Majulah diri untuk Agama, Bangsa, dan Negara...

  • Nufnang

    Masih ada lagi ke?

  • FRIENDSTER

    Lipatan sejarah sosial media

  • Muhasabah Diri

    Apabila sentiasa mencari alasan dan memperalasan

  • This is default featured slide 4 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

  • This is default featured slide 5 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Sirah Rasulullah ..part 1 (kelahiran Rasulullah S.A.W)





    Rasulullah SAW telah dilahirkan pada hari Isnin. Pada hari kelahiran baginda tersebut telah timbul beberapa mukjizat. Tiap-tiap wanita yang akan melahirkan tentu akan merasa sakit, namun bonda Rasulullah SAW tidak merasakan rasa sakit tersebut. Setelah Rasulullah SAW dipisahkan dari ibunya, setelah dilahirkan, maka baginda langsung sujud ke hadrat Allat SWT kemudian mengatakan: “Umatku, umatku!” Rasulullah SAW lahir dalam keadaan sudah dikhatankan. Syaitan-syaitan dilarang naik ke langit, ketika Rasulullah SAW dilahirkan. Padahal sebelumnya, syaitan-syitan itu dapat naik dan turun ke langit, untuk mendengar percakapan serta perbualan yang dilakukan oleh para maaikat. Ketika mereka dilarang naik ke langit itu, maka mereka berkumpul dan menemui iblis, mereka berkata: “Dulu kami boleh naik ke langit, tetapi hari ini kami telah dilarang untuk naik.” Iblis menjawab: “Bersabarlah kamu semua di permukaan bumi, dari barat sampai ke timur dan perhatikan dengan baik-baik apa sebenarnya yang telah terjadi.”

    Mereka berusaha mencari. Akhirnya setelah mengelilingi timur dan barat, sampailah mereka ke Kota Mekah. Di sana mereka melihat Nabi Muhammad SAW sedang dikelilingi oleh para malaikat, dan memancar cahaya dari dirinya hingga naik ke langit, sedangkan malaikat-malaikat itu saling memberi ucapan selamat dan sejahtera antara satu dengan lain. Kemudian, pulanglah syaitan-syaitan itu menghadap kepada Iblis, sambil menceritakan semua apa yang telah mereka lihat. Maka Iblis pun berkata: “Telah lahir ‘ayatul alam’ dan rahmat bagi Bani Adam, kerana itulah kamu semua telah dicegah untuk naik ke langit, tempat pandangannya dan pandangan umatnya.”

    Kabul Akhbar ra. berkata: Saya telah melihat di dalam Taurat bahawa Allah SWT mengkhabarkan kaum Musa as. tentang saat kelahiran Nabi Muhammad SAW, ia berkata “Sesungguhnya bintang keadaanya tetap yang kamu ketahui itu bila ia bergerak dari tempatnya menandakan bahawa Rasulullah telah lahir”.

    Ketika Rasulullah SAW lahir, bintang itupun bergerak dan pindah dari tempat asalnya. Maka orang-orang Yahudi itu semuanya mengetahui bahawa Rasulullah yang diberitakan Allah itu telah lahir ke dunia, namun mereka rahsiakan, disebabkan rasa dengki di hati mereka.

    Dan Allah juga telah memberitahukan kepada kaum Isa a.s. di dalam kitab Injil, bahawasanya apabila pokok tamar yang kering menjadi subur, berdaun dan berbuah. Melihat peristiwa itu, orang-orang Nasrani pun mengetahui bahawa Rasul yang dijanjikan dalam Kitab Injil itu telah lahir ke dunia. Tetapi peristiwa tersebut dirahsiakan, disebabkan kedengkian mereka juga.

    Di dalam Kitab Zabur pun Allah SWT membeitahu, bahawa apabila mata air yang telah mereka kenal itu mengeluarkan air, maka tandanya Rasul yang dijanjikan kepada mereka muncul di permukaan bumi.

     Maka tepat pada masa Rasulullah dilahirkan, maka mata air itupun mengeluarkan air yang melimpah ruah. Mereka pun mengetahui akan kejadian itu, namun kerana kedengkian mereka, berita itupun mereka rahsiakan.

    Halimah, ibu susuan Nabi Muhammad sebelum ia menyusukan Rasulullah, salah satu susunya tidak mengeluarkan air susu. Namun ketika ia letakkan susunya itu ke mulut Rasulullah, saat itu juga keluar air susu Halimah.

    Ketika Rasulullah SAW telah dilahirkan, terdengarlah suara dari sudut-sudut Kaabah.
            Dari sudut pertama: “Telah datang kebenaran Islam, dan kebatilan tidak akan datang lagi.”

            Dari sudut kedua: “Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu. Sangat menginginkan keimanan dan keselamatan bagimu. Amat belas kasihan dan penyayang terhadap orang-orang mukmin.”

            Dari sudut ketiga: “Telah datang kepadamu cahaya (Nabi) dari Allah dan kitab (Al-Quran) yang menerangkan.”

            Dari sudut keempat: “Hai Nabi, sesungguhnya kami mengutuskan untuk menjadikan saksi, dan pembawa khabar berita gembira dan pemberi peringatan, dan untuk menjadi penyeru kepada agama Allah dengan izin-Nya dan untuk menjadi cahaya yang terang.”

    Diriwayatkan bahawa Abdul Muthalib berkata: “Ketika aku sedang berada di Kaabah yang dipenuhi berhala itu, tiba-tiba berhala itu jatuh dari tempat-tempatnya dan sujud kepada Allah. Dan aku terdengar suara dari dinding Kaabah mengatakan “Telah lahir Nabi pilihan yang akan membinasakan orang-orang kafir dan akan mensucikan aku dari berhala-berhala ini, dan aku memerintahkan kepada penyembahan Yang Maha Mengetahui.”
Share:

10 Perkara Sia-sia...




Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka,
menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam
kategori sia-sia, iaitu:-

1.Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.

2.Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.

3.Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan shalat tahiyatul-masjid.

        
4.Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka.
       
5.Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah.
       
6.Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.
    
7.Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.
       
8.Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.
       
9.Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.
      
10.Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya. 







Dipetik daripada Sorohatuttullab LKP KISAS 2008


~fikir-fikir sejenak~
Share:

UPSI oh UPSI...


UPSI MENJADI TUMPUAN


1. Sebagai tenaga pengajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tidak dapat lari dari pertanyaan orang ramai tentang apa yang berlaku di UPSI sekarang. Bermula dengan salah seorang mahasiswa yang menjadi tumpuan ramai kerana menurunkan bendera gambar Perdana Menteri Malaysia, UPSI terus menjadi tumpuan kerana perhimpunan pada 1 Januari lepas (UPSI 1112) yang telah menimbulkan pelbagai reaksi. Insiden yang terjadi dengan pelbagai komen sama ada menyokong atau sebaliknya menunjukkan masyarakat kita sangat mengambil berat tentang perkembangan yang berlaku.

pintu masuk utama UPSI

2. Kebetulan pula ia berlaku di hadapan pintu masuk UPSI yang dahulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan, tempat melahirkan guru yang bakal mendidik anak bangsa. Sudah pasti ramai yang mempunyai kaitan dengan tempat ini, dan rasa terpanggil untuk memberikan pandangan. Namun bagi mereka yang tidak berada di tempat kejadian, agak sukar untuk memberi komen dengan adil dan tepat. Walaupun capaian maklumat yang senang diperolehi dengan kecanggihan teknologi, ketidaktepatan sesuatu maklumat juga semakin canggih. Islam telah mengajar kita untuk menggunakan prinsip tabayun (selidik) sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 6 bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

3. Ia adalah prinsip utama yang perlu kita pegang. Kerana kedua-dua belah pihak saling berlepas diri, walaupun ada rakaman video dan gambar, tetapi ia belum cukup untuk menggambarkan keseluruhan peristiwa. Setiap peristiwa atau kejadian adalah gabungan beberapa detik masa bermula kejadian itu berlaku sehinggalah ia tamat, kita tidak boleh mengambil sebahagian masa sahaja daripada sesuatu kejadian lalu membuat kesimpulan. Kaedah feqh ada menyatakan:
Hukum ke atas sesuatu perkara adalah cabang daripada gambarannya.

4. Memahami dan mengetahui punca perselisihan juga sangat penting untuk mendapatkan gambaran sebenar sesuatu kejadian. Ketika nabi SAW menyebut kepada Hindun Binti ‘Utbah isteri kepada Abu Sufyan yang mengadu bahawa suaminya agak kedekut dalam nafkah, kata nabi SAW:
Kamu ambillah daripada hartanya apa yang cukup untuk kamu dan anak kamu dengan cara yang baik. (Riwayat al-Bukhari)

5. Hadith nabi SAW ini menyebabkan pandangan yang berbeza di antara mazhab, Imam Shafie (204H) menyatakan isteri boleh mengambil harta suami dengan syarat mendapat perintah hakim. Manakala Imam Malik (179H) menyatakan isteri boleh mengambil harta suami walaupun tanpa kebenaran suami kerana Islam membenarkannya. Punca perbezaan pendapat ini adalah perbezaan melihat sifat nabi SAW ketika menyebut hadith di atas, sama ada sebagai hakim atau sebagai seorang rasul. Maka jika kita mengetahui punca perbezaan, kita tidak akan menyalahkan mana-mana pihak.
                    
6. Salah satu cara mendapatkan kepastian sesuatu berita ialah dengan merujuk tuan punya badan, yang merupakan sumber primer, bukannya sumber sekunder daripada pemerhati yang tidak terlibat. Walaupun ada kemungkinan penipuan dan penyelewengan fakta, dari aspek penghakiman Islam, seorang hakim perlu menerima pernyataannya, adapun jika dia menipu maka secara diyanatan (agama) dosanya akan ditanggung di hadapan Allah Azza wa Jalla. Diriwayatkan daripada Ummu Salamah RA bahawa nabi SAW bersabda yang bermaksud:
Kamu berselisih di hadapanku, boleh jadi sebahagian kamu lebih petah dengan hujjahnya berbanding yang lain, maka barangsiapa yang aku hukumkan baginya hak saudaranya dengan sesuatu berdasarkan kata-katanya, sesungguhnya aku telah memberinya sepotong api neraka, maka janganlah dia mengambilnya. (Riwayat al-Bukhari)

7. Dalam kejadian UPSI 1112 lepas, mahasiswa/wi yang berhimpun sudah pasti mempunyai matlamat yang ingin dicapai, manakala pihak keselamatan juga mempunyai matlalmat dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan iaitu menjaga keamanan dan keselamatan. Kedua-dua pihak mempunyai matlamat dan peranan masing-masing. Dan kedua-dua pihak mempunyai hak untuk merealisasikan matlamat masing-masing. Matlamat, peranan dan hak ini tidak bertentangan di antara satu sama lain.  


Untuk sambungan sila klik di sini
Dipetik daripada : hjanhar.blogspot.com
Share:

KAEDAH PENGAJARAN BAGHDADIAH (muqaddam)





Pengenalan

Pengasas kaedah Baghdadiah ialah Abu Mansor Hafzul Fikri Al-Baghdadi pada tahun 376 Hijrah.   Kaedah tersebut  memperkenalkan huruf secara analisa berperingkat-peringkat dengan cara latih tubi dan pengulangan. Kaedah ini telah tersebar dan berkembang ke seluruh ceruk rantau dunia hingga ke saat ini. Ia telah menjangkau 1049 tahun dan telah menyumbangkan jasa yang besar kepada umat Islam.  Kaedah Bagdadiah ini begitu popular di kalangan umat Islam seluruh dunia sejak zaman berzaman.  Hanya pada tahun 1990  an sahaja kaedah Iqra`, Qiraati dan lain-lain mula dikenali umat Islam.
                                           
Kaedah Baghdadiah

Kaedah Baghdadiah ini umumnya  menggunakan kaedah mengeja dan membunyikan ejaan tersebut.  Kaedah ini terlebih dahulu memperkenalkan huruf-huruf hijaiyyah dengan cara menyebut nama huruf dari    ا    hingga   ي    secara latih tubi hingga hafaz.  Selepas itu murid-murid diajar mengeja huruf tunggal berbaris di atas dan membunyikannya.  Seterusnya murid-murid diajar mengeja huruf tunggal yang bercampur baris-baris lain, iaitu baris satu di atas, di bawah di depan serta membunyikannya.  Mengeja kalimah-kalimah yang terdapat tanda sukun, tanda tasydid dan membunyikannya.  Begitulah seterusnya mengeja dan membunyikan kalimah-kalimah yang mempunyai baris dan tanda bacaan yang berlainan,terdiri daripada dua suku kata atau lebih dari empat suku kata.  Ada bacaan panjang, pendek, dengung dan tidak dengung.

Seterusnya kaedah al-Baghdadiah mengajar murid-murid membaca petikan ayat-ayat al-Quran tanpa mengeja lagi.  Jika murid ini boleh membaca petikan ayat-ayat al-Quran tersebut, maka ia boleh membaca ayat-ayat al-Quran yang lain dan surah-surah daripada surah al-Fatihah, an-Nas hingga surah an-Naba`.  Kebanyakan guru-guru yang menggunakan kaedah ini biasanya menyuruh murid-murid menghafaz surah-surah lazim seperti surah al-Fatihah hingga surah al-Dhuha.  Walaupun murid-murid itu belum mengenal huruf-huruf  hijaiyyah dan belum boleh membaca kalimah-kalimah pendek.  Dalam kaedah Baghdadiah, pelajaran ilmu tajwid diajarkan menerusi surah-surah pendek daripada al-Quran yang dirangkai dengan kitab itu, disusun berurutan secara “berkaedah” daripada yang mudah, sederhana kepada yang sukar.

Panduan kaedah Baghdadiah

1.         Mengenalkan huruf-huruf hijaiyah dari  ا  hingga  ي    secara latih tubi
sehingga hafaz.
2.         Murid diajar mengeja huruf tunggal berbaris di atas dan membunyikannya.
3.         Murid diajar mengeja huruf tunggal yang becampur baris iaitu baris satu di
            atas, di bawah dan di depan serta membunyikannya.
4.         Murid diajar mengeja huruf bertasydid yang besambung dengan ا  dan 
            ي   serta membunyikannya.
5.         Murid diajar mengeja huruf    ا ،  و     dan  ي    bertanda mati dan bersambung dengan satu huruf serta membunyikannya.
6.         Murid diajar mengeja kalimah-kalimah yang ada huruf  ا ،  و     dan  ي    bertanda mati dan bersambung dengan “  كم “  serta membunyikannya.
7.         Mengeja kalimah-kalimah yang terdapat huruf nun bertasydid dan membunyikannya.
8.         Seterusnya mengeja dan membunyikan kalimah-kalimah yang mempunyai baris dan tanda bacaan yang berlainan yang terdiri daripada dua suku kata, tiga suku kata atau empat suku kata atau lebih.  Ada bacaan panjang, ada bacaan pendek dan ada bacaan dengung dan tidak dengung.
9.         Mengajar murid membaca petikan ayat-ayat al-Quran tanpa mengeja lagi.
10.       Setelah murid menguasai petikan-petikan ayat, maka mereka bolehlah membaca ayat-ayat al-Quran yang lain dari surah al-Fatihah, an-Nas  hingga an-Naba`. 
 11.      Pelajaran ilmu tajwid diajarkan menerusi surah-surah pendek daripada al-
            Quran mulai surah al-Fatihah, an-Nas hingga surah an-Naba`, iaitu
            menggunakan kaedah daripada yang mudah, sederhana kepada yang sukar.


dipetik daripada: Gedung Pendidikan
Share:

Cantiknya Seorang Wanita




Cantiknya seorang wanita itu sebagai GADIS

Bukan kerana merah kilauan lipstik

Pada bibir memekar senyuman kosmetik

Tetapi pada keperibadian terpelihara

Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa


Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA

Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah

Untuk menggoda pandangan nafsu mata

Tetapi pada kehidupan terjaga

Dari menjadi mangsa tohmahan dunia


Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA

Tidak kerana bijak meruntuh iman kaum Adam

Sehingga turunkan insan ke dunia

Tetapi menjdi pembakar semangat perwira

Menjadi tunjang perjuangan syuhada


Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK

Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan

Mengalir mutiara di kelopak mata

Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa

Pada hari kebangkitan bermula


Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI

Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga

Tetapi sentiasa bersama

Menempuh badai disisi suami tercinta


Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU

Bukan kerana kemewahan di mata

Tetapi bijak dalam menjauhi persengkolan ipar lamai

Menjadi penghibur hati permata kehidupan


Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU

Bukan terletak pada kebangkitan anak

Dalam setiap pertelingkahan

Tetapi dibawah lembayung kejayaan

Membuai anak di kala suami menjalin impian


Cantiknya seorang wanita itu sebagai MERTUA

Tidak kerana berjaya meruntuh istana

Tetapi jalinan kasih sayang

Tulus hati mengagih kasih setara pada semua


Cantiknya seorang wanita itu sebagai NENEK

Bukan memberi harta dunia

Sehingga generasi lupa

Tetapi menjadi pada pendita

Menjaring teladan para anbia pada anak bangsa


Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGANEGARA

Bukan kerana menyandang puncak dunia

Tetapi bijak menangkis rintangan

Peka membela nasib dan maruah negara

Menjadi tulang belakang keteguhan semua


Cantiknya seorang wanita itu sebagai WARGA TUA

Bukan kerana jernihnya mutiara

Mengalir deras di kelopak mata

Tetapi senantiasa mengumpul cahaya

Menghitung hari dengan selembar nasihat


Cantiknya wanita itu sebagai INTELEKTUALIS

Bukan kerana menjadi sebutan

Sehingga menjulang keegoaan

Tetapi dalam mencari ilmuan

Menyala obor mewangi setanggi profesionalis


Cantiknya wanita itu sebagai MUSLIMAH

Bukan kerana keindahan paras rupa

Sehingga menjadi ingauan mata

Tetapi berpegang Akidah Solehah

Disebalik tirai jiwa

Mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah

Mengharap keredhaan kehidupan awana


Dipetik daripada Sorohatuttullab LKP KISAS 2008
Khas buat insan bernama wanita.....

~fikir-fikir sejenak, renung-renungkan dan selamat beramal~
Share:

Kaedah Pengajaran Iqra' Bahagian 2





APLIKASI IQRA’
BUKU IQRA’ 1
  • Baca terus huruf hijaiyah berdasarkan muka surat dalam buku Iqra’ tanpa perlu di eja terlebih dahulu
  • Murid-murid yang cepat menguasai bolehlah dipindahkan ke halaman berikutnya tanpa menghabiskan halaman berkenaan
BUKU IQRA’ 2
  • Baca terus huruf hijaiyah berdasarkan muka surat dalam buku Iqra’ tanpa perlu dieja terlebih dahulu
  • Mulai muka surat 14 ,guru memperkenalkan bacaan mad supaya jelas perbezaan antara      bacaan panjang pendek
  • Muka surat 15 baris paling bawah guru disarankan menggunakan lagu rentak nasyid agar lebih jelas perbezaan antara bacaan panjang dan pendek contoh :
ناننا ننان نننان ننا ننان
BUKU IQRA’ 3
  • Membezakan antara bunyi huruf hijaiyah baris atas ,bawah dan depan
  • Mulai muka surat 6 membezakan bacaan panjang huruf mad ا dan ي
  • Mulai muka surat 18,membezakan bacaan panjang huruf mad ا,و,ي
BUKU IQRA’ 4
  • Membezakan antara bacaan baris dua diatas ,di bawah dan di hadapan
  • Membezakan antara bacaan yang mati sebelumnya berbaris diatas dengan ya mati sebelumnya berbaris di bawah
  • Membezakan antara bacaan wau mati sebelumnya berbaris didepan dengan wau mati sebelumnya berbaris di depan dengan wau mati sebelumnya berbaris diatas
  • Muka surat 11-13 cara membunyikan huruf mim mati sebelumnya berbaris diatas dibawah dan di depan
  • Muka surat 14-15 cara bacaan hukum izhar Halqi
  • Muka surat 16-17 cara bacaan qalqalah
  •  Halaman 1,7,9,17 dan 21 bolehlah di baca secara alunan yang sesuai dengan beramai-ramai untuk menambahkan minat murid-murid
  • Untuk menentukan bacaan yang betul pada halaman 21 ( hamzah sukun dan sebagainya) murid-murid diajak membaca dengan baris fatah dahulu secara berulang-ulang kemudin baru diamati contoh : تك تك تك
BUKU IQRA’5
  • Cara membaca hamzah wasal bersambung ,huruf alif tidak dibunyikan ms 1-2 :    والحمد ما اكتسبت
  • Cara bacaan ketika wakaf pada huruf tanwin diatas dihilangkan satu baris dan dibaca sukun ,ms 3-5 :   نستعين    ءامين
  • Cara bacaan ketika wakaf pada huruf tanwin diatas dihilangkan satu baris dan dibaca dengan panjang dua harakat ms 6:     وزنا      أبدا
  • Cara bacaan wakaf pada ta marbutah ditukar menjadi ha sakinah ms 7-8 :   ءانية      حامية
  • Tanda bacaan panjang (  (    lebih dari dua harakat ms 8 : لااعبد
  • Nun dan mim syaddah  ن   م dibaca dengan dengung dua harakat ms 11 :   يساء    خير
  • Mim sakinah bertemu dengan ba dibaca di baca dengan dengung dua harakat ms 19-21 : بالاسم      عليهم
  • Sabdu atas huruf lam sebelumnya berbaris diatas ,huruf lam dibaca dengan tebal  ms والله 
  • Tanda huruf selepas alif lam bacaan alif lam bacaan alif lam tidak dibaca 12-13:     ولناس
  • Sabdu atas huruf lam sebelumnya berbaris bawah ,huruf lam dibaca nipis 24-25 : خيرلك رءاى  من
  • Tanda mad disesusai sabdu bacaanya hendaklah dipanjangkan hingga 27 :  الضالين ولا
  • System tadarus boleh diperkenalkan kepada murid-murid yang sama taraf pencapaiannya
  • Boleh dibaca dengan alunan yang sesuai dengan beramai-ramai
BUKU IQRA’
  • Huruf nun mati atau tanwin bertemu dengan wau dan ya hendaklah dibaca dengung dua harakat ms 1-6 : وابقى خيرا
  • Huruf nun mati atau tanwin bertemu dengan ba hendaklah dibaca dengung dua harakat. Dengungnya ditukar kepada mim yang ringan ms 7-9 : من بعض
  • Huruf nun mati atau tanwin bertemu dengan huruf ikfa’ hendaklah dibaca dengan dengung kadar dua harakat ms 11-18 : جوع من
  • Tanda –tanda wakaf ms 19-20
  • Huruf dipermulaan surah di baca panjang ms 27
  • Sistem tadarus boleh diperkenalkan kepada murid-murid yang sama taraf pencapaiannya


Sumber: klik di sini
Share:

Kaedah Pengajaran Iqra' Bahagian 1



KAEDAH IQRA’
PENGENALAN
Kaedah Iqra’ diasakan oleh ustaz as’ad dari Jogjakarta ,Indonesia . Kaedah ini pada umumnya menggunakan kaedah lihat dan baca terus tanpa mengeja terdahulu .Pada peringkat permulaan pelajar belajar membaca al-quran ,kaedah Iqra’ tidak mengenalkan huruf dan baris –baris bacaan seperti baris satu dan baris dua samaada di atas ,dibawah atau didepan .Begitu juga tidak dikenalkan tanda-tanda bacaan seperti tanda mati dan tasydid.
Kaedah Iqra' atau cara cepat belajar al-Quran Rasm Uthmani juga adalah berasal dari Indonesia iaitu mula diperkenalkan pada tahun 1984 di sebuah Taman Kanak-Kanak Al-Quran di Kota Gedo, Jogjakarta. Pengasas kaedah ini ialah Haji As'ad Humam yang telah menyusun enam jilid buku Iqra. Buku-buku Iqra? sepertimana juga buku Qiraati disusun untuk memudahkan
pengajaran dan pembelajaran al-Quran dari peringkat pengenalan huruf Hijaiyyah hinggalah menguasai tilawah al-Quran dengan baik dan mengikut hukum tajwid. Kaedah ini mengutamakan bimbingan dan latih tubi. Oleh kerana itulah setiap orang guru hanya akan membimbing lima atau enam orang murid sahaja bagi satu sesi pengajaran yang mengambil masa selama enam puluh minit. Kaedah Iqra' telah diterima dan digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1994 bagi pengajaran dan pembelajaran al-Quran di sekolah.
Kelebihan kaedah Iqra’
I ) dapat membaca al-Quran dalam waktu yang singkat
ii) tanpa perlu mengeja murid-murid dapat menguasai bunyi huruf melalui kaedah bacaan terus.
Kelemahan kaedah Iqra’
i) tidak ada buku panduan khusus yang menerangkan cara pengajaran al-Quran mengikut kaedah Iqra’
ii) tidak ada kursus intensif kepada guru
Cara mengatasi kaedah Iqra’
i) sediakan borang kaji selidik untuk mengetahui tahap pencapaian murid
ii) mewujudkan kursus ataupun latihan berterusan kepada guru al-quran
iii) kaedah pengajaran Iqra’ perlu disusun secara lengkap dan sempurna supaya tidak timbul kesalahan dalam pembacaannya.



PANDUAN MENGAJAR KAEDAH IQRA’ 


BUKU IQRA’ (1)

1.Kaedah Mengajar: Pembahagian
1.1 Cara mengajar murid aktif guru sebagai pemudah cara dan hanya memberikan contoh sahaja
1.2 Guru menyemak seorang demi seorang
1.3 Murid yang cergas dan aktif membantu murid yang lemah
2.  Guru memberi contoh bacaan, tidak member ulasan
3.  Sekiranya murid-murid yang sudah boleh membaca dengan betul maka guru kita perlu mengulangi lagi.
4. Sekiranya murid-murid masih keliru membaca huruf yang pendek dengan bacaan yang panjang, guru perlu memperbetulkanya dengan segera dan jelas.
5. Sekiranya murid-murid masih keliru membaca huruf-huruf tertentu, guru hendaklah memperbetulkanya dengan cara berikut :  1. Isyarat seperti kata-kata atau hati-hati ! dan sebagainya ,jika murid-murid   masih keliru juga guru perlu member peringatan seperti membaca bunyi ( ز ), guru mengingatkan sahaja ,bila tiada titiknya dibaca ( ر ) dan sekiranya murid-muridnya masih lupa, guru merti menunjukan bacaan yang sebenar.
6.Buku satu memberi pengenalan sebutan bunyi huruf fathah,murid-murid yang menguasai buku satu sahaja yang layak dipindahkan ke buku dua, walaupun murid-murid kurang fasih menyebut bunyi huruf –huruf tertentu seperti : خ , أ , د ,ق ,ذ , ع ,ز ,ظ , س , ش
7.Murid-murid yang cepat menguasai bolehlah dipindahkan kehalaman beriku tanpa menghabiskan halaaman berkenaan.
8.penilaian guru berkenaan sebagai penilainya.


BUKU IQRA’ (2 )
  1. Panduan mengajar buku iqra’1 diguna juga dalam iqra’2
  2. Huruf-huruf  yang diulang dalam buku 1,boleh diulang semasa belajar buku 2 supaya lebih sempurna
  3. Guru tidak perlu menerangkan huruf-huruf yang disambung ,contohnya ب بصر ,ب خطب , صبر ب ,tidak kira sama ada diawal,ditengah dan diakhir biasanya murid-murid sudah boleh membacanya.
  4. Mulai dengan muka surat 14 guru memperkenalkan bacaan mad supaya jelas perbezaan      antara bacaan panjang dan pendek
  5. Huruf –huruf yang bersambung bolehlah dibaca secara putus-putus
  6. Mulai muka surat 14 ,sekiranya murid-murid masih keliru tentang bacaan panjang pendek,guru perlu menegur mengapa baca sedemikian




BUKU IQRA’ (3 )

  1. Panduan mengajar buku Iqra’ 1,nombor 1,2,3,4,7 dan 8 juga buku Iqra’2 ,nombor 4 dan 6 boleh digunakan untuk buku Iqra’3
  2. Apabila murid selalu memanjangkan bacaan yang sepatutnya pendek kerana mengingatkan huruf berikutnya ,maka tegurlah dengan membacanya dengan terputus –putus
  3. Guru tidak boleh member contoh-contoh yang sukar di ikuti oleh murid-murid
  4. Sekiranya pelajar mengulang-ngulang bacaan kalimah yang sama maka tegurlah dengan      perkataan seperti : “ وما “  ada berapa ,kerana bacaan yang sudah betul tidak boleh diulang lagi




BUKU IQRA’(4 )

  1. Panduan mengajar buku satu ,nombor 1,2,3,8 dan buku 2 nombor 6 serta buku 3 ,nombor 3 dan 4 masih boleh digunakan untuk buku 4
  2. Mulai buku 4, bolehlah diperkenalkan nama-nama huruf ( sila rujuk buku 1 ms 32 )
  3. Sekiranya berlaku kekeliruan bacaan samaada di tengah atau di akhir kalimah ,guru hanya perlu memperbetulkan yang keliru itu sahaja
  4. Untuk memudahkan ingatan ,huruf-huruf Qalqalah bolehlah dengan singkatan : جد خطب
  5. Halaman 1,7,9,17 dan 21 bolehlah dibaca secara alunan yang sesuai dengan beramai-ramai untuk menambahkan minat murid-murid
  6. Untuk menentukan bacaan yang betul pada halaman 21 (hamzah sukun dan sebagainya)      murid diajak membaca dengan baris fatah dahulu secara berulang-ulang kemudian baru diamati  contoh : تلك


BUKU IQRA’(5 )

  1. Panduan mengajar buku 1,2,3,8 dan buku 2 nombor 6,buku 3 nombor 3,4 dan buku 4, nombor 3 semuanya boleh diikuti dalam buku 5
  2. Muka surat 21 ( surah al-mukminun ayat 1-11 ) seeloknya digalakkan murid-murid menghafaz dan memahami maksudnya .sistem tadarus boleh diperkenalkan kepada murid-murid yang sama taraf pencapaiannya.
  3. Sistem tadarus boleh diperkenalkan kepada murid-murid yang sama taraf pencapaiannya
  4. Murid-murid tidak perlu mengenal istilah-istilah tajwid seperti : idgham,ikfa’, mad dan sebagainya ,yang penting murid-murid dapat menguasai bacaan dengan betul  
  5. Halaman 14-17 boleh dibaca secara alunan yang sesuai dengan beramai-ramai untuk menambahkan minat murid-murid.


BUKU IQRA’(6)
  1. Panduan mengajar buku 1,nombor 1,2,8 dan buku 2,nombor 6 buku 3,4,buku 3,4 nombor 3 bagi buku 5 ,nombor 3,4 semuanya boleh digunakan bagi buku 6.bahan dihalaman penilaian pada buku 6,hendaklah dihafaz difahami maksudnya.
  2. Walaupun murid telah berpindah ke buku 6,namun panduan membaca lambat asalkan betul hendaklah dipatuhi kerana murid akan dapat menguasainya setelah mereka membaca bahagian seterusnya.
  3. Gaya bacaan yang menyusahkan tidak digalakkan walaupun dengan bacaan tertil.
  4. Pengajaran buku 1-6 dari segi tajwid diajar secara tidak langsung berdasarkan praktikal bacaan.


    Sumber: klik di sini
    Share:

    GURU oh GURU




    Berburu ke padang datar
    Dapat rusa belang kaki
    Berguru kepala ajar
    Ibarat bunga kembang tak jadi

    Dialah pemberi paling setia
    Tiap akar ilmu miliknya
    Pelita dan lampu segala
    Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

    Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
    Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
    Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
    Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

    Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
    Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
    Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
    Jika hari ini seorang ulama yang mulia
    Jika hari ini seorang peguam menang bicara
    Jika hari ini seorang penulis terkemuka
    Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
    Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
    Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

    Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
    Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
    Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
    Dia adalah guru mewakili seribu buku;
    Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
    Semakin bererti tugasnya kepada negara.
    Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
    Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
    Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
    Menjadi kenangan ke akhir hayat.

    USMAN AWANG
    1979


    -renungkan apa yang telah terjadi di UPSI ketika ini, sedang sibuk menghabiskan masa di saat-saat akhir exam...kecoh pula dengan masalah-masalah lain..-
    Share:

    Popular Posts

    Followers