10 Perkara Sia-sia

Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka,menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalamkategori sia-sia....

Gedung Pendidikan

Blog yang dilancarkan untuk pendidikan di negara kita insyaAllah..mudah-mudahan bermanfaat.

Cantiknya Seorang Wanita...

Semoga bermanfaat.

Kaedah Baghdadiah

Panduan ringkas mengajar al-Quran menggunakan kaedah Baghdadiah.

Kaedah Pengajaran Iqra'

Semoga Bermanfaat..

Geng blogger...

There was an error in this gadget

Wednesday, January 11, 2012

Sirah Rasulullah ..part 1 (kelahiran Rasulullah S.A.W)





    Rasulullah SAW telah dilahirkan pada hari Isnin. Pada hari kelahiran baginda tersebut telah timbul beberapa mukjizat. Tiap-tiap wanita yang akan melahirkan tentu akan merasa sakit, namun bonda Rasulullah SAW tidak merasakan rasa sakit tersebut. Setelah Rasulullah SAW dipisahkan dari ibunya, setelah dilahirkan, maka baginda langsung sujud ke hadrat Allat SWT kemudian mengatakan: “Umatku, umatku!” Rasulullah SAW lahir dalam keadaan sudah dikhatankan. Syaitan-syaitan dilarang naik ke langit, ketika Rasulullah SAW dilahirkan. Padahal sebelumnya, syaitan-syitan itu dapat naik dan turun ke langit, untuk mendengar percakapan serta perbualan yang dilakukan oleh para maaikat. Ketika mereka dilarang naik ke langit itu, maka mereka berkumpul dan menemui iblis, mereka berkata: “Dulu kami boleh naik ke langit, tetapi hari ini kami telah dilarang untuk naik.” Iblis menjawab: “Bersabarlah kamu semua di permukaan bumi, dari barat sampai ke timur dan perhatikan dengan baik-baik apa sebenarnya yang telah terjadi.”

    Mereka berusaha mencari. Akhirnya setelah mengelilingi timur dan barat, sampailah mereka ke Kota Mekah. Di sana mereka melihat Nabi Muhammad SAW sedang dikelilingi oleh para malaikat, dan memancar cahaya dari dirinya hingga naik ke langit, sedangkan malaikat-malaikat itu saling memberi ucapan selamat dan sejahtera antara satu dengan lain. Kemudian, pulanglah syaitan-syaitan itu menghadap kepada Iblis, sambil menceritakan semua apa yang telah mereka lihat. Maka Iblis pun berkata: “Telah lahir ‘ayatul alam’ dan rahmat bagi Bani Adam, kerana itulah kamu semua telah dicegah untuk naik ke langit, tempat pandangannya dan pandangan umatnya.”

    Kabul Akhbar ra. berkata: Saya telah melihat di dalam Taurat bahawa Allah SWT mengkhabarkan kaum Musa as. tentang saat kelahiran Nabi Muhammad SAW, ia berkata “Sesungguhnya bintang keadaanya tetap yang kamu ketahui itu bila ia bergerak dari tempatnya menandakan bahawa Rasulullah telah lahir”.

    Ketika Rasulullah SAW lahir, bintang itupun bergerak dan pindah dari tempat asalnya. Maka orang-orang Yahudi itu semuanya mengetahui bahawa Rasulullah yang diberitakan Allah itu telah lahir ke dunia, namun mereka rahsiakan, disebabkan rasa dengki di hati mereka.

    Dan Allah juga telah memberitahukan kepada kaum Isa a.s. di dalam kitab Injil, bahawasanya apabila pokok tamar yang kering menjadi subur, berdaun dan berbuah. Melihat peristiwa itu, orang-orang Nasrani pun mengetahui bahawa Rasul yang dijanjikan dalam Kitab Injil itu telah lahir ke dunia. Tetapi peristiwa tersebut dirahsiakan, disebabkan kedengkian mereka juga.

    Di dalam Kitab Zabur pun Allah SWT membeitahu, bahawa apabila mata air yang telah mereka kenal itu mengeluarkan air, maka tandanya Rasul yang dijanjikan kepada mereka muncul di permukaan bumi.

     Maka tepat pada masa Rasulullah dilahirkan, maka mata air itupun mengeluarkan air yang melimpah ruah. Mereka pun mengetahui akan kejadian itu, namun kerana kedengkian mereka, berita itupun mereka rahsiakan.

    Halimah, ibu susuan Nabi Muhammad sebelum ia menyusukan Rasulullah, salah satu susunya tidak mengeluarkan air susu. Namun ketika ia letakkan susunya itu ke mulut Rasulullah, saat itu juga keluar air susu Halimah.

    Ketika Rasulullah SAW telah dilahirkan, terdengarlah suara dari sudut-sudut Kaabah.
            Dari sudut pertama: “Telah datang kebenaran Islam, dan kebatilan tidak akan datang lagi.”

            Dari sudut kedua: “Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu. Sangat menginginkan keimanan dan keselamatan bagimu. Amat belas kasihan dan penyayang terhadap orang-orang mukmin.”

            Dari sudut ketiga: “Telah datang kepadamu cahaya (Nabi) dari Allah dan kitab (Al-Quran) yang menerangkan.”

            Dari sudut keempat: “Hai Nabi, sesungguhnya kami mengutuskan untuk menjadikan saksi, dan pembawa khabar berita gembira dan pemberi peringatan, dan untuk menjadi penyeru kepada agama Allah dengan izin-Nya dan untuk menjadi cahaya yang terang.”

    Diriwayatkan bahawa Abdul Muthalib berkata: “Ketika aku sedang berada di Kaabah yang dipenuhi berhala itu, tiba-tiba berhala itu jatuh dari tempat-tempatnya dan sujud kepada Allah. Dan aku terdengar suara dari dinding Kaabah mengatakan “Telah lahir Nabi pilihan yang akan membinasakan orang-orang kafir dan akan mensucikan aku dari berhala-berhala ini, dan aku memerintahkan kepada penyembahan Yang Maha Mengetahui.”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bonus untuk Anda