Majulah diri untuk Agama, Bangsa, dan Negara...

TPM rasmikan Dewan Tun Abdul Razak Selekoh


Bertemu kembali sahabat2 dlm dunia ana..hehe.. Sabtu lpas sekolah lama ana telah pun dikunjungi oleh TPM.. Ni keratan akhbar yg ana amik kt Berita harian online..tp tjuk dy cmni la..baca yer..


Kenaikan harga barang ditangani
Oleh Jalal Ali dan Shamsul Kamal Amaruddin
bminggu@bharian.com.my
2011/05/08
Kabinet cari penyelesaian beban dialami rakyat

BAGAN DATOH: Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mempengerusikan mesyuarat khas Jawatankuasa Kabinet bagi mencari kaedah dan pendekatan terbaik menangani kenaikan harga barangan dan perkhidmatan berikutan kenaikan harga bahan api yang membebankan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.

Timbalan Perdana Menteri berkata, mesyuarat yang akan diadakan dalam tempoh seminggu lagi itu akan berusaha mencari pendekatan jangka pendek dan panjang dengan memberi tumpuan kepada beberapa masalah untuk ditangani segera, tetapi menyifatkannya bukan soal mudah terutama kenaikan harga minyak.

“Ini satu daripada perkara yang kerajaan memang sedar, namun kita tidak berdiam diri dan akan mengambil langkah sewajarnya,” katanya berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Bagan Datoh, di sini, semalam.


Muhyiddin berkata, mesyuarat itu akan melihat kaedah yang boleh dipraktikkan kerajaan, swasta, sektor pengeluar dan rangkaian perbekalan supaya harga barangan dan perkhidmatan berada pada kadar berpatutan serta tidak membebankan rakyat.

Menyentuh perkembangan UMNO, beliau menggariskan empat perkara perlu diberi tumpuan oleh pemimpin, ahli dan jentera parti dalam tempoh singkat dan kritikal bagi memastikan Barisan Nasional (BN) memperoleh kejayaan besar pada pilihan raya umum akan datang. 

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO, berkata tumpuan pertama berhubung soal pendaftaran pemilih termasuk melihat senarai daftar dan mengenali mereka serta mengetahui ahli yang belum mendaftar walaupun lama menganggotai parti, manakala tumpuan kedua mengukuhkan setiap peringkat parti termasuk komponen BN.

“Kita perlu bergerak dalam satu pasukan kerja lebih mantap, manakala tumpuan ketiga membela nasib rakyat dengan kerap turun padang bertemu dan mendengar rintihan mereka. Keempat, kita harus berusaha lebih gigih memastikan hubungan dengan badan lain dalam masyarakat,” katanya.

Ketika merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Kurikulum, Kokurikulum dan Kesahsiahan 2011 serta Dewan Tun Abdul Razak di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abdul Razak Selekoh (STARS) Selekoh, Hutan Melintang, beliau berkata, sistem pendidikan negara akan dianggap bertaraf dunia jika berjaya melahirkan pelajar yang boleh berfikir sendiri.

“Apabila sistem persekolahan biasa dapat dimantapkan menerusi transformasi pendidikan sejajar matlamat menjadi negara maju berpendapatan tinggi, kita berharap dapat melahirkan pelajar yang boleh berfikir sendiri yang menjadi ciri sistem pendidikan bertaraf dunia,” katanya.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kenaikanhargabarangditangani/Article
Share:

No comments:

Post a Comment

Leraikan dengan kata-kata yer...

Popular Posts

Followers