Majulah diri untuk Agama, Bangsa, dan Negara...

50 Nasihat untuk Muslimat (part 1)





1. Hindari sikap kurang puas dan perbanyakkanlah diam. Firman Allah S.W.T dalam surah an-Nisa ayat 114 yang bermaksud:

  
114. tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat ma'ruf, atau Mengadakan perdamaian di antara manusia. dan Barangsiapa yang berbuat demikian karena mencari keredhaan Allah, Maka kelak Kami memberi kepadanya pahala yang besar.

Oleh itu, kepada ukhti...berbicaralah apa yang sesuai dan mengikut keperluan dan ringkaskan ucapanmu. 



2. Bacalah al-Quranul Karim dan buat jadual harian bertadarrus serta berusaha untuk menghafalnya semampu yang boleh supaya mendapat pahala yang besar pada hari kiamat nanti. 
Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda: Kepada yang senang membaca al-Quran di hari kiamat nanti dikatakan: "Bacalah dan perbaikilah bacaanmu sebagaimana yang telah kamu kerjakan di dunia dahulu, maka sesungguhnya kedudukanmu itu tergantung kepada akhir ayat yang sedang kamu baca itu."  (HR. Tirmizi)





3. Bukanlah merupakan satu kebaikan apabila selalu berkata-kata dan berbicara  terhadap setiap hal yang kamu dengar, kerana hal itu boleh menyebabkan kamu terjerumus ke dalam pembohongan.
"Abu Hurairah r.a berkata bahawa, Rasulullah S.A.W bersabda: 'Cukuplah bagi orang itu disebut pembohong jika ia berbicara terhadap setiap apa yang ia dengar.' (hadith Riwayat Muslim." 





4.  Jauhilah sifat sombong dan membanggakan diri dengan sesuatu yang tidak kamu punyai dengan tujuan memperbanyakkan harta dan mendapat kemasyhuran di mata manusia.


Aisya r.a meriwayatkan bahawa seorang wanita bertanya kepada Rasulullah S.A.W: "Bolehkah saya mengatakan bahawa suami saya telah memberikan sesuatu padahal dia tidak memberikan sesuatu kepadaku?" rasulullah lalu bersabda: "Orang yang menyiarkan tentang apa yang tidak dia terima (pemberian) bagaikan orang bagaikan orang yang memakai dua baju kebohongan." (Muttafaq Alaihi) 





5.  Zikrullah itu mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam kehidupan seorang muslim, baik dilihat secara ruhaniyah, kejiwaan, jasmani mahupun sosial kemasyarakatan. Oleh itu, jagalah wahai saudaraku, ingatlah kepada Allah S.W.T setiap saat walau bagaimanapun keadaanya. Sesungguhnya Allah Azza Wa Jalla telah memuji hamba-hambaNya yang mukhlis (ikhlas). Firman-Nya dalam Surah al-Imran ayat 191:


191. (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka. 



~fikir-fikir sejenak, renung-renungkan dan selamat beramal~ 
Share:

4 comments:

  1. tq abg fizan...peringatan yg sngat berguna untuk awin

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, dapat sesuatu daripada entri. syukran :D

    ReplyDelete

Leraikan dengan kata-kata yer...

Popular Posts

Followers