Majulah diri untuk Agama, Bangsa, dan Negara...

  • Nufnang

    Masih ada lagi ke?

  • FRIENDSTER

    Lipatan sejarah sosial media

  • Muhasabah Diri

    Apabila sentiasa mencari alasan dan memperalasan

  • This is default featured slide 4 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

  • This is default featured slide 5 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Kembali Sejenak...



Bismillahirrahmanirrahim..


Akhirnya kembali semula ke sini. Bila mana 'monday blues' menyerang dan pagi hari yang mendung berarak menutupi suria pagi di bumi Tanjung Malim...

Tak berhajat nak bercerita panjang, cuma sekadar singgah di tempat persinggahan suatu masa dulu 'trend' budak-budak U semua mesti ada blog masing-masing.

Antara kenalan-kenalan yang berblog (hasil blogwalking dan ingatan), ana boleh kategorikan blog diaorang ni dengan beberapa kategori:

1. Blog catatan harian / Diari
Blog jenis ni memang paling ramai sekali masa dulu antara tahun 2010-2013. Sebab Facebook mula popular tahun 2009, kemudian mula menjadi kegilaan remaja menjelang tahun 2012. Lepastu ana sendiri pun kurang berblog.

2. Blog persatuan/ Kelab
Blog sejenis ni pun banyak juga. Dulu dengan blog jugalah aktiviti persatuan dan kelab di kongsikan. Sejak FB muncul, semua buat di FB Page, FB Group dan macam-macam lagi.

3. Blog perniagaan
Blog ni pun banyak juga masa tu. Dulu blogger2 ni banyak join nuffnang, sape yang dah mencecah jumlah sekian-sekian boleh cashkan. Ada sorang kawan cuba cash kan..tp skrg xsempt tanya pulak dh dpat ke belum. Lost contact dh dengan kawan tu. Blog niaga ni puncanya ikut trending masa tersebut juga..sekarang dorang banyak buat di FB, Shopee dan lain-lain seiring dengan kemajuan zaman.

4. Blog download
Yang ni kurang ramai yang buat, cuma yang gila2 dengan software, movie dan game yang sediakan blog macam ni. Ada kawan tu buat jugak blog macam ni..tp yela..x berupdate sangat. Masa belajar internet tenggelam timbul..nak tunggu download dan upload balik makan masa lama..

5. Blog xde motif
Blog macam ni pun ada jugak..semua benda yang berlaku diupdate dalam blog. Tak kira lah hal peribadi ke orang lain ke persatuan ke movie ke software ke semua masuk situ. Jadi macam rojak. Macam blog ana ni..blog rojak namanya..hehe



~fikir-fikir sejenak~
Share:

Perjalanan Berliku Blogger dan Media Sosial

Assalamualaikum wbt...

Membelek-belek emel membawa ana ke dunia blog sebentar. Sempat la juga meneropong blog sahabat2 yang dulu join program sama, buat program sama dan sempat juga ke website pertama ana buat mystarskaa.webs.com tapi malangnya telah 'difrozenkan' sebab mungkin dah terlampau lama bersawang dan bersarang. Apa pun, pengalaman berblog ni sebenarnya sangat manis, suatu ketika dulu kami satu rumah berlawan-lawan untuk naikkan 'followers' dengan join mana-mana 'Giveaway' supaya ramailah yang akan datang melawat blog kita dan follow. Dan sebenarnya dengan naiknya bilangan followers tu maka naiklah sikit income dalam Nufnang tu. Ada sahabat ana yang dah pun berjaya menebus Nufnang, tapi sampai hari ni terlupa nak tanya dah sampai ke belum ceknya.

Ana berkesempatan aktif dalam blogger ni pada zaman mula-mula masuk 'U' dan sampailah awal-awal kerja. Semakin lama amalan blogger ni luntur dek kerana hebatnya zaman 'Facebook' , 'Twitter', 'Instagram' dan lain-lain. Sebelum zaman ni, kita dipopularkan dengan Friendster. Tapi sekarang dah tak boleh buka macam dulu-dulu. 



Dulu dalam zaman 2009-2012 rasanya blogger masih aktif dengan ada yang merekodkan laporan harian seperti novel dan drama yang  tak habis-habis. Ana pernah juga buat blog dengan wordpress. Tapi tok guru ana  tak ajar sampai habis macam tok guru tu ajar blogspot. Jadi ana lebih suka dengan blogspot sebab mudah dan mesra digunakan. Tak perlu coding yang susah2. Satu lagi ana juga belaar buat website dengan joomla. Boleh tahan jugak joomla ni. Cuma banyak yang kena belajar dan tak boleh cuba-cuba macam blogspot. Dengan blogspot juga ana ada hampir 10 buah blog termasuklah yang untuk demo dan formal.

Tapi zaman sekarang 2018, bila blog walking je rata-rata masing-masing blogger dah bersawang-sawang dah. Ada yang entry terakhir bertahun-tahun lamanya. Ada yang buat entry setahun sekali macam ana. Menjadi blogger macam ana dah tak ramai, yang ramai sekarang sudah buat domain website sendiri dan lebih maju serta topik kupasan juga semakin global. Bukan sekadar bercerita tentang diri sendiri, resepi memasak dan hal-hal yang berlaku kepada diri sendiri.



~fikir-fikir sejenak~
Share:

Tuhan Sedang Menduga



Assalamualaikum wbt.

 Elok je menjengah ke blog yang berhabuk ni, tengok juga senarai blog sahabat terdekat masa belajar dulu. Rupanya masih ada yang update http://ataullahanas.blogspot.my/  itupun 5 minggu yang lepas. Elok je klik, terbukalah blog beliau dan lagu Kiss The Rain pun beralun-beralun. Perasaan sedih bercampur terharu kerana lagu tersebut mengingatkan ana kenangan yang kami lalui semasa jatuh bangun di universiti dulu. Bagaimana pengalaman disisihkan dan mesisihkan diri daripada persatuan, kawan-kawan yang tak sehaluan, pengurusan pentadbiran yang terlalu birokrasi dan banyak lagi. Akhirnya kami dapat melalui semua itu. Lagu itulah yang ana rasa itulah trademark beliau..haha. Pernah satu masa ana download lagu ni di youtube dan pasang tak henti-henti. Itu pun masa tengah stress dan sedih dengan ujian dan dugaan masa tu.

Dan bila masuk zaman bekerja juga, ana terpaksa juga menempuh ujian yang agak dahsyat bagi ana. Dan pada masa ana menaip entry ini, ana sedang dalam situasi itu. Dan lagu ini membuatkan nostalgia lama kembali dalam ingatan ana. Sungguh ana percaya, sabar dan yakin bahawa Allah S.W.T sedang menguji hamba-Nya. Jangan putus harap dan doa kepada Allah S.W.T. Dugaan ketika ini apabila orang sekeliling yang berkuasa tidak mampu memberikan yang terbaik untuk diri ana. Hampir merasakan dipergunakan seperti habis madu sepah dibuang. Tapi ana percaya, jika rezeki ana masih di sini, ia akan terus di sini. Kita usahakan apa yang mampu dan kemudian bertawakkal.

Kisah sahabat ana lebih perit daripada kisah hidup ana. Dan kisah orang lain pun lebih dahsyat lagi. Masing-masing ada cerita tersendiri. Ana tak boleh kata apa yang ana lalui lebih teruk daripada orang lain kerana ada lagi yang lebih teruk ujian yang menimpa mereka. Kita perlu bersyukur. Jangan menganiaya orang lain. Hidup bukan hanya untuk kesenangan dunia, tetapi sebagai bekalan ke dunia akhirat. Kadang-kadang terasa seperti putus harap dan terlalu sedih dengan sikap pentingkan diri sendiri orang lain. Dan terasa tidak boleh hidup dalam dunia ini lagi. Hanya ALlah S.W.T yang mengetahui apa yang akan terjadi kelak. Mudah-mudahan kita sentiasa dalam rahmat dan redha Allah S.W.T.


~fikir-fikir sejenak~
Share:

Terima Kasih Semua

Assalamualaikum.
Salam sejahtera.

Setiap kali nak mulakan posting baru setelah sekian lama mesti selalu kite dengar, blog dah berhabuk dan bersawang..bukannye ape sebab namanye pun laman sesawang... Bersawanlah jawabnya.. Nasib je tak bersemut. Kalau bersemut tu sweet sangat, ramai yang selalu jengah blog tu..hehe

Alhamdulillah, setelah mendirikan rumah tangga pada 12 Mac 2016 yang lalu, hari-hari yang dilalui semakin bahagia. Terima kasih mak ayah yang memberi restu dan doa, sokongan dan segala-galanya. Tanpa Mak Ayah siapalah ana di bumi Allah S.W.T ini. Tidak ketinggalan adik beradik dan family yang sentiasa support. Dari merisik sampailah ke bertunang, jadi bodyguard masa  hantar duit hantaran hari tu. Beribu riban kita bawa cash..hehe Alhamdulillah selamat dah semuanya. Dan sehinggalah ke majlis pernikahan dan kenduri. Dari Perak ke Pahang. Bak kata pepatah, orang DS Najib mesti cari orang DS Zahid Hamidi. Tidak lupa juga pak cik dan mak cik sebalah mak dan ayah yang turut serta dalam proses kebahagiaan ini..




Yang semestinya tak lupa isteri tercinta... http://seindahbiasadiriku.blogspot.my/
Yang sanggup terima dan sudi jadi suri dalam hidup. Bak kata orang pemilik tulang rusuk dah dijumpai. Terlalu banyak yang nak disampaikan kerana kesyukuran ini kerana terlalu banyak rasa yang bercampur sehingga tidak terkata...hehe

Semoga berjumpa sekali lagi... itupun ntah bila la..


~fikir-fikir sejenak~
Share:

Hashtag Lawak Hambar (#lawakhambar)

Assalamualaikum dan selamat-selamat....

Pernah dengar # (hashtag)? Mesti selalu dengar...rasenye bkn dengar je kot...mesti selalu buat hashtag...kadang tu kalau post di facebook...wajib ada hashtag. Twitter...instagram...instameter....wechat...youchat pun tak ketinggalan...
1 istilah yang boleh untuk dihashtagkan... #lawakhambar. Khas untuk lawak yang pending, lawak bodoh, lawak tak menjadi, lawak syok sendiri dll...

Disebabkan fenomena hashtag ni memang sangat femes ...ana pun nak post jugaklah.. itu je setakat ni..

~fikir-fikir sejenak~

Share:

MUNAFIK kah AKU???

Assalamualaikum, salam muhibbah, salam barakah....

Kali ini ana usulkan satu perbincangan kepada diri sendiri, Munafikkah aku. Kite sering diperdengarkan di ceramah agama, kelas pengajian agama, sekolah dan di corong radio dan speaker Tv. Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda yang bermaksud: jika ada perkhabaran dari seseorang munafik, maka selidiklah dahulu. Kite juga mungkin masih ingat apa yang kite belajar, Abdullah Ubai adalah seorang ketua munafik dan menjadi "ikon" munafik sehingga sekarang.

Di dalam masyarakat kita ini juga memang ramai yang 'munafik'. Ada pepatah melayu mengingatkan kita tentang munafik ini. Ingat lagi 'talam dua muka'?...bukankah itu juga salah satu ciri munafik?

#1 Ada wanita yang berhijab di kelas pengajian, tetapi bila diluar hijab entah ke mana dan memakai pakaian sukar dibayangkan.

#2 Ada dalam kalangan kita bila bersembang dengan meon, kita menyokong meon. Bila kita bersembang dengan mamat, kita menyokong mamat. Padahal dua orang tu sedang dalam krisis.

#3 Ada pula kita ini suka sangat cakap tak serupa bikin.

#4 Ada pula kita ini asyik mengaku kita sahaja yang betul, padahal kita sendiri tahu yang kita telah salah.

#5 Ada pula kita ini........

Kalau hendak disenaraikan, sehingga habis kuota data internet ni belum tentu lagi siap senaraikan. Ape pun yang kita perlu jauhkan adalah sikap yang menghampiri munafik. Jauhkan diri dari bercakap buruk, bersumpah janji dll...

~fikir-fikir sejenak~

Share:

MUST READ!!! Kisah anak paderi memeluk agama Islam

Kisah anak paderi memeluk agama Islam (mesti baca)

Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam) Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.

Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/=. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah dsn.

Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek.Hasilnya kami dapat RM3,000/= setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan.Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.

Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya (saya panggil > cikgu). "cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya kerumah cikgu..."
Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu.
Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;- - Mengapa orang Islam sembah kaabah -Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit. -Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.

Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana yang asalnya. Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan -kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan -kawan mati akal.

Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.

Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain. - 

Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 - 

konsep ketuhanan Jesus.
Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya' datang ke rumah.

Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz tu,saya mengagumi cara hidupnya.

Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan.Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka.

Saya meronta-ronta.Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata," mengapa Johanis....awak mengigau...."

Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan saya.........".Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.

Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu.Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.

Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah.

Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan.Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time.Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya Ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuantiti saja.

Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah.saya sayang emak.saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat.

Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku Yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita........ Ayah saya menganut Agama Islam.

Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata...saya bayangkan ayah dihadapan...saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama........Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu....

Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja. Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah.Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.

Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas.Dia boleh sergah saya,"You apa tahu... Islam pun baru setahun jagung....."

Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam.Saya kumpulkan semula kawan-ka wan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam.

Apa tauliah awak ,mana kebenaran Jabatan Agama,mana permit polis,sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.

Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura-pura nak belajar Islam....jatuh cinta...lalu dimurtadkan...ada yang pura-pura masuk Islam....dan dimurtadkan.

Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia . Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam. Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'.

Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi Termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi.InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah.

tolong fowardkan ... demi islam... demi agama yang tercinta 
insyaallah...

*sumber group whatsapp*
~Fikir-fikir sejenak~

Share:

Popular Posts

Followers