Majulah diri untuk Agama, Bangsa, dan Negara...

KENYATAAN AKHBAR MENGENAI KEADAAN DAN SITUASI TERKINI PELAJAR-PELAJAR MALAYSIA DI MESIR

by DATUK SERI HJ. MOHAMED KHALED NORDIN on Wednesday, February 2, 2011 at 1:56pm

KENYATAAN AKHBAR
YB DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN
MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
MENGENAI KEADAAN DAN SITUASI TERKINI
PELAJAR-PELAJAR MALAYSIA DI REPUBLIK ARAB MESIR
2HB FEBRUARI 2011 (RABU)
___________________________________________________________________

1. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mengambil maklum, prihatin serta bersimpati
dengan keadaan sukar dan situasi getir yang dihadapi oleh para pelajar Malaysia yang
kini berada di Republik Arab Mesir, selepas hari kesembilan berlakunya demonstrasi
dan rusuhan oleh rakyat Mesir di sana.

2. Untuk makluman semua, mengikut rekod pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia,
di Mesir kini terdapat seramai 11,319 orang pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan
pengajian di republik tersebut. Jumlah ini termasuklah seramai 5,184 orang pelajar
perubatan dan 6,135 orang pelajar yang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang
pengajian Islam.

3. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia melalui pejabat Jabatan Penuntut Malaysia
(JPM) Kaherah sebelum ini telah melakukan hebahan nasihat keselamatan kepada
semua pelajar agar mereka dapat menjauhkan diri daripada terlibat dengan aktiviti
rusuhan dan demonstrasi oleh rakyat Mesir. Di samping itu juga, nasihat serta siaran
hebahan telah diberikan kepada semua pelajar agar mereka sentiasa dan dapat
mematuhi arahan keselamatan termasuklah arahan perintah berkurung (curfew) pada
masa-masa yang ditetapkan. Selain daripada itu, semua pelajar Malaysia juga
dinasihatkan agar dapat membuat persediaan penyimpanan makanan yang secukupnya
bagi menghadapi saat-saat sukar di sana.
2

4. Sejak keadaan rusuhan kian meruncing serta tahap keselamatan pelajar Malaysia
menjadi semakin membimbangkan, pihak JPM Kaherah telah memulakan usaha
menempatkan para pelajar Malaysia dalam kumpulan yang lebih besar di beberapa
tempat utama termasuklah di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah serta beberapa
rumah negeri yang terdapat di sana. Langkah ini bertujuan untuk memastikan
keselamatan para pelajar agar lebih terjamin, selain bagi memastikan perhubungan
komunikasi antara mereka tidak terputus. Di samping itu juga, ketika berada di luar
arahan perintah berkurung (curfew), pegawai-pegawai JPM Kaherah akan mengadakan
kunjungan ke rumah-rumah pelajar Malaysia di sana bagi meninjau keadaan serta
situasi pelajar Malaysia yang lain. Pegawai-pegawai JPM Kaherah seterusnya akan
menyediakan laporan keadaan terkini kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia di Putrajaya. Buat masa ini, seramai lebih 7,000 orang pelajar telah dapat
dihubungi dan diketahui keadaan mereka. Alhamdullilah, kesemua mereka kini
berada dalam keadaan selamat dan terkawal tanpa mengalami apa-apa
kecederaan dan tidak ada sebarang kematian yang melibatkan mereka. Langkah
ini akan terus dilakukan sehinggalah kesemua nasib dan keadaan pelajar Malaysia di
sana dapat diketahui.

5. Sementara itu, bagi memudahkan ibu bapa dan keluarga para pelajar untuk
mendapatkan status serta kedudukan terkini mengenai anak-anak serta ahli keluarga
mereka di Mesir, mereka bolehlah menghubungi pegawai-pegawai Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia seperti di bawah:-

1) Yang Berbahagia Prof Dr Rujhan Mustafa
Pemangu Ketua Pengarah
Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia
No. Telefon : +6019 – 270 8222
E-mel : mrujhan@mohe.gov.my

2) Yang Berusaha Dr Syed Alwee Shekh Alsagoff
Pengarah Bahagian Pemasaran Pendidikan
Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia
No telefon : +6019 – 752 0672
E-mel : alwee@mohe.gov.my

3) Encik Jamalulail Bin Abu Bakar
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Unit Jabatan Penuntut Malaysia
Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia
No telefon : +6012 – 931 6172
E-mel : jamalulail@mohe.gov.my

6. Seperti mana yang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun
Abdul Razak telah umumkan semalam (1 Februari 2011), Kerajaan Malaysia telah
bersetuju untuk melakukan operasi menyelamatkan pelajar dan rakyat Malaysia di
Republik Arab Mesir melalui udara dan juga laut. Pelajar dan rakyat Malaysia akan di
bawa ke Jeddah, Arab Saudi bagi mendapatkan bantuan perlindungan serta tempat
yang lebih selamat di Arab Saudi. Sehubungan dengan itu, kerjasama dan jasa baik
daripada semua pihak amatlah diharapkan bagi memastikan urusan pemindahan
berjalan dengan lancar dan sentiasa berada dalam keadaan selamat.

7. Pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada ketika ini telah dimaklumkan
mengenai pengumuman cuti oleh beberapa buah universiti utama di sana. Cairo
University menetapkan cuti selama 3 bulan; Universiti Al-Azhar selama 1 tahun;
manakala Ain Shams University menetapkan cuti selama 6 bulan.
4

8. Pada ketika ini, pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sentiasa berhubung dan
mendapatkan nasihat daripada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan
Perdana Menteri untuk tindakan-tindakan selanjutnya diambil. Pihak Kementerian
Pengajian Tinggi juga sentiasa berhubung dengan pihak Kementerian Luar, Wisma
Putra, Kementerian Pertahanan dan beberapa agensi keselamatan lain bagi
mendapatkan maklumat lengkap dan situasi terkini mengenai keadaan pelajar Malaysia
di Mesir.

Disediakan oleh:-
Pejabat YB Menteri Pengajian Tinggi
Putrajaya
2 Februari 2011

p/s: ana copy paste jer dari facebook....shbt ana tag...so ana kongsikan juga la kt sini walaupun xde sape nak tgk kan...
Share:

No comments:

Post a Comment

Leraikan dengan kata-kata yer...

Popular Posts

Followers