Majulah diri untuk Agama, Bangsa, dan Negara...

Tuhan Sedang Menduga



Assalamualaikum wbt.

 Elok je menjengah ke blog yang berhabuk ni, tengok juga senarai blog sahabat terdekat masa belajar dulu. Rupanya masih ada yang update http://ataullahanas.blogspot.my/  itupun 5 minggu yang lepas. Elok je klik, terbukalah blog beliau dan lagu Kiss The Rain pun beralun-beralun. Perasaan sedih bercampur terharu kerana lagu tersebut mengingatkan ana kenangan yang kami lalui semasa jatuh bangun di universiti dulu. Bagaimana pengalaman disisihkan dan mesisihkan diri daripada persatuan, kawan-kawan yang tak sehaluan, pengurusan pentadbiran yang terlalu birokrasi dan banyak lagi. Akhirnya kami dapat melalui semua itu. Lagu itulah yang ana rasa itulah trademark beliau..haha. Pernah satu masa ana download lagu ni di youtube dan pasang tak henti-henti. Itu pun masa tengah stress dan sedih dengan ujian dan dugaan masa tu.

Dan bila masuk zaman bekerja juga, ana terpaksa juga menempuh ujian yang agak dahsyat bagi ana. Dan pada masa ana menaip entry ini, ana sedang dalam situasi itu. Dan lagu ini membuatkan nostalgia lama kembali dalam ingatan ana. Sungguh ana percaya, sabar dan yakin bahawa Allah S.W.T sedang menguji hamba-Nya. Jangan putus harap dan doa kepada Allah S.W.T. Dugaan ketika ini apabila orang sekeliling yang berkuasa tidak mampu memberikan yang terbaik untuk diri ana. Hampir merasakan dipergunakan seperti habis madu sepah dibuang. Tapi ana percaya, jika rezeki ana masih di sini, ia akan terus di sini. Kita usahakan apa yang mampu dan kemudian bertawakkal.

Kisah sahabat ana lebih perit daripada kisah hidup ana. Dan kisah orang lain pun lebih dahsyat lagi. Masing-masing ada cerita tersendiri. Ana tak boleh kata apa yang ana lalui lebih teruk daripada orang lain kerana ada lagi yang lebih teruk ujian yang menimpa mereka. Kita perlu bersyukur. Jangan menganiaya orang lain. Hidup bukan hanya untuk kesenangan dunia, tetapi sebagai bekalan ke dunia akhirat. Kadang-kadang terasa seperti putus harap dan terlalu sedih dengan sikap pentingkan diri sendiri orang lain. Dan terasa tidak boleh hidup dalam dunia ini lagi. Hanya ALlah S.W.T yang mengetahui apa yang akan terjadi kelak. Mudah-mudahan kita sentiasa dalam rahmat dan redha Allah S.W.T.


~fikir-fikir sejenak~
Share:

No comments:

Post a Comment

Leraikan dengan kata-kata yer...

Popular Posts

Followers