Majulah diri untuk Agama, Bangsa, dan Negara...

  • Nufnang

    Masih ada lagi ke?

  • FRIENDSTER

    Lipatan sejarah sosial media

  • Muhasabah Diri

    Apabila sentiasa mencari alasan dan memperalasan

  • This is default featured slide 4 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

  • This is default featured slide 5 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

April 2015

Assalamu 'alaikum dan salam muhibbah....

Baru-baru ni kita sekali lagi mengorak langkah ke arah "negara maju" dengan berbagai-bagai pelan pembangunan oleh kerajaan. Ada yang baik dan ada juga yang semacam kurang baiknya. Namun, ana percaya..ini adalah tanda-tanda akhir zaman yang kita tidak dapat elak. Hanya golongan-golongan yang menggunakan akal untuk berfikir akan beruntung. Mengelak daripada terlibat dengan "fenomena" dan tanda-tanda akhir zaman ini. Contohnya kita tahu bahawa di akhir zaman bilangan wanita lebih ramai daripada lelaki. Itu kita tidak boleh lari dari janji yang telah ditetapkan Allah S.W.T. Cumanya, kita perlu berusaha agar lelaki-lelaki inilah yang akan menjadi golongan yang terbaik bagi membela agama Islam. Kita tahu penyelewengan dan pecah amanah di sekeliling kita. Namun apa kesedaran diri kita? Adakah mahu menjadi golongan yang rugi ataupun golongan yang beruntung. Sama-sama kita teguhkan peribadi, tingkatkan ketaqwaan dan keimanan kepada Allah 'Azza Wajalla..

1 April. GST
7 April. Pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan (pengajian tinggi)

~fikir-fikir sejenak~

Share:

Bersyukur Kepada-Nya

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan "

Assalamualaikum dan salam muhibbah...

Kali ini kita bersama-sama merenungi kembali terjemahan ayat di atas. Ayat ini diulang sebanyak 31 kali dalam surah ar-Rahman yang mempunyai jumlah ayatnya sebanyak 78 ayat. 

Bermuhasabah diri kita dengan ayat ini yang menyatakan adakah kita ini tergamak untuk mengatakan Allah SWT tidak kasih dengan kita dengan tidak memakbulkan apa yang kita pinta. Rahmat Allah Maha Luas.

Allah SWT memberikan kita dengan pelbagai rahmat. Udara, kesihatan, anggota badan, panca indera, malah ada yang diberikan kemewahan dan kekayaan... Masih patutkah kita tidak mengabdikan diri kita kepada Allah SWT? Masih patutkah kita sombong dan ego dengan kelebihan yang ada pada diri kita? Pangkat, jawatan, gaji besar kita itu memberi kita kelonggarankah untuk menghina orang lain?

Tidak wajarlah begitu..maka muhasabh dirilah kita..




~fikir-fikir sejenak~
Share:

Punca...itu semua PUNCA!!!

Assalamualaikum dan salam muhibbah.

Pada entry kali ini ana nak kongsikan sepatah kata-kata Arab.


Bunuhlah ular di kepalanya. Kenapa tak bunuh dekat ekornya?.. Sebabnya dekat kepalalah ada bisa yang boleh membunuh kita dari dalam. Sekali dipatuk ular (bisa) akan meresap dalam badan kita. Akhirnya kita akan tersungkur. Kalau kita pukul ular dekat ekor, dia tak akan mati dan mungkin ular itu akan mematuk kita. 

Jadi dalam apa urusan sekalipun, apa yang penting kita kena tahu punca sebarang masalah. Andai puncanya pun kita tak dapat kenal pasti, maka berlarutanlah masalah itu dan kita tak dapat selesaikan urusan itu. Sesuai dengan pepatah ini, jika sesuatu masalah wujud, kenal puncanya dan selesaikan dahulu punca masalah tersebut. Barulah urusan-urusan yang lain akan tenang dan mudah diselesaikan.

Andai ada sebuah organisasi ini bermasalah, puncanya ketuanya yang ambil mudah dan sambil lewa. Maka perlulah diberi penekanan terhadap ketua ini ataupun tukar ketua yang baru..hehe. Tidak la sampai begitu, apapun buatlah yang terbaik mengikut kesesuaian dan keadaan.

~fikir-fikir sejenak~
Share:

Penghargaan Guru

Assalamualaikum dan salam muhibbah....

Tahun Ke-7 di UPSI bersama APSM,
Ya....APSM...Akademi Pendidikan/ Sekolah Makmal.. Dengar je AKADEMI mestilah dia macam hebat kan... Akademi Polis macam kat oversea, Akademi Fantasia ke kan..hehe. Untuk tahun ke-7 ana di UPSI, beginilah ceghitenye... Setelah terpaksa menolak penempatan KPM tempoh hari (permintaan memohon tangguh tak dilayan) ana teruslah dok kt UPSI. Meneruskan misi Memanusiakan Manusia (ala-ala Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang). Melihat kepada sistem pendidikan negara pada masa ini yang terlampau banyak karenah birokrasi dan pengurusan yang berpusatkan kepada KPM, golongan pendidik terasa terbeban dengan perkembangan dan perubahan dasar dan perancangan semasa. Kalau dulunye kita dikenalkan dengan program BI nye, kini memartabatkan BM, PBS, KBAT dan berbagai lagilah itu semuanya tak lain tak bukan untuk memacu pendidikan negara ke arah yang lebih baik. Mungkin pelaksanaannya kot yang tidak dapat dijalankan dengan baik. Mungkin jugaklah perancangan yang terburu-buru atau tak cukup persediaan dengan perancangannya.

Akibatnya duit/dana negaralah yang jadi mangsa. Kurang menghasilkan pulangan yang berbaloi-baloi. Apa pun pepatah kita ada kata, "yang dikejar tak dapat yang ikendong keciciran". Mungkin sebagai pengajaran untuk orang2 yang berfikir. Tapi kalau yang hanya fikir untuk kepentingan diri sendiri, JAWABLAH SENDIRI KAT AKHIRAT nanti. 

Pendidikan ni penting, dalam hadis pun ada mengatakan secara am lah ana rasa. tapi bile diperjelas ia akan jadi khusus. Ana bukan ahli hadis. "..matinya anak adam meninggalkan tiga perkara: 1- doa anak yang soleh, 2- sedekah jariah, 3- ilmu yang bermanfaat.." boleh rujuk kepada yang pakar. Jadi apa yang ana faham, menjadi guru/pendidik adalah satu peluang untuk meninggalkan ilmu yang bermanfaaat sebagai bekalan kita sehingga hari akhirat. Sebagai guru, ikhlaskan diri dan pihak yang memantau guru harus sedar peranan guru adalah untuk memanusiakan manusia dan bukan mencipta manusia bukan juga menjadikan guru sebagai robot. Guru juga adalah insan biasa. Pengorbanan guru yang melayan karenah pelajar sangat perlu dihargai dan diselami jiwa guru kerana tekanan jiwa boleh mempengaruhi keikhlasan guru. Kalau boleh, imbuhan kepada guru perlulah setimpal. Sama juga halnya apabila kita menjemput ceramah undangan. mentang-mentanglah penceramah itu ustaz, maka kiraannya lebih kurang halal lah tidak relevan. Kos untuk memenuhi undangan itu perlu dikira. Andai kita menghargai seseorang itu, perlulah dengan diri kita yang ikhlas. Dengan hati yang ikhlas, insyaAllah segalanya dipermudahkan.

Tahun 2015 pun masih di bulan Januari...Selamat Tahun Baru semua. Kali ni ana titipkan sekali foto2 sepanjang perjalanan Sekolah Makmal UPSI yang beroperasi di SK Bandar Behrang 2020.











~fikir-fikir sejenak~
Share:

Promosi Pro Team Resources

Assalamualaikum dan salam bahagia.

Semenjak dua menjak ni dengan kesibukan kerja di pejabat, sempat jugalah bila balik ke rumah tu buat kerja-kerja mengembang giat potensi Pro Team Resources. Maka banyaklah poster-poster yang sahabat-sahabat boleh edarkan ke masyarakat majmuk.




Boleh edarkan dan share kepada kawan-kawan yang lain ye..


~fikir-fikir sejenak~
Share:

Dulu kini dan akan datang...

Assalamualaikum....
Ahlan Wasahlan....
Selamat Hari Raya Aidilfitri....Maaf Zahir dan Batin.....

Berhabuk-habuk dah blog ni..kejap update kejap tak update. Klu update tu menunjukkan kekeringan idea tahap gaban...(gaban/satria baja hitam/masked rider/kamen rider)
Ape pun kini, kehidupan semakin mencabar. Kehilangan MH370 belum selesai terus digemparkan dengan MH17 yang ditembak di sempadan Rusia-Ukraine. Kenapalah dorang tu main tembak-tembak. Mungkin dorang tengah main jutaria kot..klu dulu masa main jutaria klu dapat kad cabutan menembak jatuh jet komunis boleh dapat $3000. Banyak tu...boleh buat rumah 4buah dekat geran no.1...hehe.. Tu dulu. Tapi ni realiti, turut sedih dengan keadaan Malaysia yang saban hari dilanda pelbagai konflik dan korupsi.

Mungkin ada yang kata ini balasan terhadap maksiat yang dilakukan oleh rakyat dan pemerintah secara berleluasa. Namun mengimbau kembali kisah penaklukan Konstantinople, umat Islam pada masa tu sangat yakin dengan ajaran Islam. Sultan Muhammad al-Fateh sendiri sentiasa berusaha memastikan penaklukan kota tersebut berlaku pada zamannya. Sehinggakan beliau sentiasa merenungi diri terhadap hadis Rasulullah s.a.w tentang Konstantinople akan ditakluk oleh raja yang baik dan mempunyai rakyat yang baik. Sultan Muhammad sanggup menyiasat keadaan rakyatnya sendiri. Membantu rakyat yang memerlukan dan sentiasa taat dengan ajaran Islam.

Namun di Malaysia???..apa sudah jadi??? Rakyat di bawah kata pemerintah tak adil, sebab tu keadaan kacau bilau. Klu direnungi sendiri, Pemerintah tak baik, rakyat pun tak baik. Menuding jari  kepada orang lain, tapi diri sendiri tak sedar jari selebihnya menuding ke arah kita sendiri.



Fikir-fikirkanlah sendiri.... Kemelut di GAZA pun semakin hari semakin dahsyat. Semakin kita ni cakna dengan isu luar dan dalam negara. Dengan isu Menteri Besar Selangornya... Macam-macam hal....Semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah S.W.T sentiasa. 

Dan ana sendiri, dari dulu, kini dan akan datang mungkin terus di UPSI berkhidmat sebagai warga pendidik. Posting KPM???...Hanya pasrah dengan ketentuan-Nya. Semoga sahabat-sahabat calon simpanan yang lain tabah dan semoga usaha mereka dipermudahkan. Ana hanya mampu berdoa. Tak dapat bersama kalian untuk turun ke perhimpunan aman di KPM semalam (11/8/2014). Semoga ada bibit-bibit gembira untuk kalian tak lama lagi...  


~fikir-fikir sejenak~
Share:

Guru dan Cabarannya...

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamuualaikum dan salam muhibbah.

Seperti biasalah, kalau dah berhabuk blog ni tanpa dikemaskini empunya nya akan muncullah alasan demi alasan..sama la juga hal nya pada ana. Bukannya sibuk sampai sepasang tangan ni xmenang tangan, tapi disebabkan sibuknya otak dan buah fikiran bekerja. Sampai kepala boleh stress..

Bulan Mei dah sampai ke penghujung dan ini bermakna tempoh ana di UPSI pun dah sampai ke penghujung juga lah...Bulan Mei merupakan bulan yang ke-8 ana menjadi pekerja sambilan di KUO dan bulan ke-9 selepas konvo dan bulan ke-11 ana disahkan tamat pengajian di UPSI dan bulan ke-12 ana tamat pengajian di UPSI.

Interview SPP tempoh hari masih belum nampak kelibat keputusannya. Ntah berjaya ntah tidak...harapannya berjaya la dan boleh dipostingkan cepat ke sekolah. Selagi tidak dipostingkan, selagi tu ijazah yang digenggam belum dapat membalas jasa-jasa emak dan ayah, adik-beradik, keluarga, guru-guru, rakan-rakan dan semua yang membantu sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Sebesar-besar pangkat sebagai Dr. Pensyarah sehinggalah sekecil-kecil jawatan makcik-pakcik cleaner, jasa mereka sangat dihargai. Jadilah kita sebagai insan yang sempurna. Kalau tidak kerana makcik-pakcik cleaner tulah, kita tidak akan mampu selesa tinggal di kediaman UPSI. 

Tetapi semakin hari sebaliknya yang berlaku, sepanjang penglibatan dan pemerhatian ana dalam berkhidmat untuk UPSI, pelajar-pelajar sekarang seperti hilang hormat kepada mereka yang lebih tua, yang menjaga kebajikan mereka dan lebih teruk lagi ada yang sanggup mencalarkan kereta kakitangan, pancitkan tayar kereta apatah lagi menyumpah-nyumpah di laman sosial FACEBOOK. Ada yang kata kami makan gaji buta, baik berhenti keje, pantang tengok orang senang, asyik menyusahkan pelajar je...tu antara komen-komen pelajar-pelajar yang sempat kami sedar. Tak tau lah kalau yang kami xsedar. Ada yang memuji ada yang mengeji...yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.

Bak kata pepatah, kita ini umpama roda yang berputar, ada ketika kita di atas dan ada ketika kita di bawah. Dan ada lagi, hidup ini ada hukum karmanya, kita buat baik akan dibalas baik, buat hajat akan dibalas jahat. Jika kita lihat dari sudut suasana sekolah ketika ini, terdapat banyak kes telah berlaku, ibu bapa menyaman guru, pihak sekolah, pelajar memukul guru, dan mungkin ada kes yang tidak dihebohkan media massa yang lebih dahsyat. Hal ini bertitik tolaknya ekoran sesetengah pihak yang membatasi kuasa guru dan mempertikai kuasa guru serta mendakwa guru tidak pandai mendidik. Perlu kita sedar, peranan guru pada zaman dahulu mungkin betul adalah MENDIDIK dan MENGAJAR. Ini kerana guru boleh mendenda dan memberi pengajaran atas kesalahan dan kesilapan murid-murid. Sedangkan 1436 tahun dahulu, ajaran mendidik dan mengajar dengan mendenda sudahpun dijadikan contoh kepada Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. Boleh memukul anak-anak yang sudah berumur 7tahun yang tidak solat. Inikan pula zaman yang persekitaran yang bercampur aduk halal dan haram,syuhbah, makruh...maka denda adalah wajar dilaksanakan oleh guru yang mendidik dan mengajar. Namun begitu, guru pada zaman ini bukan lagi MENDIDIK tetapi hanya tinggal MENGAJAR sahaja. Kuasa guru yang dihad dan dibataskan menyebabkan guru tidak dapat mendidik pelajar dengan sempurna dan hanya mampu menyampaikan ilmu tetapi tidak dapat dihayati. Kesalahan pelajar tidak dapat dibetulkan kerana guru tiada empunya kuasa untuk mendenda. 

Fenomena ini disebabkan campur tangan oleh pemilik kuasa yang bukan daripada ahlinya. Ibaratnya tuan rumah meminta jurutera untuk membuat rumah seperti kehendaknya tetapi tidak membuat penyelidikan dan tidak ambil tahu material dan keadaannya sesuai dengan kehendakknya. Kalau sukar difahami, ana mudahkan lagi dengan mengibaratkan seorang tuan kedai makan yang menyuruh tukang masaknya memasak resepi gulai yang baru tetapi dia tidak mencicipi gulai itu dan terus dihidang kepada pelanggan. Gulai itu kita tidak tahu apa rasanya dan hasilnya sama ada pelanggannya marah, tukang masakknya dicerca dan ataupun sebaliknya. Pokoknya seperti tikus yang membaiki labu, labu tidak dapat dibaiki tetapi tikusnya yang kenyang. Ataupun bila sudah terjadi sudah terhantuk baru nak tengadah sehingga akhirnya melepaskan batok ditangga. Orang yang merancang terselamat, orang yang melaksan yang dicemuh dan menerima akibatnya.

Cabaran guru masa kini sangat hebat. Untuk mengajar mudah, untuk mendidik amat payah. Guru yang baik akan melahirkan murid yang baik. 

Di kesempatan ini juga ana ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh insan yang telah menjadikan ana sperti ana ketika ini. Emak ayah, kaum keluarga, sahabat-sahabat, guru-guru , pensyarah-pensyarah dan semua guru sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.



~fikir-fikir sejenak~
Share:

Popular Posts

Followers