Majulah diri untuk Agama, Bangsa, dan Negara...

  • Nufnang

    Masih ada lagi ke?

  • FRIENDSTER

    Lipatan sejarah sosial media

  • Muhasabah Diri

    Apabila sentiasa mencari alasan dan memperalasan

  • This is default featured slide 4 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

  • This is default featured slide 5 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Selamat Tahun Baru 1435H dan tahun Baru 2014M (Status Facebook) ....

Assalamualaikum dan salam muhibbah...
Mungkin sudah agak terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada sahabat-sahabat...tapi ape pun ana tetap juga nak ucapkan selamat tahun baru dan mulakanlah tahun baru ini dengan penuh keazaman dan tekad yang nekad serta iltizam untuk mencapai segala kejayaan.

Semangat tu semangat juga, bab posting tak tahu lagi ceritanya...sampai kami semua tukar profile picture FB masing2... 



Beginilah kami, belajar 4tahun dengan janji akan menjadi guru sampai sekarang ada yang dah menunggu setahun, dan ana sendiri pun dah menunggu 6bulan tanpa ada berita bila temuduga dan penempatan guru. Ada usaha mencari kerja lain sebelum masanya bergelar guru, tapi dengan kekangan kebolehan dan kemampuan diri kerja mana yang boleh menerima orang seperti ana. Andai nak jadi polis pun rasanya tak lepas kot. ISMP adalah guru, mustahil hospital nak ambil kami sebagai doktor mereka, mustahil juga untuk mendapat kerja di pentadbiran di institusi swasta jika tiada kelayakan lain dan kebolehan lain. Kalau setakat kelayakan ISMP dan berkebolehan mengajar macam mana nak jadi pentadbir kan. Sabar tu sabar juga. Ana masuk belajar ISMP pada tahun 2009 dengan unjuran ketika itu untuk kekosongan guru pada 4tahun selepasnya. Tapi semasa belajar pelaksanaan persaraan kakitangan kerajaan pula dilanjutkan sehingga umur 60tahun. Itu bermakna kami kena menunggu lagi 2tahun selepas tamat belajar untuk ditempatkan di sekolah.
Tak lama lepastu, selang setahun, pengambilan GSTT secara beramai2 untuk disambungkan pelajaran mereka pula dilaksanakan. Tempoh pengajian mereka selama 2tahun. Akhirnya kami berkonvo bersama-sama. Tapi yang musykilnya sebaik sahaja konvo, SPP dan KPM membuat temuduga guru untuk mereka dan ISMP hanya ternganga. Bila ditanya bila ISMP akan ditemuduga dan ditempatkan ke sekolah jawapan nye tiada kekosongan. Wajarkah??? Siapakah yang hanya merasionalkan insyaAllah ada rezeki lain. Tapi bagi hal ini ana berpandangan, ini adalah teraniaya. Jika kita telah ditemuduga dan tidak berjaya barulah boleh merasionalkan diri dengan kata insyaAllah ada kerja lain lebih baik. Tapi ini kami menuntut janji yang 4tahun sudah berlalu. Mungkin inilah namanya yang menguruskannya bukan dari keahliannya.. Wallahu A'lam....

Disebabkan itulah dan sebab2 lain status Facebook ana sentiasa aktif...


8 Jan 2014
Wednesday is today...english day..

After translated:
"Mulakan hidup anda dengan senyuman, senyum itu sedekah...dimulakan dengan bismillah, diakhiri dengan alhamdulillah..." — feeling excited at Speaking English with translated Malay...


7 Jan 2014
Kadang-kadang keprihatinan kita dengan dunia luar membuatkan kita lupa dengan hal yang lebih memerlukan keprihatinan kita...

- Beratus ribu ringgit berhabis untuk menolong orang yang jauh dan tidak dikenali sehingga melupakan orang yang lebih hampir dan lebih memerlukan bantuan kita...
- Kerana terlalu menjaga pengetahuan kita dengan hal-hal sekeliling kita dan mengambil berat akannya sehingga kita melupakan ada hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan kita yang melibatkan insan lain dsbnya yang lebih patut kita cakna dan ambil berat...
- Kerana terlalu menjaga kesibukan kita mengingatkan orang lain di kumpulan-kumpulan tentang kebaikan itu dan ini, kelebihan itu dan ini sehingga kita melupakan ada insan yang hampir dengan kita lebih memerlukan peringatan dan nasihat dan teguran daripada kita...
- Kerana terlalu menjaga kesentiasaan kita menjaga macho nya kita di mata orang ramai sehingga melupakan teruknya kita di mata insan yang hampir dengan kita dan yang tahu perihal kita...
- Kerana terlalu menjaga kerajinan kita di depan orang ramai, menolong orang ramai, ketelitian kita terhadap kerja kita di depan orang ramai sehingga melupakan kerja-kerja yang remeh temeh di rumah, dengan kawan-kawan, dengan insan yang hampir sehingga menyusahkan dan merumitkan kerja mereka...
- Kerana terlalu menjaga pangkat dan nama kita sentiasa disebut-sebut orang ramai sehingga melupakan siapalah kita kalau tiada insan lain disekeliling kita yang banyak membantu dan berjasa dengan kita...

Berkat hujan rahmat, semoga Allah S.W.T memberikan kebaikan dan sentiasa melimpahkan rahmat ke atas kita semua dan mengampuni dosa-dosa kita yang lalu, kini dan akan datang. Semoga kita semua dilimpahkan rezeki yang luas dan menambahkan tingkat iman dalam kehidupan kita. — feeling free.


7 Jan 2014
Tuesday is "tue dia" ...tue dia makannya...nie dia makannya....
Semoga dipermudahkan perjalanan dan urusan anda...
Ingatlah orang tersayang....

"kami selalu berebut, nak balik cepat, kalaulah saya bersabar..." — feelingblessed at Depan pejabat kuo ada kereta putih....


6 Jan 2014
Monday is mandai.... mandai-mandai....memandai jer.... — feeling annoyed.


3 Jan 2014
"Bila kita susah, kita kena tahu juga ada orang lagi susah daripada kita...rasa bersyukur juga kerana kita ni lebih senang dan tidak merasa beban seperti orang yang lebih susah....."

"Bila kita senang, kita kena tahu juga ada orang lagi senang daripada kita...rasa dengki kerana ada orang lebih senang dan mewah daripada kita...."

Tapi, bila la orang senang tu nak tengok orang bawah yang lebih susah daripada dirinya sedangkan dia sentiasa melihat ke atas yang penuh dengan kesenangan dan kemewahan....sentiasa melihat ke atas dan ke atas....entah bila nak pikir kesusahan orang di bawahnya...
Sekian~





Inilah status semenjak tahun 2014 masihi ini...



~fikir-fikir sejenak~
Share:

6 Bulan di UPSI

Assalamualaikum....
Nampaknye beginilah blog ni...tuan dia jenguk x jenguk jer. Apa boleh bikin, kebizian melanda..huu~ 27hb Disember ni rasenye genaplah 6 bulan ana abes belajar kt UPSI. 26hb Jun dulu minggu terakhir final exam utk final year dan final semester. Beginilah gamaknye kot hidup xtentu arah..kawan2 lain ada yang sibuk dok sambung master, kerja kt kampung, kerja kt Key El...mcm2 lg lah.. Ana?...masih di UPSI, masih berkhidmat di bawah payung JHEPA UPSI. Cuma bezanya dulu di KHAR skarang di KUO..dulu sebagai skim, kini sebagai Pekerja Sambilan Harian. Tak banyak perbezaan hidup semasa study dulu dengan sekarang..mungkin disebbkan di bawah naungan UPSI lg kot. Tak ada beza iklim dan persekitarannya.

Tapi yakin sajelah, ini rezeki buat masa sekarang, moga Allah S.W.T berikan yang terbaik utk ana dan sahabat2 sekalian.

Sepanjang 6 Bulan ni ana dah terlibat dengan 2x pengambilan pelajar diploma, dan sekali pengambilan pelajar ijazah yg mereka ini akan bercuti semester tak lama lagi. Ana dr sejak exam bln Jun dulu sampai kini xde dh cuti sem nye. Sejak belajar 4 tahun di UPSI rasenye cuti paling lama di kampung cuma 2minggu je. Sepanjang cuti semester setia dok kt hostel mencari pengalaman dan sesuap nasi... Tunggu posting yang entah bila, ana skrg pun setia di hostel..berkhidmat...moge2 xjd warden la nanti..ponat kito..heehee..3bulan pertama sehingga konvokesyen tempoh hari mungkin hari2 yg boleh dikatakan honeymoon la..baru abes belaja kan. Walaupun still dok kt hostel jd skim. 3bulan yang berikutnya dilalui agak sukar, kena menggantikan kerja2 penyelia asrama di KUO. Enggak boleh relax sih..walaupun hr2 pn bleh je dok ngadap FB kt opis, cuma bile saat2 kerja menimbun mcm skrg ni agak tertekan...otak pun dh tepu. 6 bulan masih dok kt UPSI tanpa cuti panjang mungkin agak bosan juga. belaja 4tahun tambah keje 6bulan..nak dekat 5tahun jugak la kt UPSI ni..walaupun hakikatnya tahun ni masuk tahun ke5 dh pun.

Dulu daftar masuk UPSI Jun 2009...lepastu habis mengai Jun 2013. Jun 2014 nati boleh genap 5tahun hayat ana kt UPSI. Tapi mungkin ada lagi ke ana kat sini. Harap2nya masa tu dah posting dah. Bila dah posting semakin banyak perancangannya. Ape pun mungkin tahun 2014 yang bakal menjelang ni pun ana masih di sini menabur bakti dan mencari sesuap nasi. Moga Allah berikan yang terbaik utk ita semua. Amin.

Gambar semasa Kenduri Awin (adik jmk kitorg)



~fikir-fikir sejenak~
Share:

Terima Kasih Tidak Terhingga.....

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Salam hujung semua... 

Alhamdulillah bersua kembali di laman yang jenuh sungguh nak istiqamah untuk hari2 dok nak mengadap melayan..huu~
Alhamdulillah juga dalam sedar xsedar....pejam celik pejam celik dah berakhir dah tempoh 4tahun pengajian di UPSI....Alhamdulillah dapat juga menggenggam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam) dengan Kepujian. Masih dalam ingatan lagi semasa minggu2 terakhir sebelum final exam sem akhir lepas....terfikir utk tambah satu lagi semester sebab dah xmampu rasenye nak siapkan tesis@projek tahun akhir. Mase tu dah nekad dh utk tambah satu lagi semester, tp alhamdulillah, berkat sokongan keluarga sebagai motivasi dan pendorong untuk terus maju dan tamatkan pengajian dlm masa yang ditetapkn....xlupa juga jasa dan pengorbanan serta sokongan sahabat2 yang sanggup meluangkan masa untuk menolong menyiapkan tesis tempoh hari...yang sanggup buatkan bibliografi: Adam Amirul, yang sanggup temankan print sampai siap dan temankan g hantar tesis di saat akhir penghantaran : Pak Din, yang sentiasa same2 g jumpe penyelia tesis (Ayahanda Dr. Misnan Jemali) : Saiful Ihsan...diam2 dpt invite dlm fb...selamat dh diijab qabul kn..semoga berbahgia bersama zaujah enta untill jannah. Xlupa juga kpd housemate 2-1-9 (khar BLMT : Adam Amirul, Farncis) dan 2-3-11 (khar taman bahtera : Khairul Adam@ex-rumate, Francis, Adam Amirul, Randy, Zulfikar@ex-rumate, Azron, Zuremi...sume nye adalah teman2 sepejabat semasa skim)serta housemate 2-1-5 (rumah masa jmk dan jiran rumah 2-1-9)yang banyak mempengaruhi kegiatan dan kehidupan ana sepanjang di upsi

Terima kasih semua yang telah hadir dalam kehidupan ana sehingga sekarang ana berkhidmat di Pejabat Kolej Ungku Omar BLMT UPSI.

Terima kasih kepada keluarga di UPSI...Family JMK 2010-2011, family Pejabat KHAR...dan seluruh sahabat2 ISMP Pendidikan Islam Batch 5...akhirnya dah habis mengaji kita baru dapat junior...

Terlalu banyak individu yang nak di mentionkan sebagai penghargaan..kepada yang tak disebutkan ana mohon maaf...tapi jasa kalian sama ada yang masih dlm ingatan or tak..ana doakan kalian yang pernah hadir dlm hidup ana sentiasa mendapat naungan Allah S.W.T dan diberkati dalam hidup..semoga apa yang kalian membuat kebajikan terhadap ana, kalian dibalas dengan kebajikan yang berlipat kali ganda sebagai ganjarannya dari Allah S.W.T.


Terima kasih kepada sahabat yang sentiasa tekun mendengar masalah ana dari a-z walaupun kdg2 a-s je...akan ana kenang kalian ...



Bersama Mak Ayah,Kak Ipar dan Ponaan


Bersama Mak Ayah, Abg dan Ponaan


Bersama Hadif dan Qistina


Bersama Mak Ayah


Muhamad Hadif Zikry









~fikir-fikir sejenak~
Share:

Bulan April yang kukenang....

Alhamdulillah kupanjatkan syukur ke hadrat Ilahi...setinggi-tinggi kesyukuran dan setinggi-tinggi pengharapanku semoga diriku tidak menyimpang dr jalan-Nya. Harapan juga semoga sentiasa berada di dalam rahmat-Nya. Bulan April tahun ini ana baru saja menempuh hampir separuh bulan dari  April ini. Namun apa yang dilalui di awal April ini agak terkesan dan bermakna. Kali ini pada tarikh ulang tahun kelahiran ana, program pertama Pro-Team Training Consultant di bawah naungan Pro Team Resources telah sempurna dijalankan. Alhamdulillah..syukur akhirnya dapat juga selesaikan projek pertama ini yg akan menjadi bench mark syarikat. Tidak ada hadiah untuk ana tetapi ana pula yang membalut hadiah untuk peserta2 program tempoh hari... Seperti tahun2 lalu juga...ana bukan yg menyambut ulang tahun kelahiran seperti kebanyakan orang lain. Tapi sangat bermakna untuk ana kerana impian syarikat tercapai. 6-7 April di Batu Pahat..macam2 pengalaman yang ana peroleh. Ini mungkin pengalaman yang paling menarik dan baik untuk ana pada usia semakin meningkat ini.

semasa memperkenalkan diri di program KUPIMPIN 2013 SMK Tun Sardon

aktiviti yang dijalankan

inilah kami...keluarga Pro-Team TC

semasa tamat program

bersama guru dan peserta-peserta

makan pulut kuning di rumah http://norfatinjalil.blogspot.com/

dalam perjalanan pulang sempat meracuni perut dengan mee racun

bersama-sama diracuni mee racun


Selesai jer program ni, berkemas2 pula ke Jakarta-Bandung....



semasa nak berlepas ke Jakarta

berlatar belakangkan kawah gunung berapi



sebelum diekori penjual cenderamata..(akhirnya kerana kesian terbang Rp150,000)





berangkat pulang ke Malaysia




Semoga perjalanan ini dirahmati Allah S.W.T..semoga urusan ana pada semester ini dipermudahkan dan diberi kesenangan serta mendapat kejayaan...doakan untuk ana ya..Syukran jazilan wa khoiron kathiron...





~fikir-fikir sejenak~
Share:

Ramadhan Ya Kareem 1

Assalamualaikum dan salam Ramadhan al-Mubarak Kareem....



Bersempena dengan bulan yang mulia ni..ana nak la jg kongsikan pengisian yang mungkin sebagai ingatan kepada diri sendiri dan shbt2 yg lain..kita ni diciptakan dengan sempurna..namun tidaklah sempurna mana yg kite selalu idam2kan..sbb apa yer?..sbb kita hidup saling memerlukan kepada yang lain..mana boleh hidup sorang2 kn.. Jadi xmustahil perkara yg mudah dan ringkas pn kita boleh lupe..jd kita perlukn org lain utk ingtkn kita....jd sempena bulan mulia nih..ana akan cuba kongsikan tips2 dan info tentang bulan ni..insyaAllah..doakn istiqamah utk diri ana yer... Syukran..


Apa itu berpuasa?
Puasa itu puasalah… Ramai dalam kalangan kita akan menjawab sedemikian sekiranya diajukan soalan yang sama. Tetapi bukan itu jawapannya. Sebenarnya “puasa = as-Shiyam” diberi pengertian menahan. Dalam istilah syar’i pula ialah menahan diri dari makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dar terbit fajar sehinggalah terbenam matahari dengan niat beribadah kepada Allah.
 
Kenapa kita perlu berpuasa di bulan Ramadhan?
Puasa itu rukun Islam keempat, jadi kita kena puasalah… Ya, betul. Ibadah puasa di bulan Ramadhan merupakan rukun Islam yang keempat dan wajib kepada kita yang cukup syarat-syaratnya untuk menunaikannya. Sebenarnya puasa bukanlah khusus kepada umat Islam sahaja. Umat-umat terdahulu juga ada berpuasa, penganut agama lain juga ada juga berpuasa. TETAPI harus diingat, pelaksanaan puasa tidak sama. Sebagai umat Islam kita wajib berpuasa di bulan Ramadhan. Nak tahu kenapa?
Pada 1431 tahun yang lalu(Tahun ke-2 hijrah) Allah S.W.T telah memerintahkan ibadah puasa ini. “Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu puasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum kamu supaya kamu bertaqwa.”
(al-Baqarah :183)



~fikir-fikir sejenak~
Share:

Sayyidul Ayyam - BAHAYA LALAI KETIKA TAKBIRATUL IHRAM





Assalamualaikum dan selamat kembali ke blog yang tidak seberapa ini...

Bersempena dengan hari Jumaat yang mulia ini..hari penghulu sekalian hari..ana ingin berkongsi beberapa input bersama sahabat-sahabat...




BAHAYA LALAI KETIKA TAKBIRATUL IHRAM

     Apabila seseorang berdiri untuk menunaikan solat lantas ia pun memulakan Takbiratul Ihram dengan lafaz ‘Allah Maha Besar ‘, ketika lidah menyebut lafaz tersebut janganlah hati menyimpang ke lain.

            Sekiranya di dalam hati seseorang yang melakukan ada sesuatu benda lain yang lebih diberi tumpuan, ataupun hawa nafsu lebih mempengaruhi hati, dari mengingat pengertian Allahu Akbar. Kebetulan pula memang hati lebih gemar akan benda itu yakni lebih dari Allah S.W.T. , bererti ia dengan cara sulit telah mengambil hawa nafsu lebih daripada ia tunduk kepada Allah SWT. Oleh itu lafaz yang diucapkan oleh lidah itu hanya percakapan lidah atau hanya cakap kosong semata-mata.

            Bahawa apabila lidah seseorang itu mengucapkan ’Allahu Akbar’ maka wajib bagi hati turut bersama. Hendaklah sedar ketika lidah mengucap Allah Maha Besar bererti selain-Nya adalah kerdil belaka. Allah SWT itu Maha Besar dari segi hukum dan perundangan-Nya, Maha Besar kekuasaan-Nya dan Maha Besar segala sifat-Nya.

            Oleh yang demikian segala yang lain itu kecil belaka termasuklah apa-apa jua yang menjadi tindak-tanduk dan kemahuan manusia itu terlalu kecil di sisi Allah SWT. Ini bererti jika bertemu perkara yang kecil dengan yang besar, wajib memberi keutamaan kepada urusan yang besar dan segala yang kerdil itu sewajarnya diketepikan jika ia benar-benar telah membesarkan Allah SWT.

            Sekiranya seseorang itu ketika lidahnya mengatakan Allah Maha Besar, pada ketika yang sama hatinya pula membesarkan benda-benda lain, maka dengan sendirinya ia telah meletakkan benda-benda itu setaraf dengan Allah SWT. Seolah-olah ia telah mengagungkan benda-benda lain itu sama besar dengan Allah SWT.

            Tujuan mendirikan solat tidak lain ialah untuk mengingati Allah SWT. Sebab itulah solat itu didahului denagn takbiratul ihram iaitu dengan sebutan ‘AllahuAkbar’. Adakah boleh ditakrifkan sebagai mengingati Allah SWT jika lidah sahaja yang menyebut, sedangkan hati pada ketika itu mengingati perkara-perkara lain.

            Bagaimanakah solat itu hendak dikatakan sebagai suatu ibadah kepada Allah SWT, padahal sejak awal mendirikan solat telah dimulai dengan dosa mensyirikkan Allah SWT di dalam hati. Waspadalah terhadap bahaya tersebut terutama bagi oarang yang hidupnya mengutamakan urusan dunia semata-mata. Tidak mustahil perkara dunia itu akan terbawa-bawa kedalam solatnya. Akhirnya solat bukan lagi untuk mengingati Allah SWT, tetapi memasukkan harta dunia, pangkat kedudukan dan urusan keluarga di dalam solat. Lain yang disebut lain pula yang diingat.

            Oleh yang demikian hendaklah seseorang itu berfikir dan menginsafi sedalam-dalamnya bahawa perkara tersebut ialah suatu perbuatan yang amat bahaya dan sekali-kali tidak boleh dibiarkan terus menerus kalau ia tidak beristighfar dan bertaubat kepada Allah SWT. Taubat yang tidak bersungguh-sungguh yang menyebabkan terulangnya perbuatan merbahaya itu juga adalah suatu dosa lagi. 




~fikir-fikir sejenak~

Dipetik daripada Sorohatuttullab LKPKISAS
Share:

Mood Konserto Terakhir....

Assalamualaikum...
 Lama sudah tidak menukilkan apa2 di sini...kesibukkan dan bebanan kerja semakin hebat..21jam kredit pada semester tidaklah terbeban untuk hadir ke kuliah..tetapi terbeban dengan tugas2 yang banyak..untuk memenuhi 60% markah kursus yang perlu dikejar semasa dalam tugasan sgt menjerihkan..

Dalam masa yg sama sempat juga ana habiskan membaca novel Konserto Terakhir....novel tingkatan 5 bg wilayah KL, Selangor dan N9 kalau xsilap..
semgt membaca semngt pula untuk menulis..huhu..doakan juga ana dpt menyiapkan penulisan novel yg mgkin akan menyambung jalan cerita novel ini..mgkin jg xdpt jd nvel..ckuplah cerpen yg panjg..



sekadar mohon doa daripada sahabat2...
~fikir-fikir sejenak~
Share:

Popular Posts

Followers