10 Perkara Sia-sia

Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka,menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalamkategori sia-sia....

Gedung Pendidikan

Blog yang dilancarkan untuk pendidikan di negara kita insyaAllah..mudah-mudahan bermanfaat.

Cantiknya Seorang Wanita...

Semoga bermanfaat.

Kaedah Baghdadiah

Panduan ringkas mengajar al-Quran menggunakan kaedah Baghdadiah.

Kaedah Pengajaran Iqra'

Semoga Bermanfaat..

Geng blogger...

There was an error in this gadget

Tuesday, December 28, 2010

Penjelajahan cuti semester....


Salam sahabat-sahabat...cuti semester kali ni agak pendek, tak banyak keluar negeri.. Rasanya banyak yang stay dalam negeri jer...negeri Tanjong Malim...xpela..bak kate pepatah di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung..lame dah rasanya xpost apa2 kan...jadi kali ni ana nak cerita ke mana ana pergi sepanjang cuti sem ni...

Pic kat atas tu semasa KUPREX 2 dekat Nur Laman Bestari, Ulu Yam...sempat juga la amik gambar2 yang agak banyak..gambar ni agak menarik bagi ana....teringat pula kenangan KUPREX 2 semasa ana jadi peserta dulu...lagi tekanan hidup kami terima...tapi tak mengapa, zaman perubahan kan..

Cuti semester pun dah nak habis dah pun..lame ana tak buat entry baru kan....ni cume nak flashback balik jer kot....


Semoga semua peserta KUPREX 2 2010 mendapat manfaat daripada program yang kami anjurkan...sekian....

Monday, December 06, 2010

Awal Muharam...


Sejak zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al Khattab, umat Islam secara rasminya menggunakan kelendar Hijriyyah Qamariyyah.

Istilah 'HIJRIYYAH' dirujuk kepada peristiwa 'penghijrahan' Nabi Muhammad SAW dan para sahabat dari kota Makkah ke kota Yathrib yang kemudiannya ditukar namanya kepada Al Madinah Al Munawwarah. Kelendar Hijriyyah Qamariyyah menjadikan tahun penghijrahan nabi ini sebagai tahun pertama (1 H).

Manakala istilah 'QAMARIYYAH' pula dirujuk kepada kaedah pengiraannya yang berdasarkan kepada peredaran 'bulan' mengelilingi bumi.

Tahun Hijriyyah Qamariyyah mengandungi 12 bulan, dimulai dengan Muharram dan diakhiri dengan Zulhijjah.

Bulan Muharram adalah antara bulan-bulan utama yang mempunyai kelebihannya yang tersendiri.

A. KEISTIMEWAAN MUHARRAM

Antara keistimewaan bulan ini ialah:

1. Nabi Muhammad SAW menisbahkan bulan ini kepada Allah dengan menggelarkannya sebagai Syahrullah (bulan Allah).

2. Bulan ini adalah satu di antara 4 bulan yang diharamkan berperang padanya. Selain Muharram, bulan-bulan yang diharamkan berperang ialah Rajab, Zulqaedah dan Zulhijjah. Di zaman jahiliyyah, orang-orang Arab membuat peraturan gencatan senjata pada bulan-bulan ini. Setelah Nabi Muhammad SAW dilantik sebagai rasul, budaya ini diakui dan diteruskan oleh Islam kerana Islam mementingkan keamanan. Namun begitu peperangan di dalam bulan ini dibenarkan sekiranya musuh mula menyerang.

B. PERISTIWA-PERISTIWA PENTING

1. Allah menyelamatkan Nabi Musa AS dan kaumnya daripada Firaun pada bulan Muharram

2. Allah menerima taubat Nabi Adam AS juga pada bulan Muharram.

3. Di dalam bulan ini juga Allah menerima taubat kaum Nabi Yunus AS yang sebelum itu derhaka kepada baginda.

4. Bulan ini juga menyaksikan peperangan Khaibar, iaitu peperangan yang berlaku di antara umat Islam dengan orang-orang Yahudi yang berakhir dengan kemenangan memihak kepada umat Islam. Peristiwa ini berlaku pada penghujung Muharram tahun ke enam hijriyyah.

5. Dalam bulan Muharram juga Nabi Muhammad SAW cuba diracun oleh orang-orang Yahudi. Peristiwa ini berlaku setelah orang-orang Yahudi kalah di dalam peperangan Khaibar, mereka menghadiahkan daging kambing beracun kepada baginda. Namun dengan mukjizat yang Allah berikan kepada baginda, daging berkenaan bersuara sebaik sahaja Nabi ingin menjamahnya. Daging itu memberitahu bahawa ia telah diracun.

6. Adapun peristiwa hijrahnya Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah yang dirayakan setiap tahun pada bulan Muharram itu bukanlah berlaku pada bulan ini. Al Imam Ibnu Kathir menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah pada bulan Rabi'ulawwal tahun ke 13 selepas dilantik menjadi rasul (rujuk kitab beliau, Al Bidayah Wan Nihayah juzuk ke 3 m/s 220).

Saidina Ibnu Abbas pula menyebut:

"Nabi kamu (Muhammad SAW) dilahirkan pada hari Isnin, keluar daripada Makkah pada hari Isnin........ masuk ke Kota Madinah pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin."

C. AMALAN-AMALAN YANG DIGALAKKAN

Antara amalan-amalan yang digalakkan supaya kita melakukannya di dalam bulan ini ialah:

1. Berpuasa secara umum: Dari Abu Hurairah RA katanya, "Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud): "Sebaik-baik puasa selepas bulan Ramadhan ialah bulan Allah yang kami panggilnya sebagai Muharram." (Hadith riwayat Muslim bilangan 1163)

2. Puasa pada hari ke-10 (hari 'Asyura') Di dalam kitab Sahih Muslim, Saidina Umar meriwayatkan bahawa baginda SAW pernah menerangkan bahawa puasa pada hari ke 10 (Asyura') diharapkan dapat menghapuskan dosa selama setahun sebelumnya.

3. Puasa pada hari ke-9 dan 10 Puasa pada hari ke-9 dan ke-10 adalah untuk membezakan amalan Islam dan amalan Ahli Kitab (orang-orang Yahudi dan Nasrani). Saidina Ibnu Abbas pernah berkata, "Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari Asyura' (hari ke-10) dan memerintahkan sahabatnya berpuasa pada hari berkenaan, para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, hari Asyura' itu ialah hari yang dimuliakan oleh Yahudi dan Nasrani!" Baginda lantas menjawab, "Jika kita ada usia di tahun hadapan, kita akan turut berpuasa pada hari yang ke-9, insya Allah."

Ibnu Abbas menyambung, "Pada tahun berikutnya Rasulullah SAW wafat (dan tidak sempat untuk berpuasa pada hari ke-9)." (Hadith riwayat Muslim bilangan 1134).

Inilah antara amalan yang warid datangnya daripada Nabi SAW dan digalakkan supaya kita melakukannya. 

Friday, December 03, 2010

kau sahabat kau teman-hijjaz - mystarskaa.webs.com

Wednesday, December 01, 2010

Hadith dua kolah


Hadith 4 Bulughul Marom:




وعَنْ عَبْدِ اللهِ بنِ عمرَ – رضي الله عنهما – قاَل قَال رَسُولُ الله –صلى الله عليه و سلم – :




((إذاَ كَانَ المـاَءُ قُـلَّـتَـيْـنِ لَـمْ يـَحْمِل الخَـبَـثَ)) 

وفي لفظٍ:




((لَـمْ يـَـنْجُسْ))

أخرجه الأربعة, و صححه ابن خزيمة و الحاكم و ابن حبان.

Dari Abdullah bin Umar
radiyallahu ‘anhuma dia berkata (bahwa) Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “jika air mencapai dua kolah, maka (air tersebut) tidak mengandung kotoran [najis]”. Dalam lafadz lain: “(air tersebut) tidak ternajisi.

Dikeluarkan oleh imam yang empat, disahihkan oleh Ibnu Khuzaimah, Al Hakim, dan Ibnu Hibban.

Darjat hadith:



Hadith ini shahih, dinamakan juga dengan hadits qullatain (dua kullah).

Para ulama berbeza pendapat mengenai kesahihan hadith ini, sebahagian ulama menghukumi hadith ini dengan syadz (cacat) pada sanad dan matannya. Syadz pada matannya dari segi bahawa hadith ini tidak masyhur padahal kandungan hadits ini sangat dikehendaki, seharusnya dinukil secara masyhur, namun hal ini tidak. Dan tidak ada yang meriwayatkan hadith ini kecuali Ibnu Umar saja.

Adapun segi
idhtirob (simpang siur) pada matan, iaitu adanya sebahagian riwayat “jika air mencapai dua kullah”, ada juga “jika air mencapai tiga kullah”, ada juga “jika air mencapai empat puluh kullah”. Ukuran kullah pun tidak diketahui, dan mengandung pengertian yang berbeza-beza.


Adapun ulama yang membela hadith ini dan mengamalkannya seperti Imam Asy-Syaukani, beliau berkata, “telah dijawab tuduhan
idhtirob (simpang siur) dari segi sanad bahawa selagi terjaga di seluruh jalur periwayatannya, maka tidak boleh dianggap idhtirob (simpang siur), kerana hadith tersebut dinukil oleh yang terpercaya kepada yang terpercaya. Al Hafidz berkata, “Hadits ini memiliki jalur periwayatan dari Al Hakim dan sanadnya dikatakan baik oleh Ibnu Ma’in.” Adapun tuduhan idhtirob dari segi matan, maka sesungguhnya riwayat “tiga” itu syadz, riwayat “empat puluh kullah” itu mudhtorib, bahkan dikatakan bahwa kedua riwayat tersebut maudhu’, dan riwayat “empat puluh” di-dho’ifkan oleh Ad Daruqtni.
Syaikh Al Albani berkata, “hadith ini shahih”, diriwayatkan oleh lima imam bersama Ad Darimi, At Thohawi, Ad Daruquthni, Al Hakim, Al Baihaqi, Ath Thoyalisi dengan sanad yang shahih. 


Ath Thohawi, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, Adz Dzahabi, An Nawawi, Al Asqolaani menshahihkan hadith ini, dan sikap sebagian ulama yang mencacati hadits ini dengan
idhtirob (simpang siur) tidaklah dapat diterima.


Ibnu Taimiyah berkata, “kebanyakan ulama menghasankan hadith ini dan menjadikannya sebagai hujjah (dalil), mereka telah membantah perkataan yang mencela hadith ini”
Diantara ulama yang menshahihkan hadith ini adalah Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, Ibnu Mandzah, At Thohawi, An Nawawi, Adz Dzahabi, Ibnu Hajar, Asy Suyuthi, Ahmad Syakir, dll.



Kosa kata:



  • Kata قلتين (qullataini) = dua kullah. Dua kullah sama dengan 500 ritl irak, dan 1 ritl irak sama dengan 90 misqol. Dengan takaran kilo, dua kullah sama dengan 200 kg.
  • Kata لم يحمل الخبث (lam yahmil khobats), yaitu tidak dicemari oleh kotoran (najis), maknanya adalah air tidak ternajisi dengan masuknya najis ke dalamnya, jika air tersebut mencapai dua kullah. Dikatakan juga bahwa maksudnya adalah air tersebut dapat melarutkan (menghilangkan) najis yang masuk ke dalamnya, sehingga air tersebut tidak ternajisi.
  • Kata الخبث (khobats) adalah najis.


Faedah hadith:



  1. Jika air mencapai dua kullah, maka air tersebut dapat menghilangkan najis (dengan sendirinya) sehingga najis tidak memberi pengaruh, dan inilah makna tersurat dari hadith tersebut.
  2. Dipahami dari hadith tersebut bahwa air yang kurang dari dua qullah, terkadang terkontaminasi oleh najis dengan masuknya najis sehingga air tersebut menjadi ternajisi, tetapi terkadang tidak menjadi ternajisi dengannya.
  3. Ternajisi atau tidaknya air bergantung pada ada atau tidaknya zat najis di dalamnya, jika najis tersebut telah hancur dan larut, maka air tersebut tetap pada kesuciannya.


Perbedaan pendapat ulama:



  • Imam Abu Hanifah, Asy Syafi’i, dan Ahmad, serta pengikut madzhab mereka, berpendapat bahwa air yang sedikit menjadi ternajisi dengan masuknya najis, walaupun najisnya tidak mengubah sifat air.
    Sedikitnya air menurut Abu Hanifah adalah air yang jika digerakkan di satu hujung bekasnya, maka ujung lainnya juga ikut bergerak.
    Adapun sedikitnya air menurut madzhab Syafi’i dan Ahmad (Hanabilah) adalah air yang kurang dua kullah.
  • Imam Malik, Az Zhohiriyyah, Ibnu Taimiyah, Ibnul Qoyyim, Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab, ulama-ulama salafiyah di Nejd, dan para muhaqqiqin berpendapat bahwa air tidak menjadi ternajisi dengan masuknya najis selama salah satu dari tiga sifat air (rasa, warna, dan bau) tidak berubah.


Para ulama yang mengatakan bahwa air dapat ternajisi dengan sekadar masuknya najis berdalil dengan pemahaman hadith Ibnu Umar ini. Pemahamannya menurut mereka bahwa air yang kurang dari dua kullah akan mengandung kotoran [najis]. Di dalam satu riwayat, “jika (air) mencapai dua kullah, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menajiskannya”. Maka pemahamannya bahwa air yang kurang dari dua kullah menjadi ternajisi dengan sekadar masuknya najis, sebagaimana mereka berdalil dengan hadith tentang perintah menumpahkan air pada bekas yang dijilat oleh anjing tanpa mempedulikan tentang perubahan sifat air nya.
Hadits qullatain (dua kullah) tidak bertentangan dengan pendapat Abu Hanifah, sebab air seukuran dua kulah jika diisi dalam suatu bekas, maka air di salah satu hujung bekas tidak bergerak dengan bergeraknya hujung lainnya.


Adapun dalil- dalil para ulama yang tidak memandang sebagai air yang ternajisi kecuali dengan perubahan sifat, diantaranya hadits qullataini ini, sesungguhnya makna hadith tersebut adalah air yang mencapai dua kullah tidak ternajisi dengan sekadar masuknya najis, kerana air yang mencapai dua kullah tersebut tidak mengandung kotoran [najis] dan dapat menghilangkan najis-najis di dalamnya.

Adapun pemahaman hadith tersebut, tidak lazim demikian, sebab terkadang air menjadi ternajisi jika najis mengubah salah satu sifat air, dan terkadang air tidak ternajisi. Sebagaimana mereka juga berdalil dengan hadith tentang menuangkan seember air pada air kencing Arab Badwi dan dalil lainnya.

Ibnul Qoyyim berkata, “yang dituntut oleh prinsip dasar syariat adalah : jika air tidak berubah sifatnya oleh najis maka air tersebut tidak menjadi ternajisi, hal itu kerana air tetap dalam sifat alaminya, dan air yang seperti ini termasuk yang thoyyib (baik) dalam firman Allah, ((dan dihalalkan bagi mereka yang baik-baik)). Ini dapat diqiyaskan terhadap seluruh benda cair, jika terkena najis dan tidak mengubah warna, rasa, dan bau.


Sumber: Taudhihul Ahkam min Bulughul Marom karya Syaikh Abdullah Al Bassam

Dipetik daripada: Bulughul Marom

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bonus untuk Anda