'raf 204)


~fikir-fikir sejenak, renung-renungkan dan selamat beramal~

Saturday, November 05, 2011

50 Nasihat untuk Muslimat (part 1)





1. Hindari sikap kurang puas dan perbanyakkanlah diam. Firman Allah S.W.T dalam surah an-Nisa ayat 114 yang bermaksud:

  
114. tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat ma'ruf, atau Mengadakan perdamaian di antara manusia. dan Barangsiapa yang berbuat demikian karena mencari keredhaan Allah, Maka kelak Kami memberi kepadanya pahala yang besar.

Oleh itu, kepada ukhti...berbicaralah apa yang sesuai dan mengikut keperluan dan ringkaskan ucapanmu. 



2. Bacalah al-Quranul Karim dan buat jadual harian bertadarrus serta berusaha untuk menghafalnya semampu yang boleh supaya mendapat pahala yang besar pada hari kiamat nanti. 
Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda: Kepada yang senang membaca al-Quran di hari kiamat nanti dikatakan: "Bacalah dan perbaikilah bacaanmu sebagaimana yang telah kamu kerjakan di dunia dahulu, maka sesungguhnya kedudukanmu itu tergantung kepada akhir ayat yang sedang kamu baca itu."  (HR. Tirmizi)





3. Bukanlah merupakan satu kebaikan apabila selalu berkata-kata dan berbicara  terhadap setiap hal yang kamu dengar, kerana hal itu boleh menyebabkan kamu terjerumus ke dalam pembohongan.
"Abu Hurairah r.a berkata bahawa, Rasulullah S.A.W bersabda: 'Cukuplah bagi orang itu disebut pembohong jika ia berbicara terhadap setiap apa yang ia dengar.' (hadith Riwayat Muslim." 





4.  Jauhilah sifat sombong dan membanggakan diri dengan sesuatu yang tidak kamu punyai dengan tujuan memperbanyakkan harta dan mendapat kemasyhuran di mata manusia.


Aisya r.a meriwayatkan bahawa seorang wanita bertanya kepada Rasulullah S.A.W: "Bolehkah saya mengatakan bahawa suami saya telah memberikan sesuatu padahal dia tidak memberikan sesuatu kepadaku?" rasulullah lalu bersabda: "Orang yang menyiarkan tentang apa yang tidak dia terima (pemberian) bagaikan orang bagaikan orang yang memakai dua baju kebohongan." (Muttafaq Alaihi) 





5.  Zikrullah itu mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam kehidupan seorang muslim, baik dilihat secara ruhaniyah, kejiwaan, jasmani mahupun sosial kemasyarakatan. Oleh itu, jagalah wahai saudaraku, ingatlah kepada Allah S.W.T setiap saat walau bagaimanapun keadaanya. Sesungguhnya Allah Azza Wa Jalla telah memuji hamba-hambaNya yang mukhlis (ikhlas). Firman-Nya dalam Surah al-Imran ayat 191:


191. (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. 



~fikir-fikir sejenak, renung-renungkan dan selamat beramal~ 

Wednesday, October 26, 2011

Ujian Personaliti

Assalamualaikum dan salam muhibbah...
Kali ni ana nak kongsi ngn sahabat2 tentang ujian personaliti diri yang pernah ana test..seingat ana mase tu test personaliti diri untuk interview jawatan something la.. hanya untuk suke2.. jangan terlalu taksub dh la yer, kebetulan atau suratan wallahua'lam..tapi ape pun ini berdasarkan kajian ahli psikologi yg mengkajinyer.. Cubelah tgk2 kena dgn personaliti diri kalian ke tak.. Selamat mencuba...


Pilih corak di bawah yang menggambarkan anda secara tepat/ paling hampir

Pakar psikologi telah mencipta corak2 tersebut. Mereka telah mengujinya di peringkat global, selama beberapa tahun. Terdapat 9 jenis personaliti asas.

 



 





Jawapan:
Dah pilih? Kalau boleh janganlah mengelat ye. Pilih dulu baru baca review tau. Hehehe
(Pilihan no gambar dari kiri ke kanan)
1- Introspektif, Sensitif, Reflektif
Anda dapat memahami diri dan persekitaran anda dengan lebih kerap dan mendalam jika dibandingkan dengan kebanyakan orang lain. Anda bencikan kedangkalan; anda lebih sanggup bersendirian berbanding dengan bercakap perkara remeh. Perhubunan anda dengan rakan-rakan adalah amat intensif; ini memberikan harmoni dan ketenangan dalaman yang mengakibatkan perasaan baik. Anda tidak keberatan bersendirian bagi jangka masa yang panjang; anda jarang berasa bosan.

2- Berdikari, Tak Konvensional, Tak Tersangkut

Anda mengehendaki kehidupan bebas dan tak tersangkut untuk membenarkan anda menentukan arah tuju sendiri. Anda mempunyai kecenderungan seni dalam pekerjaan atau aktiviti riadah. Kadang kala, deskan anda untuk kebebasan menyebabkan anda melakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang dijangkakan daripada anda.

3- Dinamik, Aktif, Ekstrovert

Anda rela menerima risiko-risiko tertentu untuk mendapatkan kerja yang menarik dan pelbagai. Sebaliknya, rutin berkecenderungan untuk meninggalkan kesan lumpuh pada diri anda.
Anda suka sekali berupaya memainkan peranan aktif dalam peristiwa dalam hidup anda. Dalam usaha anda yang berkenaan, inisiatif diri sangat nyata.

4- Terus Terang, Seimbang, Harmoni
Anda menghargai gaya natural dan suka perkara yang tak rumit. Orang lain mengagumi anda kerana anda praktikal dan mereka boleh bergantung kepada anda. Anda memberi orang yang rapat dengan anda rasa selamat dan kelapangan. Anda dipersepsikan sebagai orang yang mesra dan insani. Anda menolak segala yang menyilaukan dan lapuk. Anda berkecenderungan untuk berasa skeptik terhadap kehendak trenda fesyen. Bagi anda, pakaian haruslah praktikal dan tampan tanpa menonjol.

5- Profesional, Pragmatik, Yakin Diri

Anda menguasai hidup anda dengan lebih mempercayai usaha sendiri daripada nasib. Anda menyelesaikan masalah dengan ragam yang praktikal dan tak rumit. Anda memandang secara realistik unsur-unsur dalam hidup dan menanganinya tanpa ragu-ragu. Anda diberi banyak tanggungjawab di tempat kerja kerana orang lain boleh bergantung kepada anda.
Kekuatan azam anda yang menonjol menunjukkan sifat keyakinan diri kepada orang lain. Anda tidak berpuas hati sepenuhnya sehingga anda telah mencapai idea-idea anda.

6- Tenang, Berhati-hati, Tak Agresif

Anda mudah berbicara tetapi bersifat berhati-hati. Walaupun anda berkawan dengan mudah anda menikmati persendirian dan kebebasan. Anda suka memencilkan diri dari masa ke masa untuk merenung tentang erti hidup serta menikmati sendirian diri. Anda memerlukan kelapangan, jadi anda berlepas ke tempat bersembunyi yang permai. Namun, anda bukan penyendi. Anda berdamai dengan diri sendiri dan dunia, serta anda menghargai hidup anda dan apa yang ditawarkan oleh dunia ini.

7- Tanpa Bimbang, Berkelakar, Riang
Anda suka hidup yang bebas dan spontan. Anda cuba menikmati hidup anda dengan sepunuhnya mengikut motto: "Anda cuma hidup sekali."
Anda bersifat ingin tahu dan terbuka kepada segala yang baru; anda memajukan diri atas perubahan. Tiada yang lebih buruk daripada rasa diikat. Anda mengalami persekitaran sebagai sesuatu yang versatil dan sering menakjubkan.

8- Romantis, Pelamun, Beremosi
Anda seorang yang sensitif. Anda enggan memandang dari segi rasional dan waras sahaja. Perasaan anda membawa erti yang sama penting. Anda berpendapat bahawa harapan adalah penting dalam hidup.
Anda menolak orang yang mencaci romantisme dan hanya dipandukan oleh rasionaliti. Anda tidak membenarkan sebarang kongkongan terhadap variasi perasaan hati dan emosi anda.

9- Analitik, Amanah, Keyakinan Kendiri
Perasaan halus anda bermutu tinggi dan tahan lama. Akibatnya, anda suka mengelilingi diri dengan "permata-permata" yang anda temui sendiri apabila orang lain terlepas perhatian.
Justeru itu, kebudayaan memainkan peranan khas dalam hidup anda. Anda telah menjumpai gaya peribadi sendiri, yang tampan dan ekskusif - serta bebas daripada olahan fesyen. Kehidupan anda adalah berlandaskan ideal diri iaitu kesukaan yang beradab. Anda menghargai sesuatu tahap kebudayaan daripada orang yang anda berkawan.


~ok tak??..fikir-fikir sejrnak,, renung-renungkan dan selamat beramal..~

Sunday, October 23, 2011

Muktamar Persatuan Pendidikan Islam UPSI

Assalamualaikum dan salam muhibbah sahabat2...

Hari ini merupakan Annual Grand Meeting ke-8 bg PPI..senang sebut muktamar la..tak pun mesyuarat agung persatuan...sekilas pandang perjalanan meeting ni alhamdulillah berjalan lancar walaupun kehadiran agak "memberangsangkan".. Di akhir meeting adalah pengumuman saff2 kepimpinan MT yg baru..baru kali ini lah ana berkesempatan hadir secara penuh meeting agung ni..sebelum2 ni separuh hari je dtg sebb ada program lain..kali ni jadi ajk pelaksana, alhamdulillah merasa la jg suasana muktamar ni dr awl hingga la akhir..

Tahniah dan takziah kepada sahabat2 yang dilantik menerajui saff2 kepimpinan baru, semoga antum dapat melaksanakn taklifan yg diberikan dengan sebaiknya dan mudah2an dipermudahkan segala urusan untuk kebaikan bersama dan dapat melebarkan sayap dakwah di bumi UPSI ini.



Sebenarnya sepanjang muktamar berlangsung ana duduk di bahagian teknikal, jd 'tukang ketik slide" jer..sbb ajk yg bertugas xdpt hadir..xpela..lagipun pengalaman kan..walaupun selama dh byk kali jd "tukang ketik slide" ni, tp yg ni berbeza la..sbb organisasi yg lain..




Gambar agak kabur sedikit, ana snap gambr ni gune LG W525.. Hp tu dh agak tak berfungsi sbb touch scrin dy problem..boleh snap gmbr jer...
Ape pun, semoga yg hadir td memperoleh keberkatan drpd Ilahi serta dpt bermuhasabah diri tentang ape ertinya kepimpinan khususnya dlm pimpinan organisasi dan umumnya kpd diri sendiri kerana diri sendiri yang memimpin diri ke arah jalan yang dikehendaki... Wallahua'lam...


Wednesday, October 12, 2011

Raya at KHAR



Assalamualaikum dan salam muhibbah..

Nampaknye semakin tersadai blog ni yer..agak sibuk jgk la dlm mase ni..sehingga kurg ad mase utk explore entry terbaru... Sebenarnye bkn raya at khar sgt pun...tp JMK KHAR yg adakan jamuan raya camtu la...so ana dan geng2  pun join la utk makan dan meraikan prgram ni.. Pakai je yg mana ad..jnji sopan kan... Walaupun agak terlewat sambutan @ jamuan ni..apepun terima kasih kpd JMK yg masih sudi meraikan penghuni KHAR ni...yg mana kurang kite same2 topup kan..yg mana lebih kite same2 kongsi2kan la....

Perancangan terbaru utk ni masih kabur2...ingt nak buat prgram di sekolah lame..tp nampak mcm sibuk di bumi UPSI ni sehinggakan terbantut plan2 yg dh ad..byk dh tugasan dan esemen yg kene setlekan awl..

Ape pun doakan la kite semua sentiasa di dalam Rahmat Allah S.W.T...




~fikir-fikir sejenak, renung-renungkan dan selamat beramal..~

Friday, September 23, 2011

Kenangan silam yang tak berapa silam...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..salam muhibbah...

Lame rasenye tak menukilkan apa2 di sini kan... Sebenarnya kelas agak sibuk dan sambil2 membantu di pejabat hostel.. Pengalaman menjadi pelajar memang amat berharga..pernah ingat zaman2 sekolah dulu?..mesti rindu kan..rase menyesal tak dapat buat itu dan ini...same juge halnya dgn ape yg ana lalui sebagai mahasiswa UPSI ini..nak tak nak kena buat yg terbaik agar tak menyesal di kemudian hari, tambahan pula nak menjadi warga pendidik, segala pengalaman ana jadikan sebagai pelajaran untuk ana praktikkn semasa bekerja kelak.


Kelas di surau, masa ni Kelas Tingkatan 2 


Ana tak ingat name kelas dorg ni, tp masa ni ana ajar sesi petang. Ana sempat mengajar semasa menunggu keputusan UPU keluar. Sempat menimba pengalaman selama 4 bulan. Ana ingt sampai sekarang bagaimana pelajar ponteng kelas, bermain dalam kelas dan banyak lagi la...semuanya ana simpan sampai sekarang utk ana hadapi pd masa praktikal dan bekerja nanti.. Untuk sekolah luar bandar selalunya kelas dibuat di surau atau musolla disbbkan ruang kelas yg tak efektif kerana bilangan murid yg ramai ekoran Mata Pelajaran Pend Islam ni mereka bergabung kelas.

Kelas tingkatan 1


Sepanjang ana mengajar di sesi pagi, ana menggantikan Ustzah yg cuti bersalin selama 2bulan, ustzh ni ditugaskan utk mengajar kelas pertenghan sehinggalah kelas hujung, yg menariknya ustzh ni merupakan pemeriksa kertas Pend Islam PMR. Klu nak dibandingkan dengan ana apalah sangat, kptsn STPM pun xkeluar lg mase tu. Tapi mase mengajar di sesi petang di sekolah yg sama (kebetulan pula) sbb menggantikan ustzh yg cuti bersalin juga  (ustzh ni dlu duduk di meja seblah meja ustzh yg ana ganti mase sesi pagi dlu..) Sesi petang ana mengajar kelas pertama sehinggalah pertengahan dan xpernah ana duga, dpt juga mengajar subjek Amalan Bahasa Melayu utk murid2 kelas peralihan yg terdiri drpd murid2 india dan cina.

Lari dr tajuk pula kan..hehe.. Sebenarnya nak cerita pengalaman alam persekolah dan alam pembelajran yg perlu dimanfaatkan sepenuhnya..tp cerite tentang mengajar pula... Sepanjang di UPSI, masih ad lagi yg perlu ana cari gali sebagai bekalan pada masa akan dtg..

~~Fikir-fikir sejenak, renung-renungkan dan selamat beramal..~~

Sunday, September 18, 2011

Langkah Baru...

Assalamualaikum dan Salam muhibbah...

Sekali lagi hati ini teringatkann kisah2 lalu..di saat jauh drpd-Nya,, ana sering mengimbau kisah2 lalu yg banyak memberi pengajaran dan dpt mengenal diri ana sendiri.. Apa tujuan hidup ana di muka bumi ini..sudh semestinya tidak lain tidak bukan adalah utk menghambakan diri kpd Yang Esa.

semasa di tepi pantai  berhampiran dengan Pulau Rondo 

Kita sering mengaitkan sesuatu prkara yg tidak elok dengan azab dan balasan drpd Ilahi....dengan keadaan yg berlanjutan mungkin ia akan menghijab kasih dan rahmat Ilahi... Sedarkah kita bahawa Allah Taala sgt pemurah? Sgt mengasihi hambanya? Maha Adil? Walaupun kita byk membuat dosa, namun DIA sentiasa melihat kita, tidak pernah mengabaikan kita, di kala sush DIA bersama kita..rezeki yg DIA berikan kpd kita tidak putus2 walaupn kita tidak solat, puasa, dan melakukan lemungkaran..tidak pn DIA menarik balik nikmat udara utk kita bernafas, tidak pula DIA menimpakan azab seperti kaum2 terdahulu..

Ku bersyukur krn masih ada waktu lg..wlupn hayat tidak lama..tidak di duga hayat kita...

semasa kursus pemantapan organisasi


Kita tidak akan dpt hidup berseorangan, kita memerlukan pasangan sebagaimana Allah S.W.T menciptakan Hawa drpd rusuk nabi Adam. Kemudian DIA mengurniakan pula anak2 drpd mereka berdua.. Begitulah hukum alam yg Allah aturkan utk kita. Andai kita mahu lakukan kejahatan sekalipun kita tidak berseorangan. Syaitan ada bersama kita semasa melakukan kejahatan.. Begitu juga jika melakukan kebaikan...Malaikat ratid dan atid akan mencatat setiap amal kita, tidak kira baik ataupun buruk. Bagi memaintainkan amal kebaikan kita, kita disarankan supaya utk hidup dlm berjemaah/bermasyarakat....tidak akan berjaya usaha kita jika berseorangan... Ana rindukan teman2 yg membimbing ana utk turt sama melakukan amal kebaikan...

Fikir-fikir sejenak, renung-renungkan dan selamat beramal..

Friday, September 16, 2011

Nota Cinta



gambar hiasan...






Tajuk Nasyid : Nota Cinta
Artis : Saujana
Album : Nota Cinta

Andainya dapatku menulis
Nota-nota cinta buat diri-Nya
Ingin ku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri

Ku sembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke Syurga

Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada-Nya
Kasihku tulus buat-Nya
Setiaku balas kasih-Nya
Kasihku kasih yang setia
Pada yang punya

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat-nya
Akurku kebesaran-Nya
Teragung Maha Suci-Nya
Taatku hamba yang hina
Pada Pencipta

Kiranya aku hilang arah
Jalan hidupku berubah punah
Namun kasih-Nya tak pernah akan musnah
Belas rahmat-Nya terus mencurah-curah
Nur Hidayah-Nya semakin cerah


 
gambar hiasan...

Wednesday, September 14, 2011

Bila semester baru menjelang...

Assalamualaikum dan salam muhibbah...

Hari ni ana nak citer pasal semester baru pula..sblm ni tentang "SEMESTER BARU".. jadi berkesinambunganlah moga2nye..menjelang jer semester baru ni mcm2 yg perlu dibuat.. Bagi adik2 or abg2 kakak2 yg baru mendaftarkan diri 7hb September yg lalu semestinya keperluan diri mahu dilengkapkan sepenuhnya..tak mahu kurang sikit pn kan..kan2..hehe.. Daripada baju kuliah, baju jenjalan, baju tido, baju main2..seluar pula..same jer..sehinggalah gadget2 lain seperti HP, laptop, dll... rasanya kalau boleh semua nak baru dan elok kan.. Tapi bg yg kurg berkemampuan, bersederhana sahaja..tiada masalah..niat kite dtg untuk belajar kan..bukan utk memperagakan fesyen mahupun kemewahan.. "Innallaha ma'ana"..sesungguhnya Allah bersama kita..jadi jgnlah takut kerana kite serba kekurangan drpd material..tp kita harus takut akan azab dan balasan yg telah dijanjikan oleh Allah S.W.T..

 
Semasa MSK pelajar2 baru ambilan Sept
Bagi ana, sebagai pelajar yg boleh dikatan agak lame di bumi UPSI ni, segala keperluan tak byk yg ditambah, sekadar menambah apa yg telah kurg dan tiada..lagipun ana ad di bumi UPSi ni sepanjang cuti semester lalu..hampir 4bulan di sini bersama sahabat2 lain.. Namun bg yg tidak seperti kami, mesti sibuk utk uruskan brg, rumah baru, nak kemas rumah dan sebagaunya..ditambah pul dgn aksesori yg lain kan.. Niat harus dibetulkan..masih belom terlambat utk semester baru ini.. Niat dan AZAM...

Semasa pendaftaran pelajar2 senior..

Masuk kali ini,merupakan tahun kedua ana terlibat dengan pendaftaran pelajar2 baru dan lama..setahun bersama JMK2010/2011 dan kini bersama SKIM...konon2nye 1skim..hehe...dh ad baju sendiri lak tu..mgkin entry seterusnya ana citer pasal baju tu la..di KHAR lah kenangan indah berjaya ana ukir di hati...KHAR tetap di hati..(sebenarnya kesuntukan mase ni..huhu..ada keje lain nak dibuat...)

Fikir-fikir sejenak, renungkan dan selamat beramal...

p/s: Syukran ila Putera Chini







Tuesday, September 13, 2011

Semester Baru






Assalamualaikum dan salam muhibbah...

Apa khabar sahabat2 sekalian?..moga sentiasa dalam sihat walafiat. Walaupun hari ini merupakan hari kedua kuliah bagi pelajar2 Ijazah di IPTA, khususnya UPSI la..Universiti Pendidikan Sultan Idris, mungkin juga Universiti Penyelidikan Sultan Idris satu hari nanti.. Di kesempatan ini ana mengucapkan Selamat Berkuliah, semoga dengan semester baru ini, azam baru utk menghadiri kuliah semakin tinggi dan semangat untuk menyiapkan tugasan dengan baik dan cepat juga perlu ditanam..lepastu kita semai di hujung semester nanti la...

Belajar tidak pernah akan habis...ad satu pepatah yang ana dapat semasa lawatan ke Aceh pada tahun 2008 yang lalu berbunyi :.."semakin banyak kita belajar semakin banyak kita tahu, semakin banyak kita tahu semakin banyak kita lupa, semakin banyak kita lupa semakin sedikit yang kita tahu...". Lebih kurang mcm tu la bunyi nya... Dengan bermulanya semester baru ni, kena la cari bahan utk siapkan tugasan...jgn malas2 yer.. Kita mulakan dengan lafaz بسم الله الرحمن الرحيم.....

Fikir-fikir sejenak, renung-renungkan dan selamat beramal...semoga maju jaya..

Thursday, September 08, 2011

تقبل الله منّا ومنكم, كلّ عام و انتم بخير



السلام عليكم ورحمة الله وبركته
سلام عيد الفترو من العيد والفإيزين....





Salam Aidilfitri....
Apa khabar org kampung.. Eh, ana pun org kampung..khabar baik..alhamdulillah... 
Sepatutnya entry ni ana siarkan pd 1 Syawal yg lepas..tp tak berkesempatan dek kesibukan melayan tetamu dan beraya serta berziarah ke rumah saudara sementara masih ada cuti kan..



Tajuk entry ni adalah satu doa apabila menjelang Syawal....maksudnya : "Semoga Allah menerima amalan kami dan amal kamu, semoga sepanjang tahun ini kamu berada dalam kebaikan."

Semalam, 7hb Sept, kebanyakan pelajar2 baru telah mendaftar di IPTA2 yg telah ditawarkan kepada mereka..semoga dengan permulaan langkah baru di menara gading ini sebagai langkah yang terus maju... Begitu juga di UPSI, ana telah bersama2 membantu melancarkan dan menjayakan sesi pendaftran di KHAR... Tahniah dan takziah diucapkan kepada mereka semua...begitu juga dgn adik ana yg mendaftrkan diri di UPM ptg smlm...tahniah dan takziah...semoga segala urusan kalian dipermudahkan oleh Allah S.W.T..





Monday, August 29, 2011

Ramadhan Terakhir..

Assalamualaikum dan salam muhibbah..

Hari ni merupakan hari ke-29 kite berpuasa kan..maksudnye 29 Ramadhan. Ramadhan tahun ini pun memang ada 29 hari jer..ini bermakna kalau ikut kalendar esok la kita raya bersamaan 1 Syawal.. Mesti sahabat2 semua menyambut dgn meriahkan.... Kuih raya, baju raya, langsir raya, xpun kereta raya macam cerita "Pusing Raya" semasa cerekarama di TV3 Sabtu malam yg lepas kan.. Ape pun sambutlah dengan sederhana..klu lebih2 nanti membazir dan boros...bulan puasa ni elok2 syaitan dibelengu, kite pula yang jadi syaitan..sbb ape?...membazir itu saudara syaitan...


إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُواْ إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُوراً -27
Surah al-Isra':27
"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat kufur kepada Tuhannya."

Kalau saudara syaitan tu kirenye syaitan juga la kan..Nauzubillahi min zalik...


Dalam kite menantikan Syawal, kite meninggalkan pula madrasah Ramadhan yang amat dicintai..bulan penuh rahmat, dibukakan semua pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka... Amalan yang kite lakukan dilipat gandakan.. Akan tetapi semua daripada kitakah yang merasai hikmat bulan Ramadhan ini? Hari ini merupakan hari terakhir sebelum kite menantikan Ramadhan yang akan datang..namun, adakah ada lagi kite utk Ramadhan yang akan datang?.. Mungkinkah ini Ramadhan Terakhir?..masih ada waktu lg utk kite merenungi apa yang kite lakukan..di kesempatan pintu taubat terbuka dengan luas.. Ayuh sahabat2, saudara2 sekalian..bersama kite menjadi muslim dan mukmin yang taat perintah Allah S.W.T..meninggalkan segala larangannya..menjadikan al-Quran dan Hadis sebagai panduan sehingga akhir zaman.. Wallahu 'alam..

Fikir-fikir sejenak, renung-renungkan dan selamat beramal..

Thursday, August 25, 2011

Follower ke-100..

Assalamualaikum..
 Xsangke hari ni ana bkak2 je blog ana, dh ad 100 follower dh..terima kasih kepada beliau...
http://daridapuridah.blogspot.com/


Terima kasih kepada beliau..ni sempena ana nak blek kampung hari ni kot..Doakan ana selamat sampai ke kampung yer..dari Bandar UPSI ke BAGDAT...

Selamat pulang beraya semua..
Fikir-fikir sejenak, renung-renungkan dan selamat beramal..


Wednesday, August 24, 2011

Jadi follower ke-100

Assalamualaikum dan salam muhibbah sahabat-sahabat..
Semalam ana g la blogwalking, masuk segmen sklai..pastu follow2...akhirnya bertemu la dengan blog yang follower dy 99...so ana pun dengan pantas men'join' this site la..so jadi la follower yang ke-100..hehe..
Bile lak ana nak dpt follower yang ke-100 kan..huhu.. xpe la..mcm bertuah pn ad....ni la entry yg blogger tu cerite pasal ana kt blog dia....copy n paste jer...penghargaan utk diri dan sebagai pembakar semangat...


tadi bukak jew blog , tengok dah 100 follower ! perrrghhh ! syiookkk . hee . maklum lahh blogger baru . bile follower dah cecah ratusan orang , mule lahh jadi hyper . hehe .

jom kenal kenal dengan follower saya yang ke 100 ni . Hafizan namanyer . klik header dia kat bawah ni oke .


terima kasih follower saya yang ke 100 :)
hee . oke lahh . babaii !


yang benar, 

Klik nama atas ni utk ke blog dia...
*bila la ana nak dpt follower ke-100 macam sahabat blogger ni dan yang lain kan.. yang pasti, ana nak bagi hadiah misteri la... InsyaAllah....

Tuesday, August 23, 2011

Mari Beraya


Salam Ramadhan semua..hari ni dh masuk 23hb Ramadhan..xtau la kenapa tetibe hari ni rajen nak join segmen2 nih..klik link di bawah klu link di gmbr ad prob..

Selamat Beraya 

Ape2 pun selamat beraya yang bakal tiba..Ramadhan yang tinggal beberapa hari lagi nioh manfaatkan sepenuhnya dengan amal ibadat dan sewaktu dengannya..

Fikir-fikir sejenak, renung-renungkan dan selamat beramal..

JOM tambahkan FOLLOWER !!!


Salam Ramadhan sahabat2...tetibe pagi ni tergerak lak g blog sorang kawan ni... Putera Chini pastu ad la satu entry ni cite pasal nak tambah follower..so ana pun nak join gak la...harap2nyer berjaya la tambahkan follower yer..pastu buat trafik sesak sikit2..hehe..

Salam 23 Ramadhan 1432h..

Usai Solat Subuh itu,
aku mengundur diri pulang untuk menatap Kalam Ilahi...
Rasanya sudah lama aku tidak berasa sayu dan syahdu sperti subuh itu. 
Mungkin pernah dahulu aku berasa begitu, merenungi diri...
sejauh manakah aku membawa diri ini menuju jalan Ilahi... 
Sambil ditemani lagu "doa ku"..
mengimbau kenangan perjuangan diri semasa di alam itu... 
Betapa azamnya diri ini menuntun tariq yang satu..
menanamkan dalam diri segalanya fisabilillah.. 

Namun, 
begitu jauh telah kaki ini melangkah sejauh melangkahkan kaki menjauhi alam itu..
Jiwa muda, 
jiwa remaja....
telah hilang manisnya...
halawatul iman yang dikejar entah ke mana...
semakin jauh kaki ini tersasar dan tersandung..
Dulu kini dan selamanya...
Aku tidak pernah puas...
Merenungi di mana tempatku di sisi Ilahi..
Lisan yang menoda...
Penglihatan yang ternoda..
Pendengaran yang rosak...
Jasad yang sakit..

Fajar hampir tiba..
Di manakah aku?..
Mencari diri sendiri hanyut dalam lena..
Bilakah aku akan tersedar?..
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Letakkanlah daku dalam Penjagaan-Mu...
Di dalam Redha-Mu..
Di dalam Rahmat-Mu...
Yang lepas tidak mungkin dapat diukir semula..
Jauhkanlah daku dari Azab Api Neraka-Mu yang dahsyat....
Ku pohonkan juga kurniakanlah kepada ibu bapaku,
sanak keluargaku,
kaum kerabatku, 
jiran2ku, 
guru2ku,
sahabat2ku, 
saudara2ku,
Rahmat dan Kasih Sayang-Mu yang tidak terhingga...
Lindungilah mereka dari segala bencana dan mala petaka..
Tempatkan mereka dalam golongan para solihin...
Layakkanlah kami menduduki tempat itu..
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Mengasihani hamba-hamba-Mu..







Salam Mujahadah....



Sunday, August 14, 2011

Tazkirah Ramadhan hari ini...





Assalamualaikum dan salam muhibbah...

Malam tadi ana dengan dua orang sahabat ana menunaikan solat Terawikh di Masjid Ar-Rahman Hulu Bernam, selepas solat Isya' dan solat sunat Rawatib, Tuan Nazir telah mengumumkan tazkirah malam ini disampaikan oleh Ustaz Fakhrunawi kalau xsilap ana...

Begini sedikit isi kandungan tazkirah pada malam ini.

"...ada sebuah hadith meriwayatkan bahawa bulan Ramadhan ini dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu; pada permulaan Ramadhan ialah RAHMAT. Rahmat di sini merupakan kemurahan Allah S.W.T kepada hamba-hamba-Nya utk beribadah, melakukan amal kebaikan dan amal soleh. Pintu keampunan dibuka untuk peringkat yang kedua iaitu MAGHFIRAH. Maghfirah bermaksud keampunan. Setelah bermal soleh pada peringkat pertama, insyaAllah akan diampunkan dosa-dosa yang lalu. Pada peringkat ketiga pula ialah PEMBEBASAN DARIPADA API NERAKA. Ia bererti setelah beramal soleh dan diampunkan dosa-dosa lalu, kita akan dibebaskan daripada Api Neraka insyaAllah..begitulah mulianya bulan Ramadhan al-Mubarak ini.."

selain itu,

"...empat golongan yang diintai oleh syurga ialah; orang yang berpuasa, orang yang membaca al-Quran, orang yang bersedekah, dan orang yang memberi makan kepada orang yang berpuasa.."

Begitulah sedikit point tazkirah malam td..semoga kita mendapat keberkatan Ramadhan dan mendapat tempat di sisi-Nya.

Fikir-fikir sejenak, renung-renungkan dan selamat beramal...

Tuesday, August 09, 2011

Puasakah kita?..




Assalamualaikum dan salam muhibbah...


Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah S.W.t sekalian, hr ini telah masuk hari ke-9 kita berpuasa. Apakah yang telah kita capai? Kekuatan berpuasa? Pahala berpuasa? Hikmah berpuasa? Ana sendiri pun tidak tahu tahap manakah yang telah ana capai. Namun begitu, apalah salahnya jika ana ingin berkongsi peringatan@tazkirah untuk diri ana sendiri untuk dikongsikan bersama.



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ183
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa."(183)-Surah al-Baqarah

Demikianlah firman Allah S.W.T tentang perintah berpuasa Ramadhan kepada umat Islam. Perintah ini merupakan satu kewajipan kepada umat Islam, sebagaimana lafaz 'kutiba' /"كتب" yang merujuk kepada maksud wajib.

Jadi, bagaimana puasa kita ya sahabat-sahabat?.. Kita dituntut untuk mencontohi cara puasa Nabi Daun a.s iaitu sehari berpuasa dan berbuka. Kita ditegah meniru cara puasa orang kafir mahupun jahil yakni berpuasa tanpa berbuka sehingga memudaratkan diri ataupun untuk upacara pemujaan dan sebagainya. Di bulan Ramadhan, kita dituntut untuk berpuasa selama sebulan yang mengandungi bilangan hari 30 ataupun 29 hari. Kita perlu menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahai. Dalam bahasa mudahnya dari bermulanya waktu Subuh dan berbuka setelah masuk waktu Maghrib.

Ramai yang melaungkan bulan Ramadhan sebagai bulan untuk beribadah, ada pula yang melaungkan bulan Ramadhan sebagai bulan makan-makan (mungkin ada bazar barangkali), dan bermacam-macam lagi pendapat kita tentang bulan Ramadhan, ana tidak mahu menyalahkan mana-mana pendapat, kerana ia merupakan pendapat masing-masing. Hak merekadan hak kita untuk menerima mahupun menolaknya tetapi tidak ada hak untuk kita menyalahkan orang yang memberi pendapat melainkan dia benar-benar salah.

Puasa di bulan Ramadhan memerlukan kita untuk merenungi nasib saudara-saudara kita yang sememangnya dalam kesusahan, dengan berpuasa kita secara tidak langsung merasai kepayahan menahan lapar dahaga saudara kita yang susah. Selain itu, kita dituntut untuk mendapatkan ganjaran pahala dengan melakukan amal soleh dan beribadah. Misalnya bertaqarrub kepada Allah S.W.T, memberi makan kepada orang miskin, bertadarus, membaca al-Quran, belajar, bekerja dan berehat. Berehat juga boleh dikategorikan sebagai ibadat, asalkan diniatkan kerana Allah S.W.T, contohnya berniat untuk berehat kerana mahu melakukan kerja bagi menyara kehidupan, berehat sebelum beribadah supaya ibadah khusus dilaksanakan dengan lebih khusyu' dan lebih tumpuan dan tidak terganggu kerana keletihan.

Namun begitu. puasakah kita dengan hanya melakukan ibadah sahaja wahai sahabat-sahabat?.. Puasa menurut bahasa pun ialah menahan diri, oleh itu, ana mengingatkan diri ana yang lemah dan jahil ini serta sahabat-sahabat sekalian agar dapat menahan diri daripada melakukan kemungkaran, perkara yang membatalkan puasa dan seumpamanya yang boleh mengurangkan pahala puasa kita. Menahan mulut daripada berkata-kata yang tidak elok seperti mengumpat dan mengata serta berkata kesat, menahan mata daripada melihat perkara kemungkaran mahupun yang mendatangkan keghairahan melakukan kejahatan, menahan telinga kita daripada mendengar perkara yang tidak elok seperti uampatan mahupun yang seumpamanya, menahan nafsu kita daripada pelbagai lintasan pemikiran dan mana-mana yang difikirkan tidak baik. 

Bulan Ramadhan juga disebut Madrasah yakni sekolah untuk kita belajar. Jadi mudah-mudahan dengan Bulan Ramadhan al-Mubarak ini merupakan langkah pertama untuk kita berubah dan terus berubah kepada kebaikan. "Semoga kita semua mendapat dan menemui Malam Seribu Bulan"..

Fikir-fikir sejenak, renung-renungkan dan selamat beramal....


Tuesday, August 02, 2011

Kesempurnaan Puasa






Assalamualaikum dan salam muhibbah sahabat-sahabat yang dikasihi....Salam Ramadhan dan selamat berpuasa... Hari ini merupakan hari kedua berpuasa bagi seluruh umat Islam sedunia bersamaan 2 Ramadhan 1432h.. InsyaAllah pada malam ini malam ke-3 kita berterawikh, semoga kita dapat meningkatkan amal ibadah dan mendapat keampunan Allah S.W.T.

Entry kali ini ana ingin berkongsi cara-cara ataupun tips berpuasa yang sempurna. Semoga sedikit sebanyak dapat kita manfaatkan bersama.
1. Bersahur
Sahur dapat memberi tenaga kepada kita pada siang hari berpuasa. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud;:
                      "Makan sahurlah kamu, sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat keberkatanm."

                                                                                        (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sahur ini lebih baik dilewat-lewatkan waktunya sehingga berasa yakin dapat mengurangkan rasa lapar dan dahaga semasa berpuasa di siang harinya. Namuin sekiranya terdapat ragu-ragu tentang melewatkan sahur ini dengan bimbang telah terbit fajar (waktu Subuh) maka eloklah dilewatkan sekadar yang mampu sahaja.

2. Bersegera berbuka
Setelah yakin telah tenggelam matahari, umat Islam dtuntut untuk menyeragakan berbuka. Hadis Nabi;
"Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyeragakan berbuka dan melewatkan sahur"
                                                                                      (Riwayat Bukhari, Muslim dan at-Turmuzi)

3. Berusaha mandi dari hadas besar sebelum terbit fajar, supaya boleh melakukan ibdah dalam keadaan suci dan khusyu'.

4. Menjaga Lisan dari berdusta, mengumpat, mengadu domba, mengolok-olok, serta perkatan yang kesat dan mengada-ada. Sabda Rasulullah :
"Sesiapa tidak meninggalkan perkataan dan perbuatan dusta maka Alllah tidak memerlukan puasanya menahan diri makan dan minum."
                                                                                                             (Riwayat Bukhari)

Monday, August 01, 2011

Rukhsah ketika berpuasa..

video

Selamat Beprpuasa sahabat-sahabat... Assalamualaikum dan salam muhibbah semua...

Video di atas bukanlah apa..hanya sekadar jenaka sahaja..jika ada yang tersinggung..mohon ampun dan maaf...dibulan baik ni jangan tersae2 sgt yer...video ni pn dr youtube, kalau tak salah ana, ini sedutan dari sebuah cerita masa zaman kanak2 dulu..tak ingat pula tajuk dia ape..

Entry kali ini ana ingin kongsikan rukhsah ataupun kelonggaran semasa berpuasa di bulan Ramadhan ataupun semasa berpuasa lah..
1. Rukhsah untuk tidak berpuasa diberikan kepada ibu yang menyusukan anak dan wanita yang hamil. Hal ini kerana kekhuatiran wanita yang hamil itu terhadap kandungannya, begitu juga ibu yang sedang menyusukan anak kerana bimbang tiada air susu untuk anaknya jika berpuasa. Oleh itu, bagi mereka ini perlu memilih sama ada mahu mengqadha' puasa ataupun membayar fidyah sebagai ganti puasa yang ditinggalkan.

2. Kelonggaran ataupun rukhsah kepada orang tua yang telah lanjut usia dan tidak mampu lagi untuk berpuasa. Namun demikian, bagi menggantikan amalan puasa tersebut, beliau perlu memberi makan kepada seorang miskin setiap hari dalam bulan Ramadhan dan tidak perlu mengqadha'nya.

3. Merasa makanan dengan hujung lidah bagi tukang masak khususnya suri rumah tangga yang tidak lekang dengan kerja-kerja rumah. Namun begitu, hanya merasa dengan hujung lidah sahaja yang dibenarkan.

4. Menerima suntikan dalam perubatan dan rawatan penyakit. Suntikan dengan cara menyuntik pada otot mahupun nadi dan tidak menjadi persoalan sama ada ia masuk dalam badan mahupun tidak kerana ia masuk melalui saluran bukan kebiasaan seperti rongga (mulut, hidung dll).

5. Mandi, menggosok gigi dan berkumur-kumur. Boleh dilakukan selagi ia tidak keterlaluan dan hanya sebagai keperluan dan tidak membazir contohnya air mandian tersebut. Untuk berkumur-kumur dan meggosok gigi pula ia mestilah tidak menimbulkan syak pada diri mahupun orang lain akan tertelan air yang di dalam mulut.

InsyaAllah, kita akan bersambung dengan tips2 puasa di bulan Ramadhan yang lain pada entry seterusnya...
Selamat berpuasa dan selamat beramal...

Ahlan Washlan Ya Ramadhan



Marhaban Ya Ramadhan....
Kalimah ini kerap didengari dengan ketibaan Bulan Ramadhan al-Mubarak. Sahabat-sahabt tahu maksudnya?..mungkin ada yang tak tahu dan ada yang tahu kan.. Maksudnya secara pengertian biasa la kan.. Selamat Datang Ramadhan Wahai Bulan Ramadhan.. Selamat bepuasa semua..jgn lupa niat sahur ya..
Selamat beramal..

Thursday, July 28, 2011

Amalan Wirid dan Doa Harian yang sebenarnya...






Assalamualaikum dan salam muhibbah sahabat-sahabat..
InsyaAllah pada kesempatan ini ana ingin berkongsi amalan wirid dan doa harian...kalau kita lihat fenomena hari ini, banyak buku-buku yang menerangkan tentang bagaimana wirid dan doa selepas solat, doa-doa harian dan berbagai-bagai lagi doa untuk diamalkan seharian. Andai kita beli buku A contohnya, kemudian kita beli pula buku B, selepas kita baca dan amati ada perbezaan antara kedua buku ini, doa dan wiridnya tidak sama, nasihat ana kepada sahabat-sahabat ialah jangan merasakan itu masalah besar. Hal ini kerana terdapat banyak doa dan wirid yang boleh diamalkan asalkan tidak bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah. InsyaAllah, selagi kita masih berpegang dengan al-Quran dan as-Sunnah nescaya Allah S.W.T akan melindungi kita.

Di kesempatan ini ingin ana kongsikan amalan wirid yang boleh diamalkan oleh sahabat-sahabat.

Tahseen 1 Al-fatihah Al-baqarah1-5 Ayat kursi Al-baqarah 285-286 Al-muawwizat 

Tahseen 2 Tahseen 1 Al-mathurat sughra Al-ghafir1-3 (3x) Al-mukminun 115-118

Tahseen 3 Zikir 100x lps sbh n ptg Al-waqiah lps sbh Al-mulk lps zhr Yaasin lps asar.

Ini merupakan wirid dan zikir harian untuk mendinding diri daripada gangguan makhluk halus. Untuk Tahseen 3, ia merupakan amalan perawat Islam agar dapat memberi keyakinan dan sebagai perisai diri.

Namun bagi ana ketika ini, Surah al-Waqiah merupakan wirid harian selepas solat Subuh...semoga ana istiqamah dengannya..insyaAllah... Selamat beramal...


  



Monday, July 25, 2011

Diari hari ini..






Assalamualaikum dan salam bahagia buat sahabat-sahabat yang sedang menerjah blog ana ni..syukran jazilan dan terima kasih..paling tak pun ada la seorang dua yang terjah blog ni kan..

Diari hari ni....ya.... Hari ni amat penat skali, di dalam keadaan ke"blurr"an sekejap disebabkan ntah ape ntah semalam...hari ni ada la sedikit efeknye.. tapi tak mengapa pun..insyaAllah, ana akan harungi dengan tabah. Hari ini ana terkenangkan kembali saat-saat manis dan pahit sepanjang bergelar pelajar KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH Klang... Gambar ni telah diedit khas untuk sambutan hari guru di KISAS pada tahun 2008. Buat sahabat yang telah ke reunion pada minggu lepas, ana memohon ampun dan maaf krn tidak turut serta. Bukan sengaja utk menjauhkan diri daripada kalian, tetapi terdapat kesulitan dan kepentingan lain di kolej. Buat teman sekelas 6A2, semoga kalian ingat lagi pada diri kerdil ini, buat sahabat MTE sekalian khususnya penghuni ASPURA (THARIQ, ALI, OMAR, dan KHALID), KOMETRA, dan yang berada di bumi UPSI dan tak lupa juga kepada sahabat2 yang berada di Mesir mahupun di mana2 sekalipun semoga kalian semakin tabah dan semakin mantap mendalami dan memperbanyakkan bekalan ke akhirat sana..

Saat ini, diri ini rindu kepada FIVE UNIQE in KISAS..rasenye tak dapat lagi untuk merungkai hati ini mengingati detik2 bergelar Kisasian..Khalidian..yeke camtu ejaannya?..tak mengapa..mungkin ana akan sambung pada masa akan datang...Salam ukhuwah semua...

Monday, July 18, 2011

kisah aku dan Dia...part 2


أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Sya'ban sahabat-sahabat.. Semoga dengan keetibaan bulan Sya'ban ini memberi kesedaran kepada kita untuk lebih mencari redha Ilahi...sebagai persediaan kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak.. Entry kali ini masih mengisarkan kisah aku dan Dia.. Bukanlah si dia yang difahami oleh sebilangan sahabat-sahabat kita..tetapi Dia..Yang Satu dan bukannya dua...Yang maha Tinggi dan tidak ada setara dengan-Nya.. Yang Maha Besar dan tidak ada yang sama besar dengan-Nya...Yang Maha Kaya dan tidak ada pula kekayaan-Nya sama dengan kekayaan sesiapa mahupun kurang dari yang lain.. Ya, Dialah Allah S.W.T...

Tidak dinafikan iman kita kadangkala menurun dan meningkat..kalau dulu, telinga ana sering terdengar ayat seperti ini.."كيف ايمانكم جميعا؟ يزيد أو ينقوص؟". Sering mendengar ayat sebegini ketika kuliah Maghrib dan tazkirah semasa berada di asrama ketika dulu.. Sekarang?...kurang sedikitlah nak dengar.. Tak mengapa, insyaAllah..tak lama lagi akan kedengaranlah ayat2 ni..satu lagi ayat yang ana rindui, "Marilah kita merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi dengan limpahan rahmat-Nya kita dapat bersama-bersama berkumpul pada hari ini, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W, dengan pengorbanan Baginda dan perjuangan bersama sahabat-sahabat akhirnya kita dapat mengecapi dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat IMAN dan ISLAM..Alhamdulillah.." Kenangan dan pengalaman yang dapat ana hayati dan manfaatkannya..semoga Allah S.W.T melimpahkan keampunan dan rahmat ke atas kita semua...Ameen..

Sebagai seorang muslim dan ingin menjadi mukmin, marilah kita bersama-sama menghayati asas-asas maghrifat Allah S.W.T.
Rukun-rukun iman:
1. Percaya/beriman kepada Allah
2. Percaya/beriman kepada Malaikat
3. Percaya/beriman kepada Kitab
4. Percaya/beriman kepada Rasul
5. Percaya/beriman kepada Hari Kiamat
6. Percaya/beriman kepada Qada' dan Qadar

Beriman kepada Allah S.W.T merangkumi tiga bahagian Tauhid:
1. Tauhid Rububiyah
2. Tauhid Uluhiyah
3. Tauhid Asma' dan Sifat

Bahagian yang Pertama: Tauhid Rububiyah
Maksud secara ringkas ialah beri'tikad dengan tegas bahawa Allah adalah "Rabb/Pemilik" bagi segala sesuatu dan tidak ada "Rabb (Tuhan)" selain-Nya. Maksud di sini, Kita mesti yakin dan pasti untuk mengakui bahawa Alam dan dunia ini adalah hak dan kepunyaan Allah Taala dan tidak ada sekutu bagi-Nya. Tidak ada yang boleh menandingi Allah Taala..hal ini kerana Allah Taala memiliki segala apa yang berada di langit dan di bumi.
Perkataan "Rabb" dari segi bahasa ialah "tuan punya dan pengurus"
Sebagaimana firman Allah S.W.T dalam Surah al-An'am ayat 71 yang bermaksud "..katakanlah, sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenar) dan kita disuruh agar menyerah diri kepada Tuhan yang memiliki sekalian alam."

Sebagai kesimpulannya, Tauhid Rububiyah ialah pengakuan dan i'tikad bahawa Allah S.W.T merupakan pemilik alam ini dan tidak ada taranya...

Akan bersambung....

Fikir-fikir sejenak, renung-renungkan dan selamat beramal...

Friday, July 15, 2011

kisah aku dan Dia...part 1






بسم الله الرحمن الرحيم

Sebentar tadi, ana teringat dan terfikir-fikir ke mana hala tuju hidup kita.. Berdekad tahun menapak di bumi Dia, namun apa sumbangan yang telah kita taburkan..bekalan ke akhirat sana?...kalimah syahadah kita cukup mantap ke?.. Aku naik saksi bahawa tiada tuhan Selain Allah Ta'ala, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad S.A.W itu pesuruh Allah Ta'ala...kadang-kadang dalam sehari cuma dalam solat jer kita bersyahadah sedemikian...tapi cukup sekadar solat lima waktu sehari?..tu pun kalau cukuplah, ada yang tak cukup mana nak tampungkan lompomg-lompong tu kan... Cukup sekadar puasa sebulan di bulan Ramadhan?..tu pun kalau cukuplah, yang tak cukup kena ganti, tu pun kalau berganti...kalau yang tak pernah berganti macam mana nak penuhkan rongak-rongak puasa tu kan...fidyah dan qada'..bagi yang uzur tak mengapa lah kan....andai yang sihat walafiat?..yang boleh berlari bermain bola tidak kira masa, tapi tak puasa dan solat..rugilah kan...nauzubillahi min zalik..

Selepas puasa, kita susuli pula dengan zakat fitrah...mungkin ramai yang tak menunaikan kewajipan tersebut, umat Islam kalau bukan saudara seagamanya yang menolong siapalagi yang boleh menolong?..ramai yang tak sedar, dulu ketika zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar as-siddiq, umat Islam yang tidak membayar zakat akan diperangi..mahukah kita diperangi?..ana mengingatkan diri ana sendiri dan kalian, janji Allah S.W.T adalah pasti...soal rezeki jangan dipersoalkan...semuanya telah ditentukan...lambat atau cepat bukan kita yang tentukan....mudah atau sukar juga bukan kita yang tentukan....

Bagi yang berkemampuan pula, menunakan haji adalah fardhu baginya...tapi fenomena di Malaysia, terlampau sangat nak meraih dan mengejar gelaran haji dan hajah ramai yang sanggup berhutang...sebenarnya tu masih tak berkemampuan secara zahirnya..ada yang menggadai tanah semata-mata nak pergi ke Mekah..tapi apa tujuan mereka ke Mekah?..Ikhlas kerana rindunya pada Baitulharam ataupun nak melancong?.. Ada yang berkali-kali menunaikan haji, tapi terpulanglag bagi yang mampu..cuma kita kembali kepada sirah Nabi S.A.W, kalau tak silap ana, baginda cuma sekali sahaja menunaikan haji..itu menunjukkan tidak ada paksaan untuk pergi beberapa kali selagi mampu..saudara-saudara kita lebih banyak memerlukan bantuan kita..

Akan bersambung...
Fikir-fikir sejenak, renung-renungkan dan selamat beramal...

Tuesday, July 12, 2011

Welcome back...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Wamaghfiratuh Waridhwanuh...

Setelah sekian lama ana menyepi daripada menge"pos" entry2 terbaru...kini ana sedang dalam proses mengembalikan semangat untuk mengejar cita2 ana.. Banyak dugaan sepanjang ana berada di UPSI.. Sebuah universiti pendidikan yang terulung di Malaysia (suatu masa dahulu tambahan pula satu-satunya universiti yang namanya ada "pendidikan"). Dalam mengejar impian untuk menjadi seorang warga pendidik bukanlah mudah, perlukan persiapan diri yang mencukupi tidak kira dari segi fizikal dan mental, rohani dan jasmani.

Tidak kurang juga dengan pengorbanan masa bagi memenuhi keperluan persediaan diri sebagai pendidik seperti kuliah dan ceramah-ceramah, program-program yang diadakan sama ada diperingkat kolej kediaman mahupun kampus. Pengorbanan masa terlalu berharga, jika tidak dapat dimanfaatkan dengan baik oleh setiap individu maka sia-sialah pengorbanan itu dan rugilah mereka. Sekiranya mengharapkan syarahan ilmu yang hanya 14 minggu dan memenuhi 18-21 jam kredit per semester sememangnya tidak cukup untuk melahirkan seorang pendidik yang sentiasa bersedia dari semua bidang. Maka, perlulah kesedaran diri mencari ilmu dan pengetahuan yang berada di luar bilik kuliah...sekiranya semata-mata mengharapkan syarahan dan pembentangan di bilik kuliah selama 14 minggu dan sibuk dengan hal sendiri tanpa terlibat dengan persatuan mahupun aktiviti kemasyarakatn , ana rasa tidak penuh ilmu di dada...jadi bersama kita fikir-fikirkan...

Pengorbanan wang ringgit juga merupakan perkara yang tidak boleh diabaikan..jika kedekut untuk membeli buku-buku, nota-nota rujukan, memang kedekutlah ilmu nak melekat... Seorang mahasiswa sememangnya perlu bijak menguruskan diri, termasuklah kelengkapan dan keperluan diri..tidak ada masa untuk bermanja-manja dengan teman serumah, sebilik mahupun teman sekelas... BERDIKARI...dilaungkan oleh setiap remaja yang meningkat dewasa..namun ada segilintir yang masih tidak mahu berdikari, tetap mahu duduk di bawah ketiak mak ayah..mendapat layanan manja daripada mereka..mahu dibelai setiap hari..sekarang bukan masanya lagi..sebagai pendidik yang akan mendidik anak bangsa.. Pemikiran sedemikan perlu dihakis daripada minda seorang mahasiswa, lagi-lagi mahasiswa yang bakal menjadi warga pendidik...jadi bersama kita fikir-fikirkan...

Bijak memilih rakan dan sahabat juga amat penting bagi seorang yang sedang memulakan kehidupan berdikarinya..kalau makan mee kari tidak mengapa, tetapi ini berdiri di atas kaki sendiri..sesetengah orang berpendapat, bukan dari kecil ke dah berdiri di atas kaki sendiri?...maksud berdikari dari segi istilah ialah tidak bergantung kepada orang lain (secara umumnya)..pengertian daripada ana sendiri pula, tidak bergantung dengan orang lain dalam hal-hal yang orang lain boleh melakukannya sendiri..contohnya membuat keputusan dalam hal-hal kecil yang berbentuk peribadi..sekiranya dilihat secara skop yang lebih mudah boleh melakukan hal-hal rutin sendiri dengan sendiri...kalau dulu ana dari sekolah rendah mahu berinjak ke sekolah menengah, ramai sahabat-sahabat ana ketika itu memohon untuk ke sekolah berasrama kerana konon-kononnya mahu meningkatkan daya berdikari mereka..walau bagaimanapun, ana tetap bersama keluarga kerana masih banyak yang perlu ana lakukan untuk membantu mak ayah di rumah ketika itu. Kini, ana berada jauh daripada mereka..semakin sukar untuk meluangkan masa seperti zaman persekolahan dahulu..namun doa dan kasih sayang tetap di dalam jiwa....fikir-fikir sejenak, renung-renungkan dan selamat beramal...

Sedikit pedoman untuk diri sendiri..

Friday, June 24, 2011

Perlu ber 'Bin' kan Abdullah Apabila Memeluk Islam?

Ana nak kongsikan info ni yang ana dapat dari blog yang ana follow...meh kite bace ramai2...

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Nama asalnya Ravi A/L Chandran. Ditukar kepada Saiful Islam Bin Abdullah, Saiful pergi ke rumah bapanya lalu menunjukkan kad yang membuktikan ia telah masuk Islam, ayahnya menerima keputusan itu dengan baik, tetapi, ayahnya berkata kepada Saiful, aku tidak pernah menghalang kamu untuk menerima Islam, tetapi, apabila kamu menerima Islam, kamu buang namaku, adakah Islam sebegitu kejam membuang ibu bapa ?

Penukaran nasab seseorang yang menganut Islam kepada Abdullah hanya berlaku di negara Malaysia. Dan tidak berlaku di negara-negara besar seperti Indonesia dan Arab Saudi.

Justeru, di negara ini jika ada persatuan saudara baru yang ratusan anggotanya kesemuannya pasti ber "bin" yang sama "Abdullah".

Maklumat lanjut di link ini:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bonus untuk Anda