Majulah diri untuk Agama, Bangsa, dan Negara...

Puasakah kita?..




Assalamualaikum dan salam muhibbah...


Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah S.W.t sekalian, hr ini telah masuk hari ke-9 kita berpuasa. Apakah yang telah kita capai? Kekuatan berpuasa? Pahala berpuasa? Hikmah berpuasa? Ana sendiri pun tidak tahu tahap manakah yang telah ana capai. Namun begitu, apalah salahnya jika ana ingin berkongsi peringatan@tazkirah untuk diri ana sendiri untuk dikongsikan bersama.



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ183
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa."(183)-Surah al-Baqarah

Demikianlah firman Allah S.W.T tentang perintah berpuasa Ramadhan kepada umat Islam. Perintah ini merupakan satu kewajipan kepada umat Islam, sebagaimana lafaz 'kutiba' /"كتب" yang merujuk kepada maksud wajib.

Jadi, bagaimana puasa kita ya sahabat-sahabat?.. Kita dituntut untuk mencontohi cara puasa Nabi Daun a.s iaitu sehari berpuasa dan berbuka. Kita ditegah meniru cara puasa orang kafir mahupun jahil yakni berpuasa tanpa berbuka sehingga memudaratkan diri ataupun untuk upacara pemujaan dan sebagainya. Di bulan Ramadhan, kita dituntut untuk berpuasa selama sebulan yang mengandungi bilangan hari 30 ataupun 29 hari. Kita perlu menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahai. Dalam bahasa mudahnya dari bermulanya waktu Subuh dan berbuka setelah masuk waktu Maghrib.

Ramai yang melaungkan bulan Ramadhan sebagai bulan untuk beribadah, ada pula yang melaungkan bulan Ramadhan sebagai bulan makan-makan (mungkin ada bazar barangkali), dan bermacam-macam lagi pendapat kita tentang bulan Ramadhan, ana tidak mahu menyalahkan mana-mana pendapat, kerana ia merupakan pendapat masing-masing. Hak merekadan hak kita untuk menerima mahupun menolaknya tetapi tidak ada hak untuk kita menyalahkan orang yang memberi pendapat melainkan dia benar-benar salah.

Puasa di bulan Ramadhan memerlukan kita untuk merenungi nasib saudara-saudara kita yang sememangnya dalam kesusahan, dengan berpuasa kita secara tidak langsung merasai kepayahan menahan lapar dahaga saudara kita yang susah. Selain itu, kita dituntut untuk mendapatkan ganjaran pahala dengan melakukan amal soleh dan beribadah. Misalnya bertaqarrub kepada Allah S.W.T, memberi makan kepada orang miskin, bertadarus, membaca al-Quran, belajar, bekerja dan berehat. Berehat juga boleh dikategorikan sebagai ibadat, asalkan diniatkan kerana Allah S.W.T, contohnya berniat untuk berehat kerana mahu melakukan kerja bagi menyara kehidupan, berehat sebelum beribadah supaya ibadah khusus dilaksanakan dengan lebih khusyu' dan lebih tumpuan dan tidak terganggu kerana keletihan.

Namun begitu. puasakah kita dengan hanya melakukan ibadah sahaja wahai sahabat-sahabat?.. Puasa menurut bahasa pun ialah menahan diri, oleh itu, ana mengingatkan diri ana yang lemah dan jahil ini serta sahabat-sahabat sekalian agar dapat menahan diri daripada melakukan kemungkaran, perkara yang membatalkan puasa dan seumpamanya yang boleh mengurangkan pahala puasa kita. Menahan mulut daripada berkata-kata yang tidak elok seperti mengumpat dan mengata serta berkata kesat, menahan mata daripada melihat perkara kemungkaran mahupun yang mendatangkan keghairahan melakukan kejahatan, menahan telinga kita daripada mendengar perkara yang tidak elok seperti uampatan mahupun yang seumpamanya, menahan nafsu kita daripada pelbagai lintasan pemikiran dan mana-mana yang difikirkan tidak baik. 

Bulan Ramadhan juga disebut Madrasah yakni sekolah untuk kita belajar. Jadi mudah-mudahan dengan Bulan Ramadhan al-Mubarak ini merupakan langkah pertama untuk kita berubah dan terus berubah kepada kebaikan. "Semoga kita semua mendapat dan menemui Malam Seribu Bulan"..

Fikir-fikir sejenak, renung-renungkan dan selamat beramal....


Share:

No comments:

Post a Comment

Leraikan dengan kata-kata yer...

Popular Posts

Followers