10 Perkara Sia-sia

Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka,menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalamkategori sia-sia....

Gedung Pendidikan

Blog yang dilancarkan untuk pendidikan di negara kita insyaAllah..mudah-mudahan bermanfaat.

Cantiknya Seorang Wanita...

Semoga bermanfaat.

Kaedah Baghdadiah

Panduan ringkas mengajar al-Quran menggunakan kaedah Baghdadiah.

Kaedah Pengajaran Iqra'

Semoga Bermanfaat..

Geng blogger...

There was an error in this gadget

Sunday, January 08, 2012

UPSI oh UPSI...


UPSI MENJADI TUMPUAN


1. Sebagai tenaga pengajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tidak dapat lari dari pertanyaan orang ramai tentang apa yang berlaku di UPSI sekarang. Bermula dengan salah seorang mahasiswa yang menjadi tumpuan ramai kerana menurunkan bendera gambar Perdana Menteri Malaysia, UPSI terus menjadi tumpuan kerana perhimpunan pada 1 Januari lepas (UPSI 1112) yang telah menimbulkan pelbagai reaksi. Insiden yang terjadi dengan pelbagai komen sama ada menyokong atau sebaliknya menunjukkan masyarakat kita sangat mengambil berat tentang perkembangan yang berlaku.

pintu masuk utama UPSI

2. Kebetulan pula ia berlaku di hadapan pintu masuk UPSI yang dahulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan, tempat melahirkan guru yang bakal mendidik anak bangsa. Sudah pasti ramai yang mempunyai kaitan dengan tempat ini, dan rasa terpanggil untuk memberikan pandangan. Namun bagi mereka yang tidak berada di tempat kejadian, agak sukar untuk memberi komen dengan adil dan tepat. Walaupun capaian maklumat yang senang diperolehi dengan kecanggihan teknologi, ketidaktepatan sesuatu maklumat juga semakin canggih. Islam telah mengajar kita untuk menggunakan prinsip tabayun (selidik) sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 6 bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

3. Ia adalah prinsip utama yang perlu kita pegang. Kerana kedua-dua belah pihak saling berlepas diri, walaupun ada rakaman video dan gambar, tetapi ia belum cukup untuk menggambarkan keseluruhan peristiwa. Setiap peristiwa atau kejadian adalah gabungan beberapa detik masa bermula kejadian itu berlaku sehinggalah ia tamat, kita tidak boleh mengambil sebahagian masa sahaja daripada sesuatu kejadian lalu membuat kesimpulan. Kaedah feqh ada menyatakan:
Hukum ke atas sesuatu perkara adalah cabang daripada gambarannya.

4. Memahami dan mengetahui punca perselisihan juga sangat penting untuk mendapatkan gambaran sebenar sesuatu kejadian. Ketika nabi SAW menyebut kepada Hindun Binti ‘Utbah isteri kepada Abu Sufyan yang mengadu bahawa suaminya agak kedekut dalam nafkah, kata nabi SAW:
Kamu ambillah daripada hartanya apa yang cukup untuk kamu dan anak kamu dengan cara yang baik. (Riwayat al-Bukhari)

5. Hadith nabi SAW ini menyebabkan pandangan yang berbeza di antara mazhab, Imam Shafie (204H) menyatakan isteri boleh mengambil harta suami dengan syarat mendapat perintah hakim. Manakala Imam Malik (179H) menyatakan isteri boleh mengambil harta suami walaupun tanpa kebenaran suami kerana Islam membenarkannya. Punca perbezaan pendapat ini adalah perbezaan melihat sifat nabi SAW ketika menyebut hadith di atas, sama ada sebagai hakim atau sebagai seorang rasul. Maka jika kita mengetahui punca perbezaan, kita tidak akan menyalahkan mana-mana pihak.
                    
6. Salah satu cara mendapatkan kepastian sesuatu berita ialah dengan merujuk tuan punya badan, yang merupakan sumber primer, bukannya sumber sekunder daripada pemerhati yang tidak terlibat. Walaupun ada kemungkinan penipuan dan penyelewengan fakta, dari aspek penghakiman Islam, seorang hakim perlu menerima pernyataannya, adapun jika dia menipu maka secara diyanatan (agama) dosanya akan ditanggung di hadapan Allah Azza wa Jalla. Diriwayatkan daripada Ummu Salamah RA bahawa nabi SAW bersabda yang bermaksud:
Kamu berselisih di hadapanku, boleh jadi sebahagian kamu lebih petah dengan hujjahnya berbanding yang lain, maka barangsiapa yang aku hukumkan baginya hak saudaranya dengan sesuatu berdasarkan kata-katanya, sesungguhnya aku telah memberinya sepotong api neraka, maka janganlah dia mengambilnya. (Riwayat al-Bukhari)

7. Dalam kejadian UPSI 1112 lepas, mahasiswa/wi yang berhimpun sudah pasti mempunyai matlamat yang ingin dicapai, manakala pihak keselamatan juga mempunyai matlalmat dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan iaitu menjaga keamanan dan keselamatan. Kedua-dua pihak mempunyai matlamat dan peranan masing-masing. Dan kedua-dua pihak mempunyai hak untuk merealisasikan matlamat masing-masing. Matlamat, peranan dan hak ini tidak bertentangan di antara satu sama lain.  


Untuk sambungan sila klik di sini
Dipetik daripada : hjanhar.blogspot.com

KAEDAH PENGAJARAN BAGHDADIAH (muqaddam)





Pengenalan

Pengasas kaedah Baghdadiah ialah Abu Mansor Hafzul Fikri Al-Baghdadi pada tahun 376 Hijrah.   Kaedah tersebut  memperkenalkan huruf secara analisa berperingkat-peringkat dengan cara latih tubi dan pengulangan. Kaedah ini telah tersebar dan berkembang ke seluruh ceruk rantau dunia hingga ke saat ini. Ia telah menjangkau 1049 tahun dan telah menyumbangkan jasa yang besar kepada umat Islam.  Kaedah Bagdadiah ini begitu popular di kalangan umat Islam seluruh dunia sejak zaman berzaman.  Hanya pada tahun 1990  an sahaja kaedah Iqra`, Qiraati dan lain-lain mula dikenali umat Islam.
                                           
Kaedah Baghdadiah

Kaedah Baghdadiah ini umumnya  menggunakan kaedah mengeja dan membunyikan ejaan tersebut.  Kaedah ini terlebih dahulu memperkenalkan huruf-huruf hijaiyyah dengan cara menyebut nama huruf dari    ا    hingga   ي    secara latih tubi hingga hafaz.  Selepas itu murid-murid diajar mengeja huruf tunggal berbaris di atas dan membunyikannya.  Seterusnya murid-murid diajar mengeja huruf tunggal yang bercampur baris-baris lain, iaitu baris satu di atas, di bawah di depan serta membunyikannya.  Mengeja kalimah-kalimah yang terdapat tanda sukun, tanda tasydid dan membunyikannya.  Begitulah seterusnya mengeja dan membunyikan kalimah-kalimah yang mempunyai baris dan tanda bacaan yang berlainan,terdiri daripada dua suku kata atau lebih dari empat suku kata.  Ada bacaan panjang, pendek, dengung dan tidak dengung.

Seterusnya kaedah al-Baghdadiah mengajar murid-murid membaca petikan ayat-ayat al-Quran tanpa mengeja lagi.  Jika murid ini boleh membaca petikan ayat-ayat al-Quran tersebut, maka ia boleh membaca ayat-ayat al-Quran yang lain dan surah-surah daripada surah al-Fatihah, an-Nas hingga surah an-Naba`.  Kebanyakan guru-guru yang menggunakan kaedah ini biasanya menyuruh murid-murid menghafaz surah-surah lazim seperti surah al-Fatihah hingga surah al-Dhuha.  Walaupun murid-murid itu belum mengenal huruf-huruf  hijaiyyah dan belum boleh membaca kalimah-kalimah pendek.  Dalam kaedah Baghdadiah, pelajaran ilmu tajwid diajarkan menerusi surah-surah pendek daripada al-Quran yang dirangkai dengan kitab itu, disusun berurutan secara “berkaedah” daripada yang mudah, sederhana kepada yang sukar.

Panduan kaedah Baghdadiah

1.         Mengenalkan huruf-huruf hijaiyah dari  ا  hingga  ي    secara latih tubi
sehingga hafaz.
2.         Murid diajar mengeja huruf tunggal berbaris di atas dan membunyikannya.
3.         Murid diajar mengeja huruf tunggal yang becampur baris iaitu baris satu di
            atas, di bawah dan di depan serta membunyikannya.
4.         Murid diajar mengeja huruf bertasydid yang besambung dengan ا  dan 
            ي   serta membunyikannya.
5.         Murid diajar mengeja huruf    ا ،  و     dan  ي    bertanda mati dan bersambung dengan satu huruf serta membunyikannya.
6.         Murid diajar mengeja kalimah-kalimah yang ada huruf  ا ،  و     dan  ي    bertanda mati dan bersambung dengan “  كم “  serta membunyikannya.
7.         Mengeja kalimah-kalimah yang terdapat huruf nun bertasydid dan membunyikannya.
8.         Seterusnya mengeja dan membunyikan kalimah-kalimah yang mempunyai baris dan tanda bacaan yang berlainan yang terdiri daripada dua suku kata, tiga suku kata atau empat suku kata atau lebih.  Ada bacaan panjang, ada bacaan pendek dan ada bacaan dengung dan tidak dengung.
9.         Mengajar murid membaca petikan ayat-ayat al-Quran tanpa mengeja lagi.
10.       Setelah murid menguasai petikan-petikan ayat, maka mereka bolehlah membaca ayat-ayat al-Quran yang lain dari surah al-Fatihah, an-Nas  hingga an-Naba`. 
 11.      Pelajaran ilmu tajwid diajarkan menerusi surah-surah pendek daripada al-
            Quran mulai surah al-Fatihah, an-Nas hingga surah an-Naba`, iaitu
            menggunakan kaedah daripada yang mudah, sederhana kepada yang sukar.


dipetik daripada: Gedung Pendidikan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bonus untuk Anda