10 Perkara Sia-sia

Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka,menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalamkategori sia-sia....

Gedung Pendidikan

Blog yang dilancarkan untuk pendidikan di negara kita insyaAllah..mudah-mudahan bermanfaat.

Cantiknya Seorang Wanita...

Semoga bermanfaat.

Kaedah Baghdadiah

Panduan ringkas mengajar al-Quran menggunakan kaedah Baghdadiah.

Kaedah Pengajaran Iqra'

Semoga Bermanfaat..

Geng blogger...

There was an error in this gadget

Wednesday, February 15, 2012

Sirah Rasulullah..Part 2 ( Asuhan kepada Baginda)




(i) Ummu Aiman dan Halimah Sa’diyyah

        Muhammad SAW telah dilahirkan sebagai anak yatim tetapi Allah SWT telah menjadikan anak kecil ini sebagai tempat mencurah kasih sayang. Setiap orang yang terpandang wajahnya timbul rasa kasih sayang kepadanya. Antara wanita yang amat menyayanginya ialah Ummu Aiman seorang wanita hamba dari suku Habsyi yang berkulit hitam yang sudah lama menjadi pembantu di rumah pasangan Abdullah dan Aminah. Namun, di awak kelahiran baginda, Ummu Aiman hanya sempat menjaga baginda bersama bondanya Aminah beberapa hari sahaja. Setelah Muhammad menyusu dengan Halimatus Sa’diyyah dan tinggal bersama beliau dan keluarganya di kampung Bani Sa’d baginda adalah di bawah asuhan Halimah.
        
          Sesungguhnya Halimah mempunyai kepandaian yang luarbiasa dalam hal mendidik anak, mulai dari akhlak hinggalah kebersihannya. Pada hal Halimah hanyalah seorang wanita kampung dan nyata hasil dari didikannya itu Muhammad menjadi makhluk paling mulia di dunia hingga akhirat..

         Setelah umur baginda 4 tahun 1 bulan, Muhammad diserahkan kepada keluarganya. Namun cinta dan kasih sayang baginda kepada wanita yang telah mengasuhnya, menyusu dan mendidinya selama bertahun-tahun memang tidak dapat dilupakan selama hayatnya. Ini jelas terbukti apabila seorang utusan datang kepada baginda menyampaikan berita tentang kewafatan ibu susuannya itu. Tanpa menyembunyikan kesedihannya, baginda mencucurkan airmata di hadapan para sahabat yang ada sekelilingnya.

        Mengenai Ummu Aiman, setelah meneruskan perjalanan bersama Muhammad setelah kewafatan ibunya, beliau membawa Muhammad menemui datuknya dan bapa saudaranya. Setelah Muhammad diserahkan kepada datuknya, Ummu Aiman terus menjadi pengasuhnya sehinggalah Muhammad dewasa dan berkahwin dengan Khadijah. Beliau terus dimerdekakan dan berkahwin dengan seorang lelaki Madinah yang tinggal di Mekah bernama U’baid.

        Sepanjang hayatnya Rasulullah SAW sentiasa berusaha membahagiakan hati Ummu Aiman seperti ibu kandungnya sendiri. Setelah suaminya meninggal dunia Ummu Aiman telah berkahwin dengan sahabat Rasulullah yang juga bekas hamba, iaitu Zaid bin Harithah. Anak-anak beliau iaitu Aiman bin Ubaid dan Usamah bin Zaid kemudiannya telah berjuang bersama-sama Rasulullah saw menegakkan panji-panji Islam.


 (ii) Ibu kandungnya Aminah Binti Wahab.

        Tidak lama selepas peristiwa pembedahan dadanya oleh malaikat Jibril AS, iaitu ketika Rasulullah SAW telah berusia empat hingga lima tahun, Halimah Al Sa’diyyah telah memulangkan Rasulullah kepangkuan ibunya. Baginda tinggal bersama ibunya hingga meningkat usia enam tahun. Aminah teringat untuk ke Yathrib buat menziarahi kubur suaminya. Untuk itu, beliau dari Mekah, merentas lima ratus kilometer menuju ke destinasi bersama-sama anak lelakinya yang yatim itu, diiringi pembantunya Ummu Aiman dan ayah mertuanya Abdul Mutalib. Di sana beliau tinggal untuk selama sebulan, setelah itu beliau pun berangkat pulang. Semasa perjalanannya dari sana, beliau telah diserang penyakit dan semakin berat, sejak di awal perjalanan lagi, berakhir dengan hembusan nafas terakhir di tempat bernama “Al Abwa” yang terletak di antara Makkah dan Madinah.


(iii) Datuknya Abdul Mutalib bin Hashim

    Abdul Mutalib membawa Muhammad pulang ke Makkah dengan perasaan kasih sayang menepu didadanya terhadap cucundanya yang kini anak yatim piatu. Duka lamanya kembali menusuk perasaan, membawa beliau mengasihani cucunya yang lain. Beliau tidak pernah meninggalkan baginda seorang diri, meskipun dalam keadaan terpaksa. Sebaliknya beliau sentiasa mendampinginya dan mengutamakan baginda lebih dari cucunya yang lain. Pada usia lapan tahun dua bulan sepuluh hari, datuknya Abdul Mutalib pun meninggal dunia di Makkah, walau bagaimanapun, sebelum wafat, beliau telah sempat berwasiat dan menyerah pemeliharaan Rasulullah kepada bapa saudaranya Abu Talib saudara kandung ayahnya.


 (iv) Bapa Saudaranya Abu Talib bin Abu Mutalib

     Abu Talib selaku bapa saudara, telah memikul tanggungjawab menjaga anak saudaranya dengan sebaik-baiknya. Beliau meletakkan baginda bersama-sama dengan anak-anaknya malah memberi keutamaan kepada Muhammad dengan keistimewaan, penghormatan dan sanjungan. Sejak dari kecil Muhammad SAW sudah biasa bekerja mengembala kambing. Sepanjang tinggal bersama bapa saudaranya Muhammad SAW turut membantu bapa saudaranya berniaga. Mereka sentiasa berulang alik menjalankan perniagaan antara Syam dan Madinah.

       Selama tempoh empat puluh tahun Abu Talib sentiasa menyokong baginda, melindungi, membenarkan baginda malah sanggup bertindak dengan apa saja cara demi mempertahankan Muhammad. Abu Talib pernah membawa Muhammad ke Syam dan mereka menjadi tetamu kepada seorang paderi yang bernama Buhaira. Buhaira menjelaskan kepada Abu Talib bahawa pada diri Muhammad ada tanda-tanda kenabian dan beliau menasihatkan Abu Talib supaya segera membawa Muhammad kembali ke Mekah untuk menyelamatkannya dari tindakan jahat orang-orang Yahudi. Abu Talib segera menghantar Muhammad pulang bersama beberapa orang pembantunya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bonus untuk Anda