Majulah diri untuk Agama, Bangsa, dan Negara...

Jahiliyah VS Islam



Sekularisme
Satu fahaman atau doktrin atau pendirian atau sebagainya yang menolak atau memisahkan agama atau ciri-ciri keagamaan daripada urusan-urusan yang tidak bersangkutan dengan agama seperti urusan pentadbiran awam, kehakiman, pendidikan dan lain-lain yang tiada kaitan dengan agama.

Nasionalisme
Perasaan untuk memelihara atau memperluas kebangsaan rakyat atau identiti kebangsaan. Apabila usaha-usaha itu tidak dapat dilaksanakan, maka dirasakan sebagai satu kekurangan. Maksudnya, nasionalisme rnerupakan satu ideologi yang mendominasi satu kumpulan manusia untuk menaikkan taraf kebudayaan mereka sendiri.

Liberalisme
Memberikan kebebasan kepada akal untuk menilai dan memudahkan hukum hakam dalam agama mengikut nafsu.Ciri-cirinya seperti perbahasan agama secara terbuka, mengunakan akal semata-mata dalam pemikiran dan meminggirkan wahyu,mengubah syariat jika dirasakan tidak sesuai,memberikan kebebasan bersuara tanpa batasan.

Sosialisme                                        
Kebebasan dalam bergaul dan bermasyarakat. Ciri-cirinya ialah kebebasan dalam bersosial, perjuangkan hak individu "kubur masing-masing", melanggar batasan agama dalam bersosial, membolehkan apa-apa sahaja dalam pergaulan sesama manusia, menjadikan akal semata-mata dalam menimbang sesuatu perkara sama ada baik atau buruk, hidup tak berlandaskan syariah, menggunakan hujah kosong dalam pergaulan "percintaan tidak syari dikatakan ukhwah fillah".

Hedonisme
Keseronokan dan hiburan sebagai teras kehidupan. Ciri-cirinya ialah hiburan dengan melampau,mengetepikan panduan syariat dalam berhibur, bertuhankan material "hiburan sebagai pendapatan",kehidupan bebas,keseronokan sebagai matlamat hidup.

Pluralisme
Menyamatarafkan semua agama di dunia yang membawa kepada keselamatan di dunia dan akhirat. Ciri-cirinya ialah mengatakan bahawa semua agama membawa kepada satu tujuan dan keselamatan, memberi kebebasan kepada seseorang untuk memilih dan menukar agama sesuka hati, mencampuradukkan antara ibadat dalam islam dengan ritual agama lain, sanggup tukarkan agama atas sebab lain seperti bercinta, menjadikan islam sebagai agama yang sempoi, perjuangkan "la ikraha fi ad din" untuk menyokong tindakan mereka, menyamakan istilah untuk semua agama "moral = akhlak, riba = bunga, ibadat = ritual, din = agama" .

Pragmatisme (Fragment)
Menjuzu'kan agama. Mengambil sebahagian yang baik daripada agama dan menolak sebahagian yang lain.
Ciri-cirinya ialah mengikut hawa nafsu untuk mempertimbang syariat, perjuangkan islam dalam sesetengah aspek, mengamalkan islam menurut kehendak hawa nafsu.


Kita lihat pula sifat-sifat dalam Islam yang telah diajarkan kepada kita melalui hadith, al-Quran dan ulama-ulama yang meneruskan perjuangan Rasulullah S.A.W.

SIFAT-SIFAT ISLAM
Rabbaniah
 Ia bererti kembali kepada Allah, yang membawa kepada Ubudiyyah (pengabdian) kepada Allah, yakni setiap insan (hamba) wajib beribadat hanya kepada Allah sahaja.

Syumuliah
 Ia bererti ajaran Islam yang lengkap dan menyeluruh. Ruang lingkup ajaran Islam adalah mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia tanpa terkecuali dan sekecil-kecil urusan sehingga kepada sebesar ­besar perkara.

‘Alamiyah
Alamiyah bermakna sesuai untuk semua orang dan tempat. Islam sesuai untuk orang Arab, Melayu, Cina, India dan bangsa-bangsa lain. Ia bukan untuk segolongan atau satu bangsa sahaja. Ia juga bermakna sesuai di semua tempat samada di kutub selatan atau di kutub utara atau di khatulistiwa dan sebagainya. Ia juga sesuai untuk semua zaman, samada zaman Rasulullah atau zaman teknologi moden yang serba canggih ini, sesuai sehingga ke hari kiamat.

Waqi’iyyah
Islam adalah realistik atau dengan kata lain ia adalah mithali dan berdasarkan kepada realiti. Ia terselamat dari sifat keterlaluan golongan yang terlalu ideal dan terselamat dari kecuaian dan pandangan mudah golongan yang terlalu realistik. Contohnya ibadah solah: solah ada yang difardhukan dan ada yang disunatkan. Solah yang difardhukan termasuk dalam kesempurnaan paling minima. Ini bererti bahawa untuk mencapai tingkat kesempurnaan paling minima dalam solah seseorang mestilah melakukan solah­-solah yang fardhu. Solah-solah sunat pula termasuk ke dalam kesempurnaan yang lebih tinggi.

Inqilabiyyah
Menegakkan Islam atas keruntuhan Jahiliyah. Islam tidak boleh bercampur dengan jahiliyah. Islam juga tidak boleh ditempel-tempelkan. Kesimpulannya Islam tidak boleh berada bersama-sama dengan jahiliyah / kemungkaran.

Thabat Dan Murunnah
Tetap dari segi prinsip dan hukum tetapi anjal atau fleksibel dari segi pelaksanaan. Contohnya solat adalah wajib dan pelaksanaannya boleh dibuat secara jama’ dan qasar bagi mereka yang bermusafir, begitu juga ketika sakit, solat boleh dilakukan secara duduk atau tidur.



Sabda Nabi SAW:

الإسلام يعلو ولا يعلى عليه
Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya

Sahabatku,
Kita takkan tahu kita Islam kalau kita tidak tahu apa itu   jahiliyyah.
Kenali jahiliyyah dan cara menangkisnya.
Selamatlah Islam di muka dunia.


Share:

2 comments:

  1. selamatkan islam daripada propaganda jahiliyah...

    ReplyDelete
  2. Ye..kita tnggu dan doakan Islam bangkit menerajui dunia.

    ReplyDelete

Leraikan dengan kata-kata yer...

Popular Posts

Followers