10 Perkara Sia-sia

Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka,menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalamkategori sia-sia....

Gedung Pendidikan

Blog yang dilancarkan untuk pendidikan di negara kita insyaAllah..mudah-mudahan bermanfaat.

Cantiknya Seorang Wanita...

Semoga bermanfaat.

Kaedah Baghdadiah

Panduan ringkas mengajar al-Quran menggunakan kaedah Baghdadiah.

Kaedah Pengajaran Iqra'

Semoga Bermanfaat..

Geng blogger...

There was an error in this gadget

Monday, December 06, 2010

Awal Muharam...


Sejak zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al Khattab, umat Islam secara rasminya menggunakan kelendar Hijriyyah Qamariyyah.

Istilah 'HIJRIYYAH' dirujuk kepada peristiwa 'penghijrahan' Nabi Muhammad SAW dan para sahabat dari kota Makkah ke kota Yathrib yang kemudiannya ditukar namanya kepada Al Madinah Al Munawwarah. Kelendar Hijriyyah Qamariyyah menjadikan tahun penghijrahan nabi ini sebagai tahun pertama (1 H).

Manakala istilah 'QAMARIYYAH' pula dirujuk kepada kaedah pengiraannya yang berdasarkan kepada peredaran 'bulan' mengelilingi bumi.

Tahun Hijriyyah Qamariyyah mengandungi 12 bulan, dimulai dengan Muharram dan diakhiri dengan Zulhijjah.

Bulan Muharram adalah antara bulan-bulan utama yang mempunyai kelebihannya yang tersendiri.

A. KEISTIMEWAAN MUHARRAM

Antara keistimewaan bulan ini ialah:

1. Nabi Muhammad SAW menisbahkan bulan ini kepada Allah dengan menggelarkannya sebagai Syahrullah (bulan Allah).

2. Bulan ini adalah satu di antara 4 bulan yang diharamkan berperang padanya. Selain Muharram, bulan-bulan yang diharamkan berperang ialah Rajab, Zulqaedah dan Zulhijjah. Di zaman jahiliyyah, orang-orang Arab membuat peraturan gencatan senjata pada bulan-bulan ini. Setelah Nabi Muhammad SAW dilantik sebagai rasul, budaya ini diakui dan diteruskan oleh Islam kerana Islam mementingkan keamanan. Namun begitu peperangan di dalam bulan ini dibenarkan sekiranya musuh mula menyerang.

B. PERISTIWA-PERISTIWA PENTING

1. Allah menyelamatkan Nabi Musa AS dan kaumnya daripada Firaun pada bulan Muharram

2. Allah menerima taubat Nabi Adam AS juga pada bulan Muharram.

3. Di dalam bulan ini juga Allah menerima taubat kaum Nabi Yunus AS yang sebelum itu derhaka kepada baginda.

4. Bulan ini juga menyaksikan peperangan Khaibar, iaitu peperangan yang berlaku di antara umat Islam dengan orang-orang Yahudi yang berakhir dengan kemenangan memihak kepada umat Islam. Peristiwa ini berlaku pada penghujung Muharram tahun ke enam hijriyyah.

5. Dalam bulan Muharram juga Nabi Muhammad SAW cuba diracun oleh orang-orang Yahudi. Peristiwa ini berlaku setelah orang-orang Yahudi kalah di dalam peperangan Khaibar, mereka menghadiahkan daging kambing beracun kepada baginda. Namun dengan mukjizat yang Allah berikan kepada baginda, daging berkenaan bersuara sebaik sahaja Nabi ingin menjamahnya. Daging itu memberitahu bahawa ia telah diracun.

6. Adapun peristiwa hijrahnya Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah yang dirayakan setiap tahun pada bulan Muharram itu bukanlah berlaku pada bulan ini. Al Imam Ibnu Kathir menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah pada bulan Rabi'ulawwal tahun ke 13 selepas dilantik menjadi rasul (rujuk kitab beliau, Al Bidayah Wan Nihayah juzuk ke 3 m/s 220).

Saidina Ibnu Abbas pula menyebut:

"Nabi kamu (Muhammad SAW) dilahirkan pada hari Isnin, keluar daripada Makkah pada hari Isnin........ masuk ke Kota Madinah pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin."

C. AMALAN-AMALAN YANG DIGALAKKAN

Antara amalan-amalan yang digalakkan supaya kita melakukannya di dalam bulan ini ialah:

1. Berpuasa secara umum: Dari Abu Hurairah RA katanya, "Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud): "Sebaik-baik puasa selepas bulan Ramadhan ialah bulan Allah yang kami panggilnya sebagai Muharram." (Hadith riwayat Muslim bilangan 1163)

2. Puasa pada hari ke-10 (hari 'Asyura') Di dalam kitab Sahih Muslim, Saidina Umar meriwayatkan bahawa baginda SAW pernah menerangkan bahawa puasa pada hari ke 10 (Asyura') diharapkan dapat menghapuskan dosa selama setahun sebelumnya.

3. Puasa pada hari ke-9 dan 10 Puasa pada hari ke-9 dan ke-10 adalah untuk membezakan amalan Islam dan amalan Ahli Kitab (orang-orang Yahudi dan Nasrani). Saidina Ibnu Abbas pernah berkata, "Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari Asyura' (hari ke-10) dan memerintahkan sahabatnya berpuasa pada hari berkenaan, para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, hari Asyura' itu ialah hari yang dimuliakan oleh Yahudi dan Nasrani!" Baginda lantas menjawab, "Jika kita ada usia di tahun hadapan, kita akan turut berpuasa pada hari yang ke-9, insya Allah."

Ibnu Abbas menyambung, "Pada tahun berikutnya Rasulullah SAW wafat (dan tidak sempat untuk berpuasa pada hari ke-9)." (Hadith riwayat Muslim bilangan 1134).

Inilah antara amalan yang warid datangnya daripada Nabi SAW dan digalakkan supaya kita melakukannya. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bonus untuk Anda