Majulah diri untuk Agama, Bangsa, dan Negara...

  • Nufnang

    Masih ada lagi ke?

  • FRIENDSTER

    Lipatan sejarah sosial media

  • Muhasabah Diri

    Apabila sentiasa mencari alasan dan memperalasan

  • This is default featured slide 4 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

  • This is default featured slide 5 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Promosi Pro Team Resources

Assalamualaikum dan salam bahagia.

Semenjak dua menjak ni dengan kesibukan kerja di pejabat, sempat jugalah bila balik ke rumah tu buat kerja-kerja mengembang giat potensi Pro Team Resources. Maka banyaklah poster-poster yang sahabat-sahabat boleh edarkan ke masyarakat majmuk.




Boleh edarkan dan share kepada kawan-kawan yang lain ye..


~fikir-fikir sejenak~
Share:

Dulu kini dan akan datang...

Assalamualaikum....
Ahlan Wasahlan....
Selamat Hari Raya Aidilfitri....Maaf Zahir dan Batin.....

Berhabuk-habuk dah blog ni..kejap update kejap tak update. Klu update tu menunjukkan kekeringan idea tahap gaban...(gaban/satria baja hitam/masked rider/kamen rider)
Ape pun kini, kehidupan semakin mencabar. Kehilangan MH370 belum selesai terus digemparkan dengan MH17 yang ditembak di sempadan Rusia-Ukraine. Kenapalah dorang tu main tembak-tembak. Mungkin dorang tengah main jutaria kot..klu dulu masa main jutaria klu dapat kad cabutan menembak jatuh jet komunis boleh dapat $3000. Banyak tu...boleh buat rumah 4buah dekat geran no.1...hehe.. Tu dulu. Tapi ni realiti, turut sedih dengan keadaan Malaysia yang saban hari dilanda pelbagai konflik dan korupsi.

Mungkin ada yang kata ini balasan terhadap maksiat yang dilakukan oleh rakyat dan pemerintah secara berleluasa. Namun mengimbau kembali kisah penaklukan Konstantinople, umat Islam pada masa tu sangat yakin dengan ajaran Islam. Sultan Muhammad al-Fateh sendiri sentiasa berusaha memastikan penaklukan kota tersebut berlaku pada zamannya. Sehinggakan beliau sentiasa merenungi diri terhadap hadis Rasulullah s.a.w tentang Konstantinople akan ditakluk oleh raja yang baik dan mempunyai rakyat yang baik. Sultan Muhammad sanggup menyiasat keadaan rakyatnya sendiri. Membantu rakyat yang memerlukan dan sentiasa taat dengan ajaran Islam.

Namun di Malaysia???..apa sudah jadi??? Rakyat di bawah kata pemerintah tak adil, sebab tu keadaan kacau bilau. Klu direnungi sendiri, Pemerintah tak baik, rakyat pun tak baik. Menuding jari  kepada orang lain, tapi diri sendiri tak sedar jari selebihnya menuding ke arah kita sendiri.



Fikir-fikirkanlah sendiri.... Kemelut di GAZA pun semakin hari semakin dahsyat. Semakin kita ni cakna dengan isu luar dan dalam negara. Dengan isu Menteri Besar Selangornya... Macam-macam hal....Semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah S.W.T sentiasa. 

Dan ana sendiri, dari dulu, kini dan akan datang mungkin terus di UPSI berkhidmat sebagai warga pendidik. Posting KPM???...Hanya pasrah dengan ketentuan-Nya. Semoga sahabat-sahabat calon simpanan yang lain tabah dan semoga usaha mereka dipermudahkan. Ana hanya mampu berdoa. Tak dapat bersama kalian untuk turun ke perhimpunan aman di KPM semalam (11/8/2014). Semoga ada bibit-bibit gembira untuk kalian tak lama lagi...  


~fikir-fikir sejenak~
Share:

Guru dan Cabarannya...

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamuualaikum dan salam muhibbah.

Seperti biasalah, kalau dah berhabuk blog ni tanpa dikemaskini empunya nya akan muncullah alasan demi alasan..sama la juga hal nya pada ana. Bukannya sibuk sampai sepasang tangan ni xmenang tangan, tapi disebabkan sibuknya otak dan buah fikiran bekerja. Sampai kepala boleh stress..

Bulan Mei dah sampai ke penghujung dan ini bermakna tempoh ana di UPSI pun dah sampai ke penghujung juga lah...Bulan Mei merupakan bulan yang ke-8 ana menjadi pekerja sambilan di KUO dan bulan ke-9 selepas konvo dan bulan ke-11 ana disahkan tamat pengajian di UPSI dan bulan ke-12 ana tamat pengajian di UPSI.

Interview SPP tempoh hari masih belum nampak kelibat keputusannya. Ntah berjaya ntah tidak...harapannya berjaya la dan boleh dipostingkan cepat ke sekolah. Selagi tidak dipostingkan, selagi tu ijazah yang digenggam belum dapat membalas jasa-jasa emak dan ayah, adik-beradik, keluarga, guru-guru, rakan-rakan dan semua yang membantu sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Sebesar-besar pangkat sebagai Dr. Pensyarah sehinggalah sekecil-kecil jawatan makcik-pakcik cleaner, jasa mereka sangat dihargai. Jadilah kita sebagai insan yang sempurna. Kalau tidak kerana makcik-pakcik cleaner tulah, kita tidak akan mampu selesa tinggal di kediaman UPSI. 

Tetapi semakin hari sebaliknya yang berlaku, sepanjang penglibatan dan pemerhatian ana dalam berkhidmat untuk UPSI, pelajar-pelajar sekarang seperti hilang hormat kepada mereka yang lebih tua, yang menjaga kebajikan mereka dan lebih teruk lagi ada yang sanggup mencalarkan kereta kakitangan, pancitkan tayar kereta apatah lagi menyumpah-nyumpah di laman sosial FACEBOOK. Ada yang kata kami makan gaji buta, baik berhenti keje, pantang tengok orang senang, asyik menyusahkan pelajar je...tu antara komen-komen pelajar-pelajar yang sempat kami sedar. Tak tau lah kalau yang kami xsedar. Ada yang memuji ada yang mengeji...yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.

Bak kata pepatah, kita ini umpama roda yang berputar, ada ketika kita di atas dan ada ketika kita di bawah. Dan ada lagi, hidup ini ada hukum karmanya, kita buat baik akan dibalas baik, buat hajat akan dibalas jahat. Jika kita lihat dari sudut suasana sekolah ketika ini, terdapat banyak kes telah berlaku, ibu bapa menyaman guru, pihak sekolah, pelajar memukul guru, dan mungkin ada kes yang tidak dihebohkan media massa yang lebih dahsyat. Hal ini bertitik tolaknya ekoran sesetengah pihak yang membatasi kuasa guru dan mempertikai kuasa guru serta mendakwa guru tidak pandai mendidik. Perlu kita sedar, peranan guru pada zaman dahulu mungkin betul adalah MENDIDIK dan MENGAJAR. Ini kerana guru boleh mendenda dan memberi pengajaran atas kesalahan dan kesilapan murid-murid. Sedangkan 1436 tahun dahulu, ajaran mendidik dan mengajar dengan mendenda sudahpun dijadikan contoh kepada Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. Boleh memukul anak-anak yang sudah berumur 7tahun yang tidak solat. Inikan pula zaman yang persekitaran yang bercampur aduk halal dan haram,syuhbah, makruh...maka denda adalah wajar dilaksanakan oleh guru yang mendidik dan mengajar. Namun begitu, guru pada zaman ini bukan lagi MENDIDIK tetapi hanya tinggal MENGAJAR sahaja. Kuasa guru yang dihad dan dibataskan menyebabkan guru tidak dapat mendidik pelajar dengan sempurna dan hanya mampu menyampaikan ilmu tetapi tidak dapat dihayati. Kesalahan pelajar tidak dapat dibetulkan kerana guru tiada empunya kuasa untuk mendenda. 

Fenomena ini disebabkan campur tangan oleh pemilik kuasa yang bukan daripada ahlinya. Ibaratnya tuan rumah meminta jurutera untuk membuat rumah seperti kehendaknya tetapi tidak membuat penyelidikan dan tidak ambil tahu material dan keadaannya sesuai dengan kehendakknya. Kalau sukar difahami, ana mudahkan lagi dengan mengibaratkan seorang tuan kedai makan yang menyuruh tukang masaknya memasak resepi gulai yang baru tetapi dia tidak mencicipi gulai itu dan terus dihidang kepada pelanggan. Gulai itu kita tidak tahu apa rasanya dan hasilnya sama ada pelanggannya marah, tukang masakknya dicerca dan ataupun sebaliknya. Pokoknya seperti tikus yang membaiki labu, labu tidak dapat dibaiki tetapi tikusnya yang kenyang. Ataupun bila sudah terjadi sudah terhantuk baru nak tengadah sehingga akhirnya melepaskan batok ditangga. Orang yang merancang terselamat, orang yang melaksan yang dicemuh dan menerima akibatnya.

Cabaran guru masa kini sangat hebat. Untuk mengajar mudah, untuk mendidik amat payah. Guru yang baik akan melahirkan murid yang baik. 

Di kesempatan ini juga ana ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh insan yang telah menjadikan ana sperti ana ketika ini. Emak ayah, kaum keluarga, sahabat-sahabat, guru-guru , pensyarah-pensyarah dan semua guru sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.



~fikir-fikir sejenak~
Share:

Giveaway 5K Dunia sebenar Shida

Assalammualaikum, peace upon you.
http://www.duniashida.com/2014/02/giveaway-5k-dunia-sebenar-shida.html
Dijemput semua memeriahkan lagi Giveaway 5K Dunia sebenar Shida (klik banner untuk join) dengan hadiah yang cukup banyak dan lumayan serta syarat sangat mudah. Terima kasih juga kepada para Penaja yang sudi menaja untuk giveaway kali ini dan mereka adalah :
Kategori Blogger :
Kategori Onlineshop :
Yang atas tu adalah copy paste je..saja nak join2 buat ramai kawan. Sambil meluangkan masa mengubat kepala yang agak pusing..huhu...




~fikir-fikir sejenak~
Share:

Bulan Ke-8 dan Usia Menghampiri Jubli Perak....Suku Abad

Assalamualaikum wrht wbrkth....

3 Feb 2014 sudah dijejak...walaupun tidak memaksa kaki melangkah, namun masa tidak akan terhenti dan masa yang lepas takkan boleh diputar kembali... Kehidupan yang terus ditempuh memerlukan kesabaran dan semangat yang tinggi... Acap kali ana rasa hampir berputus asa, Tidak pernah terjangkau dalam fikiran semasa belajar sepanjang 4tahun di UPSI. Menunggu selama setengah tahun untuk dipanggil temuduga dan di"postingkan". Segulung Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang dianugerahkan september tahun lalu masih belum dimanfaatkan. Sepanjang tempoh menunggu ini hanya dapat memanfaatkan ilmu dan pengalaman kemahiran insaniah yang dikutip dan dikumpulkan sepanjang 4tahun ini. Masih berada di UPSI untuk menabur bakti dan mencari sesuap nasi dan semangkuk megi. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah dan diberikan kebaikan dalam setiap pekerjaan seharian.

April akan datang bakal menjelma Jubli Perak bagi usia ana untuk tahun ini. 

Semoga umur ini, kesihatan ini, kekayaan ini diberkati dan diredhai Allah dan diberikan keberkatan yang berpanjangan. Ya Allah, kurniakanlah aku dan kedua ibu bapaku, begitu juga ahli keluargaku pengakhiran husnul khotimah dan keberkatan dalam hayat kami, keampunan dariMu, keselamatan dari Azab seksa NerakaMu, berikanlah kesempatan ke atas kami memanfaatkan hayat ini dengan amalan dan kebaikan untuk ke syurgaMu. Redhakanlah kami Ya Allah... Amin Yarabbal 'Alamin.


~fikir-fikir sejenak~
Share:

Selamat Tahun Baru 1435H dan tahun Baru 2014M (Status Facebook) ....

Assalamualaikum dan salam muhibbah...
Mungkin sudah agak terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada sahabat-sahabat...tapi ape pun ana tetap juga nak ucapkan selamat tahun baru dan mulakanlah tahun baru ini dengan penuh keazaman dan tekad yang nekad serta iltizam untuk mencapai segala kejayaan.

Semangat tu semangat juga, bab posting tak tahu lagi ceritanya...sampai kami semua tukar profile picture FB masing2... 



Beginilah kami, belajar 4tahun dengan janji akan menjadi guru sampai sekarang ada yang dah menunggu setahun, dan ana sendiri pun dah menunggu 6bulan tanpa ada berita bila temuduga dan penempatan guru. Ada usaha mencari kerja lain sebelum masanya bergelar guru, tapi dengan kekangan kebolehan dan kemampuan diri kerja mana yang boleh menerima orang seperti ana. Andai nak jadi polis pun rasanya tak lepas kot. ISMP adalah guru, mustahil hospital nak ambil kami sebagai doktor mereka, mustahil juga untuk mendapat kerja di pentadbiran di institusi swasta jika tiada kelayakan lain dan kebolehan lain. Kalau setakat kelayakan ISMP dan berkebolehan mengajar macam mana nak jadi pentadbir kan. Sabar tu sabar juga. Ana masuk belajar ISMP pada tahun 2009 dengan unjuran ketika itu untuk kekosongan guru pada 4tahun selepasnya. Tapi semasa belajar pelaksanaan persaraan kakitangan kerajaan pula dilanjutkan sehingga umur 60tahun. Itu bermakna kami kena menunggu lagi 2tahun selepas tamat belajar untuk ditempatkan di sekolah.
Tak lama lepastu, selang setahun, pengambilan GSTT secara beramai2 untuk disambungkan pelajaran mereka pula dilaksanakan. Tempoh pengajian mereka selama 2tahun. Akhirnya kami berkonvo bersama-sama. Tapi yang musykilnya sebaik sahaja konvo, SPP dan KPM membuat temuduga guru untuk mereka dan ISMP hanya ternganga. Bila ditanya bila ISMP akan ditemuduga dan ditempatkan ke sekolah jawapan nye tiada kekosongan. Wajarkah??? Siapakah yang hanya merasionalkan insyaAllah ada rezeki lain. Tapi bagi hal ini ana berpandangan, ini adalah teraniaya. Jika kita telah ditemuduga dan tidak berjaya barulah boleh merasionalkan diri dengan kata insyaAllah ada kerja lain lebih baik. Tapi ini kami menuntut janji yang 4tahun sudah berlalu. Mungkin inilah namanya yang menguruskannya bukan dari keahliannya.. Wallahu A'lam....

Disebabkan itulah dan sebab2 lain status Facebook ana sentiasa aktif...


8 Jan 2014
Wednesday is today...english day..

After translated:
"Mulakan hidup anda dengan senyuman, senyum itu sedekah...dimulakan dengan bismillah, diakhiri dengan alhamdulillah..." — feeling excited at Speaking English with translated Malay...


7 Jan 2014
Kadang-kadang keprihatinan kita dengan dunia luar membuatkan kita lupa dengan hal yang lebih memerlukan keprihatinan kita...

- Beratus ribu ringgit berhabis untuk menolong orang yang jauh dan tidak dikenali sehingga melupakan orang yang lebih hampir dan lebih memerlukan bantuan kita...
- Kerana terlalu menjaga pengetahuan kita dengan hal-hal sekeliling kita dan mengambil berat akannya sehingga kita melupakan ada hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan kita yang melibatkan insan lain dsbnya yang lebih patut kita cakna dan ambil berat...
- Kerana terlalu menjaga kesibukan kita mengingatkan orang lain di kumpulan-kumpulan tentang kebaikan itu dan ini, kelebihan itu dan ini sehingga kita melupakan ada insan yang hampir dengan kita lebih memerlukan peringatan dan nasihat dan teguran daripada kita...
- Kerana terlalu menjaga kesentiasaan kita menjaga macho nya kita di mata orang ramai sehingga melupakan teruknya kita di mata insan yang hampir dengan kita dan yang tahu perihal kita...
- Kerana terlalu menjaga kerajinan kita di depan orang ramai, menolong orang ramai, ketelitian kita terhadap kerja kita di depan orang ramai sehingga melupakan kerja-kerja yang remeh temeh di rumah, dengan kawan-kawan, dengan insan yang hampir sehingga menyusahkan dan merumitkan kerja mereka...
- Kerana terlalu menjaga pangkat dan nama kita sentiasa disebut-sebut orang ramai sehingga melupakan siapalah kita kalau tiada insan lain disekeliling kita yang banyak membantu dan berjasa dengan kita...

Berkat hujan rahmat, semoga Allah S.W.T memberikan kebaikan dan sentiasa melimpahkan rahmat ke atas kita semua dan mengampuni dosa-dosa kita yang lalu, kini dan akan datang. Semoga kita semua dilimpahkan rezeki yang luas dan menambahkan tingkat iman dalam kehidupan kita. — feeling free.


7 Jan 2014
Tuesday is "tue dia" ...tue dia makannya...nie dia makannya....
Semoga dipermudahkan perjalanan dan urusan anda...
Ingatlah orang tersayang....

"kami selalu berebut, nak balik cepat, kalaulah saya bersabar..." — feelingblessed at Depan pejabat kuo ada kereta putih....


6 Jan 2014
Monday is mandai.... mandai-mandai....memandai jer.... — feeling annoyed.


3 Jan 2014
"Bila kita susah, kita kena tahu juga ada orang lagi susah daripada kita...rasa bersyukur juga kerana kita ni lebih senang dan tidak merasa beban seperti orang yang lebih susah....."

"Bila kita senang, kita kena tahu juga ada orang lagi senang daripada kita...rasa dengki kerana ada orang lebih senang dan mewah daripada kita...."

Tapi, bila la orang senang tu nak tengok orang bawah yang lebih susah daripada dirinya sedangkan dia sentiasa melihat ke atas yang penuh dengan kesenangan dan kemewahan....sentiasa melihat ke atas dan ke atas....entah bila nak pikir kesusahan orang di bawahnya...
Sekian~





Inilah status semenjak tahun 2014 masihi ini...



~fikir-fikir sejenak~
Share:

Popular Posts

Followers