Majulah diri untuk Agama, Bangsa, dan Negara...

  • Nufnang

    Masih ada lagi ke?

  • FRIENDSTER

    Lipatan sejarah sosial media

  • Muhasabah Diri

    Apabila sentiasa mencari alasan dan memperalasan

  • This is default featured slide 4 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

  • This is default featured slide 5 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Aku Masih Seperti Dulu...

Tika ini di saat ini....
Kakiku melangkah laju seperti dulu...
Ligat menapak bumi yang basah dicurah keringat sendiri..
Meredah medan perjuangan demi perjuangan..

Kini aku tinggal aku....
Engkau dengan dunia engkau..
Namun aku masih seperti dulu...
Mencuri pengalaman demi pengalaman yang mematangkan usia...

Aku ada engkau untuk aku curahkan kasih..
Aku masih seperti dulu...
Cintaku kepadamu tidak luntur...
Sayangku kepadamu tidak lapuk..

Dulu kita pernah bersama meredah lautan tidak berpantai..
Menempuh geloranya ombak prasangka..
Lemas dalam lamunan harapan..
Kecewa impian tidak tertunai...

Namun aku masih seperti dulu..
Bergelak ketawa senda gurau..
Sama seperti dulu..
Tidak jauh bezanya dulu, kini dan mungkin juga akan datang...

Kini aku menanti khabar yang tidak pasti...
Semoga berbahagia hingga ke akhir sana...
Share:

TPM rasmikan Dewan Tun Abdul Razak Selekoh


Bertemu kembali sahabat2 dlm dunia ana..hehe.. Sabtu lpas sekolah lama ana telah pun dikunjungi oleh TPM.. Ni keratan akhbar yg ana amik kt Berita harian online..tp tjuk dy cmni la..baca yer..


Kenaikan harga barang ditangani
Oleh Jalal Ali dan Shamsul Kamal Amaruddin
bminggu@bharian.com.my
2011/05/08
Kabinet cari penyelesaian beban dialami rakyat

BAGAN DATOH: Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mempengerusikan mesyuarat khas Jawatankuasa Kabinet bagi mencari kaedah dan pendekatan terbaik menangani kenaikan harga barangan dan perkhidmatan berikutan kenaikan harga bahan api yang membebankan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.

Timbalan Perdana Menteri berkata, mesyuarat yang akan diadakan dalam tempoh seminggu lagi itu akan berusaha mencari pendekatan jangka pendek dan panjang dengan memberi tumpuan kepada beberapa masalah untuk ditangani segera, tetapi menyifatkannya bukan soal mudah terutama kenaikan harga minyak.

“Ini satu daripada perkara yang kerajaan memang sedar, namun kita tidak berdiam diri dan akan mengambil langkah sewajarnya,” katanya berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Bagan Datoh, di sini, semalam.


Muhyiddin berkata, mesyuarat itu akan melihat kaedah yang boleh dipraktikkan kerajaan, swasta, sektor pengeluar dan rangkaian perbekalan supaya harga barangan dan perkhidmatan berada pada kadar berpatutan serta tidak membebankan rakyat.

Menyentuh perkembangan UMNO, beliau menggariskan empat perkara perlu diberi tumpuan oleh pemimpin, ahli dan jentera parti dalam tempoh singkat dan kritikal bagi memastikan Barisan Nasional (BN) memperoleh kejayaan besar pada pilihan raya umum akan datang. 

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO, berkata tumpuan pertama berhubung soal pendaftaran pemilih termasuk melihat senarai daftar dan mengenali mereka serta mengetahui ahli yang belum mendaftar walaupun lama menganggotai parti, manakala tumpuan kedua mengukuhkan setiap peringkat parti termasuk komponen BN.

“Kita perlu bergerak dalam satu pasukan kerja lebih mantap, manakala tumpuan ketiga membela nasib rakyat dengan kerap turun padang bertemu dan mendengar rintihan mereka. Keempat, kita harus berusaha lebih gigih memastikan hubungan dengan badan lain dalam masyarakat,” katanya.

Ketika merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Kurikulum, Kokurikulum dan Kesahsiahan 2011 serta Dewan Tun Abdul Razak di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abdul Razak Selekoh (STARS) Selekoh, Hutan Melintang, beliau berkata, sistem pendidikan negara akan dianggap bertaraf dunia jika berjaya melahirkan pelajar yang boleh berfikir sendiri.

“Apabila sistem persekolahan biasa dapat dimantapkan menerusi transformasi pendidikan sejajar matlamat menjadi negara maju berpendapatan tinggi, kita berharap dapat melahirkan pelajar yang boleh berfikir sendiri yang menjadi ciri sistem pendidikan bertaraf dunia,” katanya.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kenaikanhargabarangditangani/Article
Share:

Malam Lebih Sedetik or Malam Sedetik Lebih???



Kira2 9lebih (minit yg lebih) pn bermula malam yg membangkitkan kesayuan diri ana..lain dari yg lain..mungkin sahabat2 seperjuangan juga merasakan hal yg sama namun xdigambarkan dengan riak wajah yg sayu dan lara..

Ana xbersedia untuk mempersembahkan apa2 persembahan..bukan xingin..cuma xbersedia..mood xstabil ketika ini..dalam sibuk berpindah rumah ke tingkat 6....ana luangkan masa juga bersama sahabat2 seperjuangan..adik-beradik perjuangan.. Malam ini juga diadakan permainan (bkn permainan kot) bertukar-tukar hadiah. Ana dpt frame gmbr..tnggal nak ltak gmbr jer..

Sebelum majlis bermula..


I LOVE JMK




Di saat ini, ana dah pun melepaskan taklifan sebagai EXCO LPS...ana dah lakukan yang terdaya...walaupun ana xberpuas hati dgn prestasi ana..namun itulah yang termampu ana berikan dan yg ana hasilkan sepanjang ana menggalas taklifan ini..sedih dan sayu...kepada partner setugas..lakukanlah penambahbaikan utk akn dtg...sbg TYDP enti ada hak yg lebih utk bersuara. Segala kekurangan dan kelemahan spnjg kite mlksanakn tugas sbg EXCO LPS, hrpnye akn dtg dpt diselesaikan dgn pendekatan dan jln penyelesaian yg lebih baik..

Kepada REXCO2 LPS yg menjadi tanggjwb ana, ana memohon maaf seandainya ana xdpt memuaskan ht antum semua. .kpd Ahli Rakan Surau ar-Rashidin, ana mohon maaf juga krn ana xdpt lakukan yg terbaik bg antum semua...namun bagi ana...setakat ini, itulah yang termampu...


Kepada ahli keluarga JMK 10/11, ingtlah kenangan ini sebagai satu pengalamn yg xde tolok bandingnya..sehinggalah kalian mendpt pengalamn yg lebih tinggi dan bermakna dr ini.. Pahit getir..onak duri...pahit manis, pahit maung...kita lalui bersama... Syukran Jazilan Wa Khoiron Kathiron..
Share:

Pengertian Maskahwin






1. PENGERTIAN MASKAHWIN ( MAHAR ).
Maskahwin adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka ". ( Surah An-Nisaa' - Ayat 4 )

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi ." ( Riwayat Bukhari )

Dari hadith di atas nyatalah bahawa maskahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja asalkan benda itu berguna dan berfaedah sama ada berupa wang ,barang atau sesuatu yang bermanafaat sebagaimana diberitakan Rasulullah s.a.w. pernah mengkahwinkan seorang lelaki yang tiada memiliki sesuatu pun untuk dijadikannya maskahwin lalu Rasulullah s.a.w. bertanya kepada lelaki itu, adakah pada engkau (hafaz ) sedikit daripada ayat Al-Qur'an, lelaki itu menyahut bahawa ia mengingati beberapa surah kemudian Rasulullah s.a.w. pun mengahwinkan lelaki itu dengan bermaskahwinkan surah yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya.

Maskahwin itu tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit, jadi untuk menentukan banyak atau sedikitnya itu terpulanglah kepada dua pihak di atas persetujuannya dan berdasarkan taraf atau darjat pengantin tersebut dan hukum syarak tidak menggalakkan maskahwin yang terlalu tinggi yang menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki.

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
" Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah ". ( Riwayat Abu Daud )

Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
" Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya ". ( Riwayat Ahmad )


2. BAHAGIAN-BAHAGIAN MAHAR :
a) Mahar Misil. Iaitu Mahar yang dinilai mengikut maskahwin saudara-saudara perempuan yang telah berkahwin lebih dahulu dan hendaklah yang dinilai sama dengan maskahwin keluarganya yang paling dekat sekali seperti kakak, ibu saudaranya dan seterusnya disamping menilaikan keadaan perempuan itu sendiri dari segi kecantikan, kekayaan, pelajaran dan sebagainya.

b) Mahar Musamma. Iaitu maskahwin yang telah ditetapkan dan telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dengan tidak memandang kepada nilai maskahwin saudara-saudara perempuan itu.


3. HUKUM MENYEBUT MASKAHWIN DI WAKTU AQAD NIKAH:
i ) Wajib.
a. Jika bakal isteri itu seorang budak yang masih kecil, gila atau bodoh sedangkan bakal suami ingin membayar mahar yang lebih tinggi dari mahar yang sepatutnya ( Mahar Misil ).
b. Jika bakal isteri yang sudah baligh bijak dan boleh menguruskan dirinya sendiri dan telah membenarkan wali untuk mengkahwinkannya tetapi ia tidak menyerahkan kepada wali untuk menetapkan maskahwinnya.
c. Jika bakal suami itu tidak boleh menguruskan hal dirinya sendiri seperti masih budak, gila atau bodoh dan sebelum akad telah mendapat persetujuan dari bakal isteri tersebut tentang bayaran maskahwin kurang daripada mahar yang sepatutnya, oleh yang demikian maskahwin wajib dinyatakan sebagaimana yang dipersetujui. Maksud wajib disini bukanlah bererti perkahwinan itu tidak sah, tetapi perbuatan itu dianggap berdosa dan maskahwin dibayar mengikut kadar yang sepatutnya ( Mahar Misil ).

ii ) Sunat.
Rasulullah s.a.w tidak pernah meninggalkan dari menyebutnya semasa akad, apabila ia menikahkan orang lain. Dengan menyebutnya semasa akad berlangsung dapat mengelakkan dari berlaku perselisihan, berhubung dengannya, disamping dapat membezakan diantara perkahwinan biasa dengan perkahwinan pada seorang perempuan yang menghebahkan dirinya kepada Rasulullah s.a.w. tanpa mahar. Sekiranya mahar tidak di sebut dimasa akad, tidaklah bererti akad perkahwinan itu tidak sah tetapi makruh jika mahar itu tidak disebut.


4. WAJIB MASKAHWIN
Maskahwin itu wajib dibayar mengikut sebagaimana yang tersebut didalam akad jika dinyatakan dimasa akad dan maskahwin itu wajib dibayar dengan keadaan-keadaan yang berikut:-
i) Apabila suami menetapkan yang ia akan membayarnya sebelum dukhul dan dipersetujui oleh pihak isteri, oleh yang demikian isteri berhak melarang atau meghalang suami dari mensetubuhinya sehingga suami tersebut menentukan kadar maskahwin yang akan diberinya sama ada dengan cara tunai atau hutang, jika dijanjikan tunai maka pihak isteri berhak menghalang suami tersebut dari mensetubuhinya sehingga dijelaskan maskahwinnya itu.
ii) Bila penetapan maskahwin itu dibuat oleh kadi dengan sebab keengkaran pihak suami dari membuat ketetapan atau dengan sebab perbalahan atau perselisihan kedua belah pihak tentang kadar maskahwin tersebut dan bila kadi menentukannya akan maskahwin tersebut, hendaklah dibayar tunai (tidak boleh hutang).


5. GUGUR SEPARUH MASKAHWIN
Apabila berlaku talak sebelum persetubuhan maka gugurlah separuh maskahwin sebagaimana firman Allah ta'ala Yang bermaksud: "Dan jika kamu menceraikan perempuan sebelum persetubuhan sedangkan kamu telah menentukan kepada perempuan tersebut akan maskahwinnya , maka bagi perempuan itu setengah dari apa yang kamu tentukan itu".

Gugur separuh maskahwin sekiranya perceraian ini berlaku berpunca dari pihak suami, seperti suami jadi murtad atau suami menganut Islam dan isterinya tidak. Tetapi sekiranya berlaku perceraian itu berpunca dari pihak isteri, seperti suami memfasakhkan perkahwinan tersebut dengan sebab kecacatan yang ada pada isteri maka maskahwin itu akan gugur semuanya.


6. MATI SUAMI ATAU ISTERI SEBELUM PERSETUBUHAN
Jika seorang suami meninggal dunia sebelum berlaku persetubuhan, pihak waris si suami wajib membayar maskahwin itu sepenuhnya kepada bekas isterinya dan jika maskahwin itu belum ditentukan kadarnya, maka wajib dibayar dengan nilai mahar misil.

Sebaliknya pula jika seorang isteri meninggal dunia sebelum berlaku persetubuhan, pihak suami wajib membayar maskahwin sepenuhnya kepada waris bekas isterinya jika maskahwin itu belum dijelaskan lagi.

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. Yang bermaksud:
"Dari Alqamah katanya seorang perempuan telah berkahwin dengan seorang lelaki kemudian lelaki itu mati sebelum sampai mensetubuhi isterinya itu dan maskahwin pun belum ditentukan kadarnya. Kata Ulqamah, mereka mengadu hal tersebut kepada Abdullah, maka Abdullah berpendapat perempuan itu berhak mendapat mahar misil sepenuhnya, dan perempuan itu berhak mendapat pusaka dan wajib pula dengan bereddah. Maka ketika itu Ibnu Ma'kul bin Sanan Al- Saja'i menjelaskan bahawa sesungguhnya Nabi s.a.w. telah memutuskan terhadap Baraq bin Wasaq seperti yang dibuat oleh Abdullah tadi". (Riwayat Al-Tarmidzi)


7. MUT'AH
Mut'ah bererti satu pemberian dari suami kepada isteri sewaktu ia menceraikannya. Pemberian ini adalah wajib diberikan sekiranya perceraian itu berlaku dengan kehendak suami, bukan kemahuan isteri. Banyaknya pemberian itu adalah berdasarkan kepada persetujuan atau keredhaan kedua-dua belah pihak, di samping mempertimbangkan keadaan kedua-duanya sama ada kaya atau miskin dan sebagainya tidak kurang dari separuh mahar.
Firman Allah: Ertinya : Tenangkan olehmu hati mereka dengan pemberian dan lepaskanlah mereka dengan cara yang baik. ( Surah Al-Ahzab ayat 49)

Share:
http://says.my/optimus_zane/digi-eff-bee
Share:

Jamuan Rakan Surau ar-Rashidin 2011..

Salamullahu alaik...

Sahabat2...hari ni ana nak meningatkan kembali memory ana utk perkara2 yg telah berlaku sepanjang sem ni..sbnrnye nk recall pe yg dh belajar dlm kuliah..esok hari 1st exam..subjek major lak tu..3jam kredit...doakan ana yer.. baru2 ni Rakan Surau ar-Rashidin telah mengadakan jamuan akhir semester... Walaupun ana tidak terlibat seratus peratus dalam persiapan jamuan nih..tetapi ana merupakan  orang yang dipertanggungjawabkan utk mengendalikan dan memantau serta menyelaras organisasi ini..selagi taklifan itu masih digalas rasanya masih perlu utk ana laksanakan taklifan itu sepenuhnya.

Jamuan bermula pada jam 9mlm..namun ana dan tetamu yang diberikan kad jemputan hadir pd jam 930mlm...konon2 vip la tu..hehe..xde bezanye..same jer..ad dua tgn dan dua kaki..dua mata dan dua telinga..its same.. سواء

Pd mlm tersebut merupakan pengisian ucapan drpd pengerusi rakan surau sendiri, ana sendiri, dan En. Ghazali bin Din yang merupakan satu2nya felo yg berkelapangan pd masa tu dan merangkap wakil drpd pengetua yg outstation utk merasmikan "Kempen Sahsiah Unggul"-"Anda Bijak, Jauhi Zina".



Eh, terlupa...jamuan ni diadakan pd 16 April 2011 yg lepas..skrg dh 21hb...dh lima hari berlalu...
Sepanjang jamuan ni terase sdikit sayu di hati, spnjg memegang taklifan ni...ana rasakan yg diri ana belum lg buat yg terbaik utk sume..namun mungkin itu had limit ana..ana akan usahakan utk satu hari nti...nak cover ape yg ana xdpt buat...byk kelemahan drpd ana sendiri.. Terima kasih tak terhingga kpd rakan2 exco dan ahli rakan surau yg banyak memberi sokongan dan bantuan sepanjang ana memgang taklifan ini...semoga Allah s.w.t membalas jasa2 kalian dengan setimpalnya...

Ucapan dan amanat terakhir sebelum menamatkan perkhidmatan..knon2nye la..padahal ada je kt KHAR lg..masih boleh membantu kalian..InsyaAllah..semoga dipermudahkan..
Ada jg cabutan bertuah pd mlm ni...ana pn dpt 1..


Jamuan sambil menonton montaj...ni la senarai vip knon2nye..heee


ni antara banting yang digantung sekitar KHAR untuk kempen "Sahsiah Unggul'


Cenderahati khas kpd ahli rakan surau yang akan bersara untuk praktikal..sem last di sini...



Ni barisan mantan2 exco LPS dengan exco LPS yg baru bersama En. Ghazali bin Din
Dari kiri anda: Husairi (2011/2012),Abg Syuk (2008/2009), En. Ghaz, Abu (2009/2010), Fizan(ana la tu,,ana pegang utk 2010/2011)

Semoga apa yang telah berlaku menjadi pengalaman yg berguna untuk dijadikan iktibar, yang baik dijadikan pedoman dan yang buruk dijadikan sempadan..semoga kite semua berjumpa lg pada masa kan dtg dlm pertemuan yang diberkati dan dirahmati Allah S.W.T...

Doakan kejayaan ana utk exam yg start esok ni dan pd mgu dpan dan juga akan2 dtg dlm hidup ana...syukran jazilan wa khoiron kathiron..
Share:

Popular Posts

Followers