Majulah diri untuk Agama, Bangsa, dan Negara...

UPSI oh UPSI...


UPSI MENJADI TUMPUAN


1. Sebagai tenaga pengajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tidak dapat lari dari pertanyaan orang ramai tentang apa yang berlaku di UPSI sekarang. Bermula dengan salah seorang mahasiswa yang menjadi tumpuan ramai kerana menurunkan bendera gambar Perdana Menteri Malaysia, UPSI terus menjadi tumpuan kerana perhimpunan pada 1 Januari lepas (UPSI 1112) yang telah menimbulkan pelbagai reaksi. Insiden yang terjadi dengan pelbagai komen sama ada menyokong atau sebaliknya menunjukkan masyarakat kita sangat mengambil berat tentang perkembangan yang berlaku.

pintu masuk utama UPSI

2. Kebetulan pula ia berlaku di hadapan pintu masuk UPSI yang dahulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan, tempat melahirkan guru yang bakal mendidik anak bangsa. Sudah pasti ramai yang mempunyai kaitan dengan tempat ini, dan rasa terpanggil untuk memberikan pandangan. Namun bagi mereka yang tidak berada di tempat kejadian, agak sukar untuk memberi komen dengan adil dan tepat. Walaupun capaian maklumat yang senang diperolehi dengan kecanggihan teknologi, ketidaktepatan sesuatu maklumat juga semakin canggih. Islam telah mengajar kita untuk menggunakan prinsip tabayun (selidik) sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 6 bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

3. Ia adalah prinsip utama yang perlu kita pegang. Kerana kedua-dua belah pihak saling berlepas diri, walaupun ada rakaman video dan gambar, tetapi ia belum cukup untuk menggambarkan keseluruhan peristiwa. Setiap peristiwa atau kejadian adalah gabungan beberapa detik masa bermula kejadian itu berlaku sehinggalah ia tamat, kita tidak boleh mengambil sebahagian masa sahaja daripada sesuatu kejadian lalu membuat kesimpulan. Kaedah feqh ada menyatakan:
Hukum ke atas sesuatu perkara adalah cabang daripada gambarannya.

4. Memahami dan mengetahui punca perselisihan juga sangat penting untuk mendapatkan gambaran sebenar sesuatu kejadian. Ketika nabi SAW menyebut kepada Hindun Binti ‘Utbah isteri kepada Abu Sufyan yang mengadu bahawa suaminya agak kedekut dalam nafkah, kata nabi SAW:
Kamu ambillah daripada hartanya apa yang cukup untuk kamu dan anak kamu dengan cara yang baik. (Riwayat al-Bukhari)

5. Hadith nabi SAW ini menyebabkan pandangan yang berbeza di antara mazhab, Imam Shafie (204H) menyatakan isteri boleh mengambil harta suami dengan syarat mendapat perintah hakim. Manakala Imam Malik (179H) menyatakan isteri boleh mengambil harta suami walaupun tanpa kebenaran suami kerana Islam membenarkannya. Punca perbezaan pendapat ini adalah perbezaan melihat sifat nabi SAW ketika menyebut hadith di atas, sama ada sebagai hakim atau sebagai seorang rasul. Maka jika kita mengetahui punca perbezaan, kita tidak akan menyalahkan mana-mana pihak.
                    
6. Salah satu cara mendapatkan kepastian sesuatu berita ialah dengan merujuk tuan punya badan, yang merupakan sumber primer, bukannya sumber sekunder daripada pemerhati yang tidak terlibat. Walaupun ada kemungkinan penipuan dan penyelewengan fakta, dari aspek penghakiman Islam, seorang hakim perlu menerima pernyataannya, adapun jika dia menipu maka secara diyanatan (agama) dosanya akan ditanggung di hadapan Allah Azza wa Jalla. Diriwayatkan daripada Ummu Salamah RA bahawa nabi SAW bersabda yang bermaksud:
Kamu berselisih di hadapanku, boleh jadi sebahagian kamu lebih petah dengan hujjahnya berbanding yang lain, maka barangsiapa yang aku hukumkan baginya hak saudaranya dengan sesuatu berdasarkan kata-katanya, sesungguhnya aku telah memberinya sepotong api neraka, maka janganlah dia mengambilnya. (Riwayat al-Bukhari)

7. Dalam kejadian UPSI 1112 lepas, mahasiswa/wi yang berhimpun sudah pasti mempunyai matlamat yang ingin dicapai, manakala pihak keselamatan juga mempunyai matlalmat dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan iaitu menjaga keamanan dan keselamatan. Kedua-dua pihak mempunyai matlamat dan peranan masing-masing. Dan kedua-dua pihak mempunyai hak untuk merealisasikan matlamat masing-masing. Matlamat, peranan dan hak ini tidak bertentangan di antara satu sama lain.  


Untuk sambungan sila klik di sini
Dipetik daripada : hjanhar.blogspot.com
Share:

4 comments:

  1. UPSI bermandi darah di tahun baru 2012. Hadiah untuk mahasiswa yang berani bersuara demi keadilan. Bagi masyarakat di luar sana, rentetan daripada peristiwa ini panjang. Sangat panjang. Tidak perlu terus meletakkan noktah tanpa selidik di awal cerita.

    ReplyDelete
  2. Sebagai pemerhati seharusnya menilai daripada semua aspek kedua-dua pihak mahupan pelbagai pihak..terima kasih atas coretan ukht..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kepada semua pejuang mahasiswa. Jutaan lagi anak muda yang mahukan perubahan dan ramai lagi cerdik pandai mahasiswa yang akan bangun dan memimpin negara pada masa depan.

    termasuk diri kita..;)

    ReplyDelete
  4. Yup..betul2..kene dahulukan Islam dlu..jd, mahasiswa kene kuat dan persiapkan diri...

    ReplyDelete

Leraikan dengan kata-kata yer...

Popular Posts

Followers