Majulah diri untuk Agama, Bangsa, dan Negara...

Guru dan Cabarannya...

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamuualaikum dan salam muhibbah.

Seperti biasalah, kalau dah berhabuk blog ni tanpa dikemaskini empunya nya akan muncullah alasan demi alasan..sama la juga hal nya pada ana. Bukannya sibuk sampai sepasang tangan ni xmenang tangan, tapi disebabkan sibuknya otak dan buah fikiran bekerja. Sampai kepala boleh stress..

Bulan Mei dah sampai ke penghujung dan ini bermakna tempoh ana di UPSI pun dah sampai ke penghujung juga lah...Bulan Mei merupakan bulan yang ke-8 ana menjadi pekerja sambilan di KUO dan bulan ke-9 selepas konvo dan bulan ke-11 ana disahkan tamat pengajian di UPSI dan bulan ke-12 ana tamat pengajian di UPSI.

Interview SPP tempoh hari masih belum nampak kelibat keputusannya. Ntah berjaya ntah tidak...harapannya berjaya la dan boleh dipostingkan cepat ke sekolah. Selagi tidak dipostingkan, selagi tu ijazah yang digenggam belum dapat membalas jasa-jasa emak dan ayah, adik-beradik, keluarga, guru-guru, rakan-rakan dan semua yang membantu sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Sebesar-besar pangkat sebagai Dr. Pensyarah sehinggalah sekecil-kecil jawatan makcik-pakcik cleaner, jasa mereka sangat dihargai. Jadilah kita sebagai insan yang sempurna. Kalau tidak kerana makcik-pakcik cleaner tulah, kita tidak akan mampu selesa tinggal di kediaman UPSI. 

Tetapi semakin hari sebaliknya yang berlaku, sepanjang penglibatan dan pemerhatian ana dalam berkhidmat untuk UPSI, pelajar-pelajar sekarang seperti hilang hormat kepada mereka yang lebih tua, yang menjaga kebajikan mereka dan lebih teruk lagi ada yang sanggup mencalarkan kereta kakitangan, pancitkan tayar kereta apatah lagi menyumpah-nyumpah di laman sosial FACEBOOK. Ada yang kata kami makan gaji buta, baik berhenti keje, pantang tengok orang senang, asyik menyusahkan pelajar je...tu antara komen-komen pelajar-pelajar yang sempat kami sedar. Tak tau lah kalau yang kami xsedar. Ada yang memuji ada yang mengeji...yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.

Bak kata pepatah, kita ini umpama roda yang berputar, ada ketika kita di atas dan ada ketika kita di bawah. Dan ada lagi, hidup ini ada hukum karmanya, kita buat baik akan dibalas baik, buat hajat akan dibalas jahat. Jika kita lihat dari sudut suasana sekolah ketika ini, terdapat banyak kes telah berlaku, ibu bapa menyaman guru, pihak sekolah, pelajar memukul guru, dan mungkin ada kes yang tidak dihebohkan media massa yang lebih dahsyat. Hal ini bertitik tolaknya ekoran sesetengah pihak yang membatasi kuasa guru dan mempertikai kuasa guru serta mendakwa guru tidak pandai mendidik. Perlu kita sedar, peranan guru pada zaman dahulu mungkin betul adalah MENDIDIK dan MENGAJAR. Ini kerana guru boleh mendenda dan memberi pengajaran atas kesalahan dan kesilapan murid-murid. Sedangkan 1436 tahun dahulu, ajaran mendidik dan mengajar dengan mendenda sudahpun dijadikan contoh kepada Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. Boleh memukul anak-anak yang sudah berumur 7tahun yang tidak solat. Inikan pula zaman yang persekitaran yang bercampur aduk halal dan haram,syuhbah, makruh...maka denda adalah wajar dilaksanakan oleh guru yang mendidik dan mengajar. Namun begitu, guru pada zaman ini bukan lagi MENDIDIK tetapi hanya tinggal MENGAJAR sahaja. Kuasa guru yang dihad dan dibataskan menyebabkan guru tidak dapat mendidik pelajar dengan sempurna dan hanya mampu menyampaikan ilmu tetapi tidak dapat dihayati. Kesalahan pelajar tidak dapat dibetulkan kerana guru tiada empunya kuasa untuk mendenda. 

Fenomena ini disebabkan campur tangan oleh pemilik kuasa yang bukan daripada ahlinya. Ibaratnya tuan rumah meminta jurutera untuk membuat rumah seperti kehendaknya tetapi tidak membuat penyelidikan dan tidak ambil tahu material dan keadaannya sesuai dengan kehendakknya. Kalau sukar difahami, ana mudahkan lagi dengan mengibaratkan seorang tuan kedai makan yang menyuruh tukang masaknya memasak resepi gulai yang baru tetapi dia tidak mencicipi gulai itu dan terus dihidang kepada pelanggan. Gulai itu kita tidak tahu apa rasanya dan hasilnya sama ada pelanggannya marah, tukang masakknya dicerca dan ataupun sebaliknya. Pokoknya seperti tikus yang membaiki labu, labu tidak dapat dibaiki tetapi tikusnya yang kenyang. Ataupun bila sudah terjadi sudah terhantuk baru nak tengadah sehingga akhirnya melepaskan batok ditangga. Orang yang merancang terselamat, orang yang melaksan yang dicemuh dan menerima akibatnya.

Cabaran guru masa kini sangat hebat. Untuk mengajar mudah, untuk mendidik amat payah. Guru yang baik akan melahirkan murid yang baik. 

Di kesempatan ini juga ana ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh insan yang telah menjadikan ana sperti ana ketika ini. Emak ayah, kaum keluarga, sahabat-sahabat, guru-guru , pensyarah-pensyarah dan semua guru sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.



~fikir-fikir sejenak~
Share:

No comments:

Post a Comment

Leraikan dengan kata-kata yer...

Popular Posts

Followers