Majulah diri untuk Agama, Bangsa, dan Negara...

  • Nufnang

    Masih ada lagi ke?

  • FRIENDSTER

    Lipatan sejarah sosial media

  • Muhasabah Diri

    Apabila sentiasa mencari alasan dan memperalasan

  • This is default featured slide 4 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

  • This is default featured slide 5 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Muhasabah Diri..






Salam sahabat2...pe khabar iman kalian?..menaik ke menurun yer?..huhu.. Kali ana nak bwk la satu peringatan untuk diri ana dan sahabat2 sekalian. klu kite lihat zaman penuh godaan dan cabaran ni kan..amat sush kite nak maintain (betul ke ejaannye) kan...drpd segala serba serbi..istiqamah merupakan perkara yang paling besar dalam hidup kite dan amat sukar sekali kite istiqamah dalam perkara kebaikan...apatah lagi nak meningkatkan amalan kan...

Mungkin hari ni kite boleh solat rawatib di setiap solat fardhu...tp esoknye tak tentu lagi kan..dengan cabaran semasa dan faktor persekitaran yang sememangnya berusaha meletakkan diri kite sibuk memanjang, kite semakin lupe kpd Yang Satu.. Andai kite sedang mengejar mase, mne mungkin kite boleh khusyu' dan menumpukan penuh perhatian dalam solat kan...tp lagi menyedihkan, solat pun kite tinggal..ini yang fardhu... yang sunat?..Wallahua'alam..

Sejenak ana terfikir, bagaimana cara untuk kite istiqamah..jwpn yang terlintas dlm benak fikiran ana ialah....KEMBALI KE PANGKAL JALAN.... kite serba tahu nak buat itu dan ini..namun untuk melaksanakannya...kite berkira-kira kan..amat sukar..nak meluruskan hati ke jalan yang lurus dan menenguhkan iman dan ketaqwaan memerlukan hati yang ikhlas dan bersih...amat sukar kite luangkan masa utk bermuhasabah diri. Sedangkan kite amat memerlukannya...salah silap kita pada diri sendiri, pd org lain, bahkan dosa kite kpd maha Pencipta... 

فإنّ مع العسر يسرا(٥) إنّ مع العسر يسرا (٦) ..سورة الإنشره  

5. oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
6. (sekali lagi ditegaskan): Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

Allah S.W.T telah menegaskan dalam ayat dalam surah al-Insyirah..setiap kesusahan akan bersama kesenangan...bak kate pepatah Melayu, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian..ape pun kite perlu berdasarkan dan kembalo kepada al-Quran dan as-Sunnah..

Salam muhasabah daripada ana...ana pun nak bermuhasabah diri...byk kekurangan dlm diri ini yang perlu dibaiki..sekian...
Share:

Sejarah Mungkin Berulang?...part 2.





Salam sahabat2...akhirnya bersua juga dlm part 2....detik2 peperiksaan semakin hampir...mgkin ad yang sedar dan ada yang xsedar diri lg exam nk dekat...bagaimana persiapan sahabat2??....hrp2nya dipermudahkan urusan oleh Allah dan bersama menuju redha Ilahi yer..

Sejarah mungkin berulang..bagi ana, memang akan berulang..hanya keadaan dan peristiwa sahaja yang berbeza..namun tujuan dan motif dan kesannya adlah sama..kita lihat sendiri sirah para Anbiya'...kaum Nabi Nuh a.s ditenggelamkan banjir besar kerana Allah murka dengan kaum yang melanggar perintahNya dan utusanNya....kemudian kita lihat pula kaum Nabi Luth a.s....diterbalikkan langit dan bumi dan ranaplah segala yang ada dan membentuk Laut Mati sebagai peringatan kepada kita drpd Allah Azza Wajalla... Kita renungkan kembali peristiwa lalu sebagai pengajaran dan iktibar... Sesungguhnya Allah mendatangkan sesuatu itu dgn sebb tertentu dan sbg peringtn kpd kita..
Mudah-mudahan kita menjadi hamba yang bertaqwa dan beringat...

Selamat Menempuh Peperiksaan..bittaufiq wannajah...
Share:

DOA DI ANTARA DUA SUJUD.


Salam sahabat-sahabat..di kala bulan mengambang..eh..xpasti mengambang ke tak..dalam bilik ni tak dapat tgk bulan pun... hari ni ana nak berkongsi dgn sahabat2 tentang doa antara dua sujud..ana dapat maklumat ni drpd sahabat sekolah ana..semoga bermanfaat utk kita semua..InsyaAllah..
BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN semasa kita duduk antara dua sujud...Dalam tidak sedar setiap hari kita memohon didalam solat kita tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami... sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..

Marilah kita mula menghayati doa ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat..Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah...

Rabbighfirli
(Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak, buka dada dan diri kita untuk menerima keampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah, ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku).. Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima, ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup berturut-turut sampaikanlah permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita
Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan begitu sahaja. Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu...
Share:

Sejarah Mungkin Berulang?


السلام عليكم ورحمة الله وبركته
Kaif hal sahabat-sahabat?..harapnye dalam keadaan sihat walafiat dan dipermudahkan urusan oleh Allah..
Minggu-minggu akhir kuliah sememangnya agak tertekan...asignment nak dihantar...tapi bahan tak ckuplah, sibuklah...yer..memang diakui sangat sibuk di akhir2 mgu kuliah ni. Ana sendiri pun agak tertekan dengan kemalasan ana sendiri..hehe. tapi nak wat cmne kan..kene harungi juga...memang dah berazam nak buat asignment ni awl2..tp apakan daya..sejarah berulang kembali.. Leka dengan khayalan dan kesibukan yang dibuat-buat..

Fikir-fikir sejenak....rasenye bkn ana seorang je rase tertekan mingu-mingu terakhir nih..1st exam ana 20hb April 2011...xlame lg kan...tapi ada lagi student yang examnye lagi awl..sahabat-sahabat sendiri pun rasenye lebih awl dr ana kan.

Sebenarnya sekarang berada di rumah sahabat di KAB..tengah combine asgnment nak hantar petang nih..agak kelam kabut rasenyer..ehh..memang kelam kabut...huhu.. Tajuk hari ni "Sejarah Mungkin Berulang?"...

Akan bersambung....

Fikir-fikir sejenak renung-renungkan dan selamat beramal.......
Share:

Perkhemahanku sepanjang MAC 2011


Salam sahabat2 yang diredhai Allah sekalian... Ana baru upload picture ni.. Lambat sikit dari kebiasaan...takde kabel hp..terpaksa off kan hp utk cabut memory kad..sebelum hp sibuk bekerja...ni pun sbb tgh cas..hehe.
Kenangan perkhemahan ni memg tak dapat dilupakan...merupakan perkhemahan terakhirku bergelar pelajar kursus kelana siswa...akan datang mungkin join lg camping camni..cuma status mungkin akan bertukar...nak jg jadi fasi ke, instruktor ke, urusetia ke kan...kan....kan..nampak tak permainan dia???...


Ana tak ingat kaki sape dan tangan sape yang ada kat gambar nih..tp yang pasti ahli patrol ana la...tgh wat sup ayam..patrol2 lain semua masak guna kayu..kami guna helah..kami guna tetttt.....sbbnya sebelum sampao di kem kami singgah di Tesco Rawang...sempat jg beli bahan bakar segera..org kampung kate "lilin askar"...nama saintifiknyer tak ingat la pulak..


Perkhemahan Rekreasi


Untuk perkhemahan yang ni ana takde byk gambar..sbbnya tak  bawa hp semasa aktiviti..takot tak terjaga jer...huhu...gambar ni semasa malam kebudayaan..Tema Allahyarham P.Ramlee..mcm2 ada..ada kumpulan lakonkan filem Doremi, Ali Baba Bujang Lapok dan 40 orang penyamun, Laksamana Doremi dll. Kump ana sendiri lakonkan 3 Abdul...tp dah di modified jd lain...hehe. Tapi tema asal semestinya xlari....

Dalam perkhemahan ni, kami dikehendaki membuat rakit dari tong dan buluh...sgt merumitkan dan suasana sgt lah kecoh dan hingar bingar..mulut masing2 bising..dan yang paling best, kumpulan ana dan satu lagi kump yang berkongsi rakit memenangi perlumbaan rakit...hehe..

Sebelum balik ke KHAR, kami semua seramai 2 buah bas tp xpenuh la..singgah di hotspring Sg. Kelah..pemandangan yang kurg baik jg rasenye...iskh3....


Perkhemahan Kem Hijrah Mahasiswa Islam (HIJRI) 2011

ni gambar semasa ana g survey tempat..dewan utama

Kem ni berlangsung pada 25hb-27hb Mac 2011 bersamaan 20-22 Rabiul Akhir 1432h...
Ana terkilan sebb xdapat join sepenuhnya dr awal. Sbbnye tertinggal semua kuliah dasar dan beberapa slot yang sgt menarik.. Namun syukran jazilan ila peserta2 yang sgt memberi kerjasama dari awl kem sehinggalah ia berakhir.

Kem ni sebenarnya dilaksanakan last2 minit..namun terima kasih kepada ajk2 yang banyak meluangkan masa untuk menjayakan kem ni..semoga Allah melipat gandakan ganjaran pahala utk kalian semua.

Kem ni jg merupakan kem terakhir mungkin bg ana sepanjang sem ni..dan merupakan program terakhir Biro Latihan dan Pembangunan Sahsiah KHAR sepanjang di bwh tanggjawb ana dan sahabat sejawat ana. Kami sedaya upaya melakukan yang terbaik utk semua dan yang terbaik utk Agama yg dicintai...mana2 yg dirasakan kurang kami mohon maaf..

Sebelum kem ini berakhir ana sgt terharu dan merasakan yg ana akn merindukan kem ini...dan terbukti bhw ana sememangnya rindu kem ni...teringt semasa zmn sekolah..selalu sgt buat prgram qiamullail dan kem ibadah. Rasanya perasaan terharu ana tak dpt diluahkan dgn kata2 dan tulisan...hanya Allah yg tahu..apa2 pun Islam Itu Indah...


sepatutnya kem ini di Kalumpang Resort & Training Center...ni dewannya....
tapi last2 dibuat di Pasir Puteh Resort...


peserta2 dan fasi seronok naik pengangkutan resot...
yb kite pn ada..saudara Rusydan yang setia bersama kami..syukran jazilan... 








sahabat2 JMK yang bersama2 memreiahkan dan membantu sepanjang kem...ada lagi tapi ini jer yg bergambar...


perbincangan resolusi sebelum majlis penutupan oleh YM Raja Ahmad Shalaby bin Raja Hasan




Ana berharap kepada semua yang terlibat...semoga kem ini dapat memberi manfaat wlupun sedikit..dan hubungan persaudaraan tidak hanya sepanjang kem ini..syukran jazilan wa khoiron kathiron 'ala kulli hal....
السلام عليكم ورحمة الله وبركته.....أنا أخوكم في الإسلام

Share:

Doa Mendapat Jodoh Yang Kelakar

Tidak salah jika anda berdoa kepada Tuhan untuk bertemu jodoh atau ditemukan jodoh dengan kekasih hati anda (untuk yang belum kahwin la..). Daripada menyambut Valentine Day yang mengikut amalan Kristian baik kita berdoa kepada Allah semoga dijodohkan segera.

Kepada yang bercinta mestilah target untuk mendirikan rumahtanggakan. Syaitan meraung jika muslimin dan musimah bernikah kerana tertutup peluang mereka untuk menghasut manusia mendekati atau melakukan zina. So, bagi yang sedang hangat bercinta tu, jangan tunggu lama-lama, syaitan makin gemuk nanti.

Di bawah ialah doa minta jodoh yang agak lawak tapi nampak serius sangat.

Ya Tuhan, kalau dia memang jodohku,
dekatkanlah….


Tapi kalau bukan jodohku,
maka jodohkanlah…

Jika dia tidak sejodoh denganku,
maka jadikanlah kami jodoh…


Kalau dia bukan jodohku,
Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain selain aku…


Kalau dia tidak dapat dijodohkan denganku,
Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain, biarkan dia tidak berjodoh sama seperti diriku, 

Dan semasa dia telah tidak memiliki jodoh,
Jodohkanlah kami kembali…

Kalau dia jodoh orang lain,
Putuskanlah, Jodohkanlah denganku..

Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain,
Biar orang itu bertemu jodoh dengan yang lain dan kemudian
Jodohkanlah kembali dia denganku…

Ok di atas doa yang lawak, di bawah ini pula doa yang diamalkan oleh Nabi Zakaria A.S

Doa Minta Jodoh dan Keturunan yang Baik



Maksudnya :”Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidupku seorang diri, dan Engkaulah pewaris yang paling baik.” (AlQuran: Al-Anbiya’: 89).



Maksudnya: “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi-Mu seorang anak yang baik. Sungguh Engkau Maha Pendengar doa.” (Surah Al ‘Imran: 38).


Penjelasan:

Doa di atas baik sekali dibaca oleh orang-orang yang belum mempunyai keturunan dan pasangan hidup. Juga baik sekali dibaca oleh setiap muslim agar diberi keturunan yang soleh.

Kedua ayat diatas merupakan doanya Nabi Zakaria A.S. agar diberi keturunan sebagai penerus perjuangannya menegakkan agama Allah.

Kisah Nabi Zakaria boleh dilihat dalam Al-Our’an Surah Al-Anbiya’ ayat, 89-90; Al-Imran, 38-41.
Share:

Salam Muhibbah..

Dah lama rasanya ana tak post ape2 entry kat sini kan...agak sibuk dan tak terbahagi masa dengan baik rasanye...tp tak mengapa....insyaAllah ana dapat harungi dengan rela hati dan tabah..doakan ana yer..

Jelas tak logo pengakap kat atas tu....baru2 ni ana terlibat dengan perkhemahan 3B..utk ko-kelana siswa 2....last camping yang paling mencabar rasanya..tapi sgt seronok dan puas hati dan sgt penat...

Perjalanan ana bersama sahabat2 bermula jam 6 petang..agk lewat ya di situ...berempat jer naik motor sorang satu..dlm perjalann ke Hutan Rimba Komanwel sempat singgah di Tesco Rawang...agak mcm melepak juga lah..hujan punya pasal..kami lambatkan perjalanan kami..
Sesampainya kami jam menunjukkan lebih kurang 12tgh mlm...sampai2 jer terus kene siap2 untuk malam pengakap..xpela kan...ramai2..xde malu sgt suara sumbang nk nyanyi..hehe..

Malang skali keesokan hr nye..selpas buat lompat bintang 20 kali, ana rase nak pitam pulak..kesudahannya sesi sidang hr sabtu tu ana xdpt join..rehat di khemah jer...tapi bukan tu yang ana nak citer....sbnrnye nak citer kembara malam tu...

Laluan licin, cerun yang sgt curam...memang pengalamn xdpt dilupakan..walaupun masa kejadian byk merungut..tp hasilnya sgt memuaskan..terima kasih kepada Urusetia2 n pelaksana2 aktiviti..

Ana kene galas beban beg galas dan khemah besar...sampai sekarang pn bahu masih sakit..harap2nya 2-3 hr lg sihat sepenuhnyer...ad 2kem lg yang akan menyusul..minggu ni dan minggu dpan..

Ok la..Selamat Berprogram semua.....

Share:

Popular Posts

Followers