10 Perkara Sia-sia

Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka,menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalamkategori sia-sia....

Gedung Pendidikan

Blog yang dilancarkan untuk pendidikan di negara kita insyaAllah..mudah-mudahan bermanfaat.

Cantiknya Seorang Wanita...

Semoga bermanfaat.

Kaedah Baghdadiah

Panduan ringkas mengajar al-Quran menggunakan kaedah Baghdadiah.

Kaedah Pengajaran Iqra'

Semoga Bermanfaat..

Geng blogger...

There was an error in this gadget

Saturday, February 12, 2011

Produk Home Made...

Zila Manja
 
Salam sahabat2 sekalian...semoga dalam perlindungan Allah S.W.T hendaknya...sekadar untuk berkongsi sahaja...cuti baru2 ni, kepulangan ana dari kampung halaman membawa satu produk...seperti dilihat di atas la...jadi sila baca selanjutnya yer...
100%  Manjakani
Makanan tambahan yang berasaskan herba manjakani ini sesuai untuk wanita terutamanya selepas melahirkan anak (biasa/pembedahan). Manjakani secara semulajadinya mempunyai rasa yang kurang enak menyebabkan kita tidak mengendahkan khasiat yang terkandung di dalamnya.

Menerusi kapsul mudah hadam ini, ia memberikan keselesaan semasa pengambilannya.

Manjakani memberikan banyak manfaat kesihatan kepada wanita dan juga suami untuk kebahagian rumahtangga...InsyaAllah...

Kandungan
Tanin, Asid Galik, Anti Oksida, Kalsium, Fiber, Protein, Astrigen, Karbohidrat, Vitamin A&C.


Khasiat
-Awet muda
-Menegang & mencantikkan kulit
-Mengawal keseimbangan kulit (kering/berminyak/jerawat)
-Menstabilkan hormon
-Melancarkan darah
-Memberi tenaga/karbohidrat
-Penyembuhan luka dalaman & luaran
-Pencegahan kencing manis
-Pencegahan barah payu dara & rahim
-Mengurangkan keputihan @ leuorrhea
-Kawalan lender & lelehan faraj
-Seralelehan haid & nifas
-Pencegahan bau yang tidak diingini
-Menegang & mengetatkan otot faraj
-Menyempitkan faraj
-Mata yang sihat/penglihatan jelas
-Melawaskan pembuangan air/fibre


PENGASAS
ZILAMD ENTERPRISE
No P.86, 
Km34, Kampung Sungai Batang,
36200 Selekoh, Perak.
Email: zilamd@yahoo.com
hp: 019-5556517 (zila)

Produk ini 100% dari kampung..kepada sesiapa yang berminat mahupun ingin mencuba boleh menghubungi alamat emel dan no hp di atas. Boleh juga tinggalkan jejak anda di blog ini/komen/emel kepada optimus_zane@hotmail.com
 
Selamat mencuba..InsyaAllah...Hidup yang baik datangnya daripada rezeki yang halal..




Sunday, February 06, 2011

Percutian Mid Semesterku...

Teratak di kampung halaman

1 Februari 2011 ana selamat tiba di kampung halaman ana...tepat sekali halaman rumah ana...tak banyak yang ana lakukan...walaupun assignment melambak dan kerja2 kolej yng tersadai..ana cuba relax2 di rumah..bkn selalu dpt balik kampung kan..so manfaatkan dengan sebaik2nya...sepanjang di kampung ni, ana fikir2kan juga assgmnt n semua taklifan ana di UPSI..memg banyak yang perlu ana langsaikan...selama ni banyak yang tertangguh.. Ya Allah..anugerahkanlah hamba-Mu ini kekuatan, bantulah hamba-Mu ini tetap gagah dalam berdiri dalam Syariat-Mu...Limpahkan taufiq dan hidayah Mu ke atas hamba-Mu ini...

Teratak nenda
4 Februari 2011 ana bersama usrati telah pergi menziarahi nenda di terataknya...rasanya sudah lama tak singgah di sini..walaupun perjalanan ulang alik ke Tanjung Malim melalui jalan raya kawasan ini...namun kesuntukan masa untuk singgah di sini walaupun sebentar....tiba-tiba ana fikir-fikir sejenak, akhirnya ana dapat kesimpulan untuk kehidupan yang ana lalui sekarang...(akhir kisah)...

Teratak nenda

Sebenarnya tak banyak yang ana nak kongsikan tentang sepanjang cuti ni...apa-apa pun, ana hampir dapat jawapan yang tepat kepada kehidupan yang ana lalui sekarang...Jawapannya..jika kita tolong Agama Allah, Allah akan sentiasa menolong kita..sentiasa ingat..teladanilah sunah Rasulullah..bagaimana Baginda s.aw memegang peranan sebagai seorang suami, bapa, datuk, Pemerintah dan yang utama sebagai UTUSAN ALLAH S.W.T...jika Rasulullah mampu menjalankan tanggungjawab dan tugas2nya dalam satu masa..jangan kita mudah menyerah kalah dan berputus asa....Man Jadda Wa Jada..

Mungkin Gk bercelaru entry kali ni..sekadar meluahkan apa yang terpendam sedikit-sedikit..
Ana tertarik dengan lagu ini..Sedarlah Insan nyanyian Shoutul Amal...sangat menyentuh hati...
Ditujukan khas kepada insan yang terpilih......









Wednesday, February 02, 2011

KENYATAAN AKHBAR MENGENAI KEADAAN DAN SITUASI TERKINI PELAJAR-PELAJAR MALAYSIA DI MESIR

by DATUK SERI HJ. MOHAMED KHALED NORDIN on Wednesday, February 2, 2011 at 1:56pm

KENYATAAN AKHBAR
YB DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN
MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
MENGENAI KEADAAN DAN SITUASI TERKINI
PELAJAR-PELAJAR MALAYSIA DI REPUBLIK ARAB MESIR
2HB FEBRUARI 2011 (RABU)
___________________________________________________________________

1. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mengambil maklum, prihatin serta bersimpati
dengan keadaan sukar dan situasi getir yang dihadapi oleh para pelajar Malaysia yang
kini berada di Republik Arab Mesir, selepas hari kesembilan berlakunya demonstrasi
dan rusuhan oleh rakyat Mesir di sana.

2. Untuk makluman semua, mengikut rekod pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia,
di Mesir kini terdapat seramai 11,319 orang pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan
pengajian di republik tersebut. Jumlah ini termasuklah seramai 5,184 orang pelajar
perubatan dan 6,135 orang pelajar yang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang
pengajian Islam.

3. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia melalui pejabat Jabatan Penuntut Malaysia
(JPM) Kaherah sebelum ini telah melakukan hebahan nasihat keselamatan kepada
semua pelajar agar mereka dapat menjauhkan diri daripada terlibat dengan aktiviti
rusuhan dan demonstrasi oleh rakyat Mesir. Di samping itu juga, nasihat serta siaran
hebahan telah diberikan kepada semua pelajar agar mereka sentiasa dan dapat
mematuhi arahan keselamatan termasuklah arahan perintah berkurung (curfew) pada
masa-masa yang ditetapkan. Selain daripada itu, semua pelajar Malaysia juga
dinasihatkan agar dapat membuat persediaan penyimpanan makanan yang secukupnya
bagi menghadapi saat-saat sukar di sana.
2

4. Sejak keadaan rusuhan kian meruncing serta tahap keselamatan pelajar Malaysia
menjadi semakin membimbangkan, pihak JPM Kaherah telah memulakan usaha
menempatkan para pelajar Malaysia dalam kumpulan yang lebih besar di beberapa
tempat utama termasuklah di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah serta beberapa
rumah negeri yang terdapat di sana. Langkah ini bertujuan untuk memastikan
keselamatan para pelajar agar lebih terjamin, selain bagi memastikan perhubungan
komunikasi antara mereka tidak terputus. Di samping itu juga, ketika berada di luar
arahan perintah berkurung (curfew), pegawai-pegawai JPM Kaherah akan mengadakan
kunjungan ke rumah-rumah pelajar Malaysia di sana bagi meninjau keadaan serta
situasi pelajar Malaysia yang lain. Pegawai-pegawai JPM Kaherah seterusnya akan
menyediakan laporan keadaan terkini kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia di Putrajaya. Buat masa ini, seramai lebih 7,000 orang pelajar telah dapat
dihubungi dan diketahui keadaan mereka. Alhamdullilah, kesemua mereka kini
berada dalam keadaan selamat dan terkawal tanpa mengalami apa-apa
kecederaan dan tidak ada sebarang kematian yang melibatkan mereka. Langkah
ini akan terus dilakukan sehinggalah kesemua nasib dan keadaan pelajar Malaysia di
sana dapat diketahui.

5. Sementara itu, bagi memudahkan ibu bapa dan keluarga para pelajar untuk
mendapatkan status serta kedudukan terkini mengenai anak-anak serta ahli keluarga
mereka di Mesir, mereka bolehlah menghubungi pegawai-pegawai Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia seperti di bawah:-

1) Yang Berbahagia Prof Dr Rujhan Mustafa
Pemangu Ketua Pengarah
Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia
No. Telefon : +6019 – 270 8222
E-mel : mrujhan@mohe.gov.my

2) Yang Berusaha Dr Syed Alwee Shekh Alsagoff
Pengarah Bahagian Pemasaran Pendidikan
Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia
No telefon : +6019 – 752 0672
E-mel : alwee@mohe.gov.my

3) Encik Jamalulail Bin Abu Bakar
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Unit Jabatan Penuntut Malaysia
Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia
No telefon : +6012 – 931 6172
E-mel : jamalulail@mohe.gov.my

6. Seperti mana yang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun
Abdul Razak telah umumkan semalam (1 Februari 2011), Kerajaan Malaysia telah
bersetuju untuk melakukan operasi menyelamatkan pelajar dan rakyat Malaysia di
Republik Arab Mesir melalui udara dan juga laut. Pelajar dan rakyat Malaysia akan di
bawa ke Jeddah, Arab Saudi bagi mendapatkan bantuan perlindungan serta tempat
yang lebih selamat di Arab Saudi. Sehubungan dengan itu, kerjasama dan jasa baik
daripada semua pihak amatlah diharapkan bagi memastikan urusan pemindahan
berjalan dengan lancar dan sentiasa berada dalam keadaan selamat.

7. Pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada ketika ini telah dimaklumkan
mengenai pengumuman cuti oleh beberapa buah universiti utama di sana. Cairo
University menetapkan cuti selama 3 bulan; Universiti Al-Azhar selama 1 tahun;
manakala Ain Shams University menetapkan cuti selama 6 bulan.
4

8. Pada ketika ini, pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sentiasa berhubung dan
mendapatkan nasihat daripada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan
Perdana Menteri untuk tindakan-tindakan selanjutnya diambil. Pihak Kementerian
Pengajian Tinggi juga sentiasa berhubung dengan pihak Kementerian Luar, Wisma
Putra, Kementerian Pertahanan dan beberapa agensi keselamatan lain bagi
mendapatkan maklumat lengkap dan situasi terkini mengenai keadaan pelajar Malaysia
di Mesir.

Disediakan oleh:-
Pejabat YB Menteri Pengajian Tinggi
Putrajaya
2 Februari 2011

p/s: ana copy paste jer dari facebook....shbt ana tag...so ana kongsikan juga la kt sini walaupun xde sape nak tgk kan...

Tuesday, February 01, 2011

Selamat sampai ke kampung halaman...

Alhamdulillah...hari ni ana dapat juga menjejakkan kaki ke rumah dan tanah tumpah dan kampung halaman ana..tepat jam 4.18 petang ana selamat sampai dengan abi menyambut secara tak sengaja di bawah rumah....tingal dua orang je kat rumah..walau apa pun gembira dan terkejut...byk dah perubahn yang berlaku kat rumah ana...byk dh dimodified oleh abi...

Umi dan family ukhti g KL...xdapat jumpe dorg lagi..mgkin Khamis nti dorg balik. Ape pun..kepada sahabat-sahabat ana yang xdapat balik kampung..selamat bercuti dan semoga dapat manfaat cuti yang ada dengan sebaik2nya....

Baru-baru ni ana pergi kem pemantapan organisasi di Semungkis...nanti bila ana dah dapat gambar, baru ana cite sikit tentang hal ehwal di sana ya.... Salam ukhuwah....

10 Amalan Terbalik



Salam sahabat2…hari ini ana nk kongsikan tentang satu fenomena yang kita sendiri pn tak sangka..tp itulah hakikatnya…bukanlah mahu menuduh org itu slh org ini slh…tp sebagai umat Islam sendiri, kita seharusnya berfikir tentang logiknya satu amalan itu berdasarkan panduan al-Quran dan as-Sunnah. Sekiranya kita hanya berpegang kpd logik akal semata-mata, nescaya akan sesatlah kita dan terpesong dr landasan Islam yg sbnr. Jd, kesimpulnnya jgnlah bertindk mengikt nafsu dan mengikut perasaan. Kita perlu kembali kpd sunnah Nabi s.a.w. Sila baca apa yang ana mahu kongsikan bersama shbt2…

*Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam.

Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagaicontoh amalan yang terbalik:-*

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makananuntuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh si mati atau harta peninggalan si mati yangbelum* *dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?*

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi.Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumahpanggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan dirumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduripun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya.Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam.Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusiabegini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik inimembuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah

Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

*Sabda Rasullullah SAW: “Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat. (Riwayat Bukhari)*

Bagaimana shbt2???….terfikir sejenak???…tak mengapa…..fikir-fikirlah sejenak….renung-renungknalah….selamat beramal...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bonus untuk Anda