Majulah diri untuk Agama, Bangsa, dan Negara...

  • Nufnang

    Masih ada lagi ke?

  • FRIENDSTER

    Lipatan sejarah sosial media

  • Muhasabah Diri

    Apabila sentiasa mencari alasan dan memperalasan

  • This is default featured slide 4 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

  • This is default featured slide 5 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Ramadhan Ya Kareem 1

Assalamualaikum dan salam Ramadhan al-Mubarak Kareem....



Bersempena dengan bulan yang mulia ni..ana nak la jg kongsikan pengisian yang mungkin sebagai ingatan kepada diri sendiri dan shbt2 yg lain..kita ni diciptakan dengan sempurna..namun tidaklah sempurna mana yg kite selalu idam2kan..sbb apa yer?..sbb kita hidup saling memerlukan kepada yang lain..mana boleh hidup sorang2 kn.. Jadi xmustahil perkara yg mudah dan ringkas pn kita boleh lupe..jd kita perlukn org lain utk ingtkn kita....jd sempena bulan mulia nih..ana akan cuba kongsikan tips2 dan info tentang bulan ni..insyaAllah..doakn istiqamah utk diri ana yer... Syukran..


Apa itu berpuasa?
Puasa itu puasalah… Ramai dalam kalangan kita akan menjawab sedemikian sekiranya diajukan soalan yang sama. Tetapi bukan itu jawapannya. Sebenarnya “puasa = as-Shiyam” diberi pengertian menahan. Dalam istilah syar’i pula ialah menahan diri dari makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dar terbit fajar sehinggalah terbenam matahari dengan niat beribadah kepada Allah.
 
Kenapa kita perlu berpuasa di bulan Ramadhan?
Puasa itu rukun Islam keempat, jadi kita kena puasalah… Ya, betul. Ibadah puasa di bulan Ramadhan merupakan rukun Islam yang keempat dan wajib kepada kita yang cukup syarat-syaratnya untuk menunaikannya. Sebenarnya puasa bukanlah khusus kepada umat Islam sahaja. Umat-umat terdahulu juga ada berpuasa, penganut agama lain juga ada juga berpuasa. TETAPI harus diingat, pelaksanaan puasa tidak sama. Sebagai umat Islam kita wajib berpuasa di bulan Ramadhan. Nak tahu kenapa?
Pada 1431 tahun yang lalu(Tahun ke-2 hijrah) Allah S.W.T telah memerintahkan ibadah puasa ini. “Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu puasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum kamu supaya kamu bertaqwa.”
(al-Baqarah :183)



~fikir-fikir sejenak~
Share:

Sayyidul Ayyam - BAHAYA LALAI KETIKA TAKBIRATUL IHRAM





Assalamualaikum dan selamat kembali ke blog yang tidak seberapa ini...

Bersempena dengan hari Jumaat yang mulia ini..hari penghulu sekalian hari..ana ingin berkongsi beberapa input bersama sahabat-sahabat...




BAHAYA LALAI KETIKA TAKBIRATUL IHRAM

     Apabila seseorang berdiri untuk menunaikan solat lantas ia pun memulakan Takbiratul Ihram dengan lafaz ‘Allah Maha Besar ‘, ketika lidah menyebut lafaz tersebut janganlah hati menyimpang ke lain.

            Sekiranya di dalam hati seseorang yang melakukan ada sesuatu benda lain yang lebih diberi tumpuan, ataupun hawa nafsu lebih mempengaruhi hati, dari mengingat pengertian Allahu Akbar. Kebetulan pula memang hati lebih gemar akan benda itu yakni lebih dari Allah S.W.T. , bererti ia dengan cara sulit telah mengambil hawa nafsu lebih daripada ia tunduk kepada Allah SWT. Oleh itu lafaz yang diucapkan oleh lidah itu hanya percakapan lidah atau hanya cakap kosong semata-mata.

            Bahawa apabila lidah seseorang itu mengucapkan ’Allahu Akbar’ maka wajib bagi hati turut bersama. Hendaklah sedar ketika lidah mengucap Allah Maha Besar bererti selain-Nya adalah kerdil belaka. Allah SWT itu Maha Besar dari segi hukum dan perundangan-Nya, Maha Besar kekuasaan-Nya dan Maha Besar segala sifat-Nya.

            Oleh yang demikian segala yang lain itu kecil belaka termasuklah apa-apa jua yang menjadi tindak-tanduk dan kemahuan manusia itu terlalu kecil di sisi Allah SWT. Ini bererti jika bertemu perkara yang kecil dengan yang besar, wajib memberi keutamaan kepada urusan yang besar dan segala yang kerdil itu sewajarnya diketepikan jika ia benar-benar telah membesarkan Allah SWT.

            Sekiranya seseorang itu ketika lidahnya mengatakan Allah Maha Besar, pada ketika yang sama hatinya pula membesarkan benda-benda lain, maka dengan sendirinya ia telah meletakkan benda-benda itu setaraf dengan Allah SWT. Seolah-olah ia telah mengagungkan benda-benda lain itu sama besar dengan Allah SWT.

            Tujuan mendirikan solat tidak lain ialah untuk mengingati Allah SWT. Sebab itulah solat itu didahului denagn takbiratul ihram iaitu dengan sebutan ‘AllahuAkbar’. Adakah boleh ditakrifkan sebagai mengingati Allah SWT jika lidah sahaja yang menyebut, sedangkan hati pada ketika itu mengingati perkara-perkara lain.

            Bagaimanakah solat itu hendak dikatakan sebagai suatu ibadah kepada Allah SWT, padahal sejak awal mendirikan solat telah dimulai dengan dosa mensyirikkan Allah SWT di dalam hati. Waspadalah terhadap bahaya tersebut terutama bagi oarang yang hidupnya mengutamakan urusan dunia semata-mata. Tidak mustahil perkara dunia itu akan terbawa-bawa kedalam solatnya. Akhirnya solat bukan lagi untuk mengingati Allah SWT, tetapi memasukkan harta dunia, pangkat kedudukan dan urusan keluarga di dalam solat. Lain yang disebut lain pula yang diingat.

            Oleh yang demikian hendaklah seseorang itu berfikir dan menginsafi sedalam-dalamnya bahawa perkara tersebut ialah suatu perbuatan yang amat bahaya dan sekali-kali tidak boleh dibiarkan terus menerus kalau ia tidak beristighfar dan bertaubat kepada Allah SWT. Taubat yang tidak bersungguh-sungguh yang menyebabkan terulangnya perbuatan merbahaya itu juga adalah suatu dosa lagi. 




~fikir-fikir sejenak~

Dipetik daripada Sorohatuttullab LKPKISAS
Share:

Mood Konserto Terakhir....

Assalamualaikum...
 Lama sudah tidak menukilkan apa2 di sini...kesibukkan dan bebanan kerja semakin hebat..21jam kredit pada semester tidaklah terbeban untuk hadir ke kuliah..tetapi terbeban dengan tugas2 yang banyak..untuk memenuhi 60% markah kursus yang perlu dikejar semasa dalam tugasan sgt menjerihkan..

Dalam masa yg sama sempat juga ana habiskan membaca novel Konserto Terakhir....novel tingkatan 5 bg wilayah KL, Selangor dan N9 kalau xsilap..
semgt membaca semngt pula untuk menulis..huhu..doakan juga ana dpt menyiapkan penulisan novel yg mgkin akan menyambung jalan cerita novel ini..mgkin jg xdpt jd nvel..ckuplah cerpen yg panjg..



sekadar mohon doa daripada sahabat2...
~fikir-fikir sejenak~
Share:

Bersih dan matlamatnya....


Assalamualaikum wrh. wbrt..

28 April yang lepas merupakan kemuncaknya kepada perhimpunan bersih. Ramai juga sahabat ana yang pergi..namun utk apa ya mereka pergi?...sudah tentu untuk meramaikan lagi dan menuntut 8tuntutan bersih.

Namun bagi ana, ana tak bersetuju dengan perhimpunan bersih ni...hanya pandangan ana sendiri shj..sbbnya ada lagi yang lebih penting utk ana lakukan..sbg warga bakal pendidik dan warga pendidik..tidak seharusnya menceburkan diri dalam bidang politik...melibatkan diri dalam politik ana anggap sebagai perjuangan juga..perjuangan utk memenuhi kehendak parti ataupun kehendak sendiri....maksudnya ada yang baik dan tidak baik dalam perjuangan politik..sangat bersyukur jika melibatkan diri dan berjuang dalam politik yang sememangnya menegakkan Syiar Islam..tp amat malang jika hanya menjadikan politik sebagai kepentingan diri...maka terjadilah politik kotor...

Sbg warga pendidik, haruslah memberi tunjuk ajar kepada yang dididik agar menjadi seorang yang dapat menilai sesuatu dengan akal dan wahyu..bukan berdasarkan ikut2 dan nafsu sahaja...ana teringt kata2 shbt ana dahulu yg memberikan nasihat dengan memetik firman Allah S.W.T yang bermaksud:


“Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mukmin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya.” (At-Taubah : 122)

Kata2 sahabat ana sering terngiang2 di fikiran ana agar ana tidak terlampau ektremis dalam berpolitik. Sama juga halnya dengan demontrasi2 yang berlaku di negara kita...jika warga pendidik sendiri terjun ke kancah politik..bagaimana pula dengan warga yg dididiknya?..mestilah mengikuti gurunya...akhirnya semua org akan menjadi ahli politik...dan berpegang kpd politik masing dan menyalahi yang tidak sama haluan politiknya..

Oleh itu...kita perlu kembali kepada persepakatan Ahlus Sunnah wal Jamaah..walaupun terdiri daripada 4 aliran fahaman....namun tidak pernah menyalahi satu sama lain..politik2 juga....namun tuntutan Islam dalam menjaga perpaduan harus diutamakan..jika menyalahkan umat Islam yang lain tidak perlulah mengajak org kafir turut menyalahkan org Islam terbabit...perbuatan tersebut boleh menjatuhkan maruah Islam sendiri..

Sekadar nukilan dan pandangan peribadi daripada yang Faqir Ila Robbihi....
Share:

Jahiliyah VS Islam



Sekularisme
Satu fahaman atau doktrin atau pendirian atau sebagainya yang menolak atau memisahkan agama atau ciri-ciri keagamaan daripada urusan-urusan yang tidak bersangkutan dengan agama seperti urusan pentadbiran awam, kehakiman, pendidikan dan lain-lain yang tiada kaitan dengan agama.

Nasionalisme
Perasaan untuk memelihara atau memperluas kebangsaan rakyat atau identiti kebangsaan. Apabila usaha-usaha itu tidak dapat dilaksanakan, maka dirasakan sebagai satu kekurangan. Maksudnya, nasionalisme rnerupakan satu ideologi yang mendominasi satu kumpulan manusia untuk menaikkan taraf kebudayaan mereka sendiri.

Liberalisme
Memberikan kebebasan kepada akal untuk menilai dan memudahkan hukum hakam dalam agama mengikut nafsu.Ciri-cirinya seperti perbahasan agama secara terbuka, mengunakan akal semata-mata dalam pemikiran dan meminggirkan wahyu,mengubah syariat jika dirasakan tidak sesuai,memberikan kebebasan bersuara tanpa batasan.

Sosialisme                                        
Kebebasan dalam bergaul dan bermasyarakat. Ciri-cirinya ialah kebebasan dalam bersosial, perjuangkan hak individu "kubur masing-masing", melanggar batasan agama dalam bersosial, membolehkan apa-apa sahaja dalam pergaulan sesama manusia, menjadikan akal semata-mata dalam menimbang sesuatu perkara sama ada baik atau buruk, hidup tak berlandaskan syariah, menggunakan hujah kosong dalam pergaulan "percintaan tidak syari dikatakan ukhwah fillah".

Hedonisme
Keseronokan dan hiburan sebagai teras kehidupan. Ciri-cirinya ialah hiburan dengan melampau,mengetepikan panduan syariat dalam berhibur, bertuhankan material "hiburan sebagai pendapatan",kehidupan bebas,keseronokan sebagai matlamat hidup.

Pluralisme
Menyamatarafkan semua agama di dunia yang membawa kepada keselamatan di dunia dan akhirat. Ciri-cirinya ialah mengatakan bahawa semua agama membawa kepada satu tujuan dan keselamatan, memberi kebebasan kepada seseorang untuk memilih dan menukar agama sesuka hati, mencampuradukkan antara ibadat dalam islam dengan ritual agama lain, sanggup tukarkan agama atas sebab lain seperti bercinta, menjadikan islam sebagai agama yang sempoi, perjuangkan "la ikraha fi ad din" untuk menyokong tindakan mereka, menyamakan istilah untuk semua agama "moral = akhlak, riba = bunga, ibadat = ritual, din = agama" .

Pragmatisme (Fragment)
Menjuzu'kan agama. Mengambil sebahagian yang baik daripada agama dan menolak sebahagian yang lain.
Ciri-cirinya ialah mengikut hawa nafsu untuk mempertimbang syariat, perjuangkan islam dalam sesetengah aspek, mengamalkan islam menurut kehendak hawa nafsu.


Kita lihat pula sifat-sifat dalam Islam yang telah diajarkan kepada kita melalui hadith, al-Quran dan ulama-ulama yang meneruskan perjuangan Rasulullah S.A.W.

SIFAT-SIFAT ISLAM
Rabbaniah
 Ia bererti kembali kepada Allah, yang membawa kepada Ubudiyyah (pengabdian) kepada Allah, yakni setiap insan (hamba) wajib beribadat hanya kepada Allah sahaja.

Syumuliah
 Ia bererti ajaran Islam yang lengkap dan menyeluruh. Ruang lingkup ajaran Islam adalah mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia tanpa terkecuali dan sekecil-kecil urusan sehingga kepada sebesar ­besar perkara.

‘Alamiyah
Alamiyah bermakna sesuai untuk semua orang dan tempat. Islam sesuai untuk orang Arab, Melayu, Cina, India dan bangsa-bangsa lain. Ia bukan untuk segolongan atau satu bangsa sahaja. Ia juga bermakna sesuai di semua tempat samada di kutub selatan atau di kutub utara atau di khatulistiwa dan sebagainya. Ia juga sesuai untuk semua zaman, samada zaman Rasulullah atau zaman teknologi moden yang serba canggih ini, sesuai sehingga ke hari kiamat.

Waqi’iyyah
Islam adalah realistik atau dengan kata lain ia adalah mithali dan berdasarkan kepada realiti. Ia terselamat dari sifat keterlaluan golongan yang terlalu ideal dan terselamat dari kecuaian dan pandangan mudah golongan yang terlalu realistik. Contohnya ibadah solah: solah ada yang difardhukan dan ada yang disunatkan. Solah yang difardhukan termasuk dalam kesempurnaan paling minima. Ini bererti bahawa untuk mencapai tingkat kesempurnaan paling minima dalam solah seseorang mestilah melakukan solah­-solah yang fardhu. Solah-solah sunat pula termasuk ke dalam kesempurnaan yang lebih tinggi.

Inqilabiyyah
Menegakkan Islam atas keruntuhan Jahiliyah. Islam tidak boleh bercampur dengan jahiliyah. Islam juga tidak boleh ditempel-tempelkan. Kesimpulannya Islam tidak boleh berada bersama-sama dengan jahiliyah / kemungkaran.

Thabat Dan Murunnah
Tetap dari segi prinsip dan hukum tetapi anjal atau fleksibel dari segi pelaksanaan. Contohnya solat adalah wajib dan pelaksanaannya boleh dibuat secara jama’ dan qasar bagi mereka yang bermusafir, begitu juga ketika sakit, solat boleh dilakukan secara duduk atau tidur.



Sabda Nabi SAW:

الإسلام يعلو ولا يعلى عليه
Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya

Sahabatku,
Kita takkan tahu kita Islam kalau kita tidak tahu apa itu   jahiliyyah.
Kenali jahiliyyah dan cara menangkisnya.
Selamatlah Islam di muka dunia.


Share:

Sirah Rasulullah..Part 2 ( Asuhan kepada Baginda)




(i) Ummu Aiman dan Halimah Sa’diyyah

        Muhammad SAW telah dilahirkan sebagai anak yatim tetapi Allah SWT telah menjadikan anak kecil ini sebagai tempat mencurah kasih sayang. Setiap orang yang terpandang wajahnya timbul rasa kasih sayang kepadanya. Antara wanita yang amat menyayanginya ialah Ummu Aiman seorang wanita hamba dari suku Habsyi yang berkulit hitam yang sudah lama menjadi pembantu di rumah pasangan Abdullah dan Aminah. Namun, di awak kelahiran baginda, Ummu Aiman hanya sempat menjaga baginda bersama bondanya Aminah beberapa hari sahaja. Setelah Muhammad menyusu dengan Halimatus Sa’diyyah dan tinggal bersama beliau dan keluarganya di kampung Bani Sa’d baginda adalah di bawah asuhan Halimah.
        
          Sesungguhnya Halimah mempunyai kepandaian yang luarbiasa dalam hal mendidik anak, mulai dari akhlak hinggalah kebersihannya. Pada hal Halimah hanyalah seorang wanita kampung dan nyata hasil dari didikannya itu Muhammad menjadi makhluk paling mulia di dunia hingga akhirat..

         Setelah umur baginda 4 tahun 1 bulan, Muhammad diserahkan kepada keluarganya. Namun cinta dan kasih sayang baginda kepada wanita yang telah mengasuhnya, menyusu dan mendidinya selama bertahun-tahun memang tidak dapat dilupakan selama hayatnya. Ini jelas terbukti apabila seorang utusan datang kepada baginda menyampaikan berita tentang kewafatan ibu susuannya itu. Tanpa menyembunyikan kesedihannya, baginda mencucurkan airmata di hadapan para sahabat yang ada sekelilingnya.

        Mengenai Ummu Aiman, setelah meneruskan perjalanan bersama Muhammad setelah kewafatan ibunya, beliau membawa Muhammad menemui datuknya dan bapa saudaranya. Setelah Muhammad diserahkan kepada datuknya, Ummu Aiman terus menjadi pengasuhnya sehinggalah Muhammad dewasa dan berkahwin dengan Khadijah. Beliau terus dimerdekakan dan berkahwin dengan seorang lelaki Madinah yang tinggal di Mekah bernama U’baid.

        Sepanjang hayatnya Rasulullah SAW sentiasa berusaha membahagiakan hati Ummu Aiman seperti ibu kandungnya sendiri. Setelah suaminya meninggal dunia Ummu Aiman telah berkahwin dengan sahabat Rasulullah yang juga bekas hamba, iaitu Zaid bin Harithah. Anak-anak beliau iaitu Aiman bin Ubaid dan Usamah bin Zaid kemudiannya telah berjuang bersama-sama Rasulullah saw menegakkan panji-panji Islam.


 (ii) Ibu kandungnya Aminah Binti Wahab.

        Tidak lama selepas peristiwa pembedahan dadanya oleh malaikat Jibril AS, iaitu ketika Rasulullah SAW telah berusia empat hingga lima tahun, Halimah Al Sa’diyyah telah memulangkan Rasulullah kepangkuan ibunya. Baginda tinggal bersama ibunya hingga meningkat usia enam tahun. Aminah teringat untuk ke Yathrib buat menziarahi kubur suaminya. Untuk itu, beliau dari Mekah, merentas lima ratus kilometer menuju ke destinasi bersama-sama anak lelakinya yang yatim itu, diiringi pembantunya Ummu Aiman dan ayah mertuanya Abdul Mutalib. Di sana beliau tinggal untuk selama sebulan, setelah itu beliau pun berangkat pulang. Semasa perjalanannya dari sana, beliau telah diserang penyakit dan semakin berat, sejak di awal perjalanan lagi, berakhir dengan hembusan nafas terakhir di tempat bernama “Al Abwa” yang terletak di antara Makkah dan Madinah.


(iii) Datuknya Abdul Mutalib bin Hashim

    Abdul Mutalib membawa Muhammad pulang ke Makkah dengan perasaan kasih sayang menepu didadanya terhadap cucundanya yang kini anak yatim piatu. Duka lamanya kembali menusuk perasaan, membawa beliau mengasihani cucunya yang lain. Beliau tidak pernah meninggalkan baginda seorang diri, meskipun dalam keadaan terpaksa. Sebaliknya beliau sentiasa mendampinginya dan mengutamakan baginda lebih dari cucunya yang lain. Pada usia lapan tahun dua bulan sepuluh hari, datuknya Abdul Mutalib pun meninggal dunia di Makkah, walau bagaimanapun, sebelum wafat, beliau telah sempat berwasiat dan menyerah pemeliharaan Rasulullah kepada bapa saudaranya Abu Talib saudara kandung ayahnya.


 (iv) Bapa Saudaranya Abu Talib bin Abu Mutalib

     Abu Talib selaku bapa saudara, telah memikul tanggungjawab menjaga anak saudaranya dengan sebaik-baiknya. Beliau meletakkan baginda bersama-sama dengan anak-anaknya malah memberi keutamaan kepada Muhammad dengan keistimewaan, penghormatan dan sanjungan. Sejak dari kecil Muhammad SAW sudah biasa bekerja mengembala kambing. Sepanjang tinggal bersama bapa saudaranya Muhammad SAW turut membantu bapa saudaranya berniaga. Mereka sentiasa berulang alik menjalankan perniagaan antara Syam dan Madinah.

       Selama tempoh empat puluh tahun Abu Talib sentiasa menyokong baginda, melindungi, membenarkan baginda malah sanggup bertindak dengan apa saja cara demi mempertahankan Muhammad. Abu Talib pernah membawa Muhammad ke Syam dan mereka menjadi tetamu kepada seorang paderi yang bernama Buhaira. Buhaira menjelaskan kepada Abu Talib bahawa pada diri Muhammad ada tanda-tanda kenabian dan beliau menasihatkan Abu Talib supaya segera membawa Muhammad kembali ke Mekah untuk menyelamatkannya dari tindakan jahat orang-orang Yahudi. Abu Talib segera menghantar Muhammad pulang bersama beberapa orang pembantunya.
Share:

Sirah Rasulullah ..part 1 (kelahiran Rasulullah S.A.W)





    Rasulullah SAW telah dilahirkan pada hari Isnin. Pada hari kelahiran baginda tersebut telah timbul beberapa mukjizat. Tiap-tiap wanita yang akan melahirkan tentu akan merasa sakit, namun bonda Rasulullah SAW tidak merasakan rasa sakit tersebut. Setelah Rasulullah SAW dipisahkan dari ibunya, setelah dilahirkan, maka baginda langsung sujud ke hadrat Allat SWT kemudian mengatakan: “Umatku, umatku!” Rasulullah SAW lahir dalam keadaan sudah dikhatankan. Syaitan-syaitan dilarang naik ke langit, ketika Rasulullah SAW dilahirkan. Padahal sebelumnya, syaitan-syitan itu dapat naik dan turun ke langit, untuk mendengar percakapan serta perbualan yang dilakukan oleh para maaikat. Ketika mereka dilarang naik ke langit itu, maka mereka berkumpul dan menemui iblis, mereka berkata: “Dulu kami boleh naik ke langit, tetapi hari ini kami telah dilarang untuk naik.” Iblis menjawab: “Bersabarlah kamu semua di permukaan bumi, dari barat sampai ke timur dan perhatikan dengan baik-baik apa sebenarnya yang telah terjadi.”

    Mereka berusaha mencari. Akhirnya setelah mengelilingi timur dan barat, sampailah mereka ke Kota Mekah. Di sana mereka melihat Nabi Muhammad SAW sedang dikelilingi oleh para malaikat, dan memancar cahaya dari dirinya hingga naik ke langit, sedangkan malaikat-malaikat itu saling memberi ucapan selamat dan sejahtera antara satu dengan lain. Kemudian, pulanglah syaitan-syaitan itu menghadap kepada Iblis, sambil menceritakan semua apa yang telah mereka lihat. Maka Iblis pun berkata: “Telah lahir ‘ayatul alam’ dan rahmat bagi Bani Adam, kerana itulah kamu semua telah dicegah untuk naik ke langit, tempat pandangannya dan pandangan umatnya.”

    Kabul Akhbar ra. berkata: Saya telah melihat di dalam Taurat bahawa Allah SWT mengkhabarkan kaum Musa as. tentang saat kelahiran Nabi Muhammad SAW, ia berkata “Sesungguhnya bintang keadaanya tetap yang kamu ketahui itu bila ia bergerak dari tempatnya menandakan bahawa Rasulullah telah lahir”.

    Ketika Rasulullah SAW lahir, bintang itupun bergerak dan pindah dari tempat asalnya. Maka orang-orang Yahudi itu semuanya mengetahui bahawa Rasulullah yang diberitakan Allah itu telah lahir ke dunia, namun mereka rahsiakan, disebabkan rasa dengki di hati mereka.

    Dan Allah juga telah memberitahukan kepada kaum Isa a.s. di dalam kitab Injil, bahawasanya apabila pokok tamar yang kering menjadi subur, berdaun dan berbuah. Melihat peristiwa itu, orang-orang Nasrani pun mengetahui bahawa Rasul yang dijanjikan dalam Kitab Injil itu telah lahir ke dunia. Tetapi peristiwa tersebut dirahsiakan, disebabkan kedengkian mereka juga.

    Di dalam Kitab Zabur pun Allah SWT membeitahu, bahawa apabila mata air yang telah mereka kenal itu mengeluarkan air, maka tandanya Rasul yang dijanjikan kepada mereka muncul di permukaan bumi.

     Maka tepat pada masa Rasulullah dilahirkan, maka mata air itupun mengeluarkan air yang melimpah ruah. Mereka pun mengetahui akan kejadian itu, namun kerana kedengkian mereka, berita itupun mereka rahsiakan.

    Halimah, ibu susuan Nabi Muhammad sebelum ia menyusukan Rasulullah, salah satu susunya tidak mengeluarkan air susu. Namun ketika ia letakkan susunya itu ke mulut Rasulullah, saat itu juga keluar air susu Halimah.

    Ketika Rasulullah SAW telah dilahirkan, terdengarlah suara dari sudut-sudut Kaabah.
            Dari sudut pertama: “Telah datang kebenaran Islam, dan kebatilan tidak akan datang lagi.”

            Dari sudut kedua: “Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu. Sangat menginginkan keimanan dan keselamatan bagimu. Amat belas kasihan dan penyayang terhadap orang-orang mukmin.”

            Dari sudut ketiga: “Telah datang kepadamu cahaya (Nabi) dari Allah dan kitab (Al-Quran) yang menerangkan.”

            Dari sudut keempat: “Hai Nabi, sesungguhnya kami mengutuskan untuk menjadikan saksi, dan pembawa khabar berita gembira dan pemberi peringatan, dan untuk menjadi penyeru kepada agama Allah dengan izin-Nya dan untuk menjadi cahaya yang terang.”

    Diriwayatkan bahawa Abdul Muthalib berkata: “Ketika aku sedang berada di Kaabah yang dipenuhi berhala itu, tiba-tiba berhala itu jatuh dari tempat-tempatnya dan sujud kepada Allah. Dan aku terdengar suara dari dinding Kaabah mengatakan “Telah lahir Nabi pilihan yang akan membinasakan orang-orang kafir dan akan mensucikan aku dari berhala-berhala ini, dan aku memerintahkan kepada penyembahan Yang Maha Mengetahui.”
Share:

10 Perkara Sia-sia...




Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka,
menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam
kategori sia-sia, iaitu:-

1.Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.

2.Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.

3.Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan shalat tahiyatul-masjid.

        
4.Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka.
       
5.Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah.
       
6.Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.
    
7.Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.
       
8.Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.
       
9.Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.
      
10.Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya. 







Dipetik daripada Sorohatuttullab LKP KISAS 2008


~fikir-fikir sejenak~
Share:

Popular Posts

Followers