Majulah diri untuk Agama, Bangsa, dan Negara...

  • Nufnang

    Masih ada lagi ke?

  • FRIENDSTER

    Lipatan sejarah sosial media

  • Muhasabah Diri

    Apabila sentiasa mencari alasan dan memperalasan

  • This is default featured slide 4 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

  • This is default featured slide 5 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Study...study....study...

          Dalam masa study ni ana teringat la sesuatu..Lame dah ana tak post kan..agak mencari ketenangan daripada kebuntuan exam dan tugas-tugas lain... Teringat lak zaman-zaman sekolah dulu..tapi ana tak dapat cari gambar masa sekolah rendah lagipun tak pernah ada dalam simpanan ana...mungkin classmate ana masa sekolah rendah ada kot..tapi tak tau nak contact mereka semua macam mana...sekolah menengah jer yang ada...huhu...sedikit sebanyak kenangan dibangku sekolah...


ni kelas 1Gigih....kelas ana adalah RKA ( Rancangan Khas Agama)...
baik je kan ana mase ni..merendah diri..hehe...masa ni katua kelas tak duduk sebelah Cikgu Normah pun..dia segan-segan lagi masa ni..so dia berdiri dengan kami ramai-ramai kat belaknag...
(dari kiri no .3 sebelah kanan sahabat ana yang pandang ke bulan)




ni kelas 2Gigih...gambar ni la satu-satunya gambar yang kami ada untuk jadikan ingatan dekat Arwah Ustazah Ruzita...semoga arwah ditempatkan dalam kalangan para solihin..al-Fatihah...
(ana duduk palaing kiri...ni mula nak baik-baik..pakai songkok..hehe)


ni kelas 3Gigih...ana duduk sebelah Teacher Rohana...sebab apa ye??...tahun ni ana jadi ketua kelas..hehe
ni jela sahabat-sahabat ana dari tingkatan 1-3..ada gak yang sahabat-sahabat keluar masuk dari kelas ni...tapi ni je yang tinggal masa tingkatan tiga...




ni kelas 4KAA...Kelas Aliran Agama...bermula ana tingkatan 4, nama RKA ditukar kepada KAA...tak banyak pun bezanya kan...kami pelajar-pelajarnye pun xberubah makin membesar ada la...masa awal tahun ni ana jadi ketua kelas..disebabkan ana jadi pengawas sekolah...ketua kelas baru adalah sahabat ana yang duduk paling kiri dari pandangan sahabat-sahabat..tapi sebelah kanan kami la..sangat merndah diri..bagus dia ni..hehe...ana pulak yang duduk sebelah Cikgu Rafie...perasan jadi ketua kelas kot masa tu...iskh3...




ni kelas 5KAA...ha...yang ni ketua kelas yang duduk sebelah kanan Ustazah Ani Hayati tu...ana yang serba putih bertali leher biru duduk sebelah kanan..sebelah kiri sahabat-sahabat......
ni je yang tinggal dari tingkatan 1-5...setelah ada yang pindah randah semua tu la masa tingkatan 4 dulu..


          Teringat masa jahat-jahat masa sekolah dulu...ponteng kelas lah...tak siap kerja sekolah lah..tu tak masuk lagi meniru masa exam tapi tak banyak meniru kot...kami banyak 'berbincang' masa exam...hehe
Tahun 2010 ni dah genap 4tahun ana meninggalkan sekolah ni..STARS...Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abdul RAzak Selekoh... nama tak lah gah macam Sekolah Tun Abdul Rahman (STAR)..Kami STARS..lagi banyak bintangkan..hehe...

Apapun..semoga sahabat-sahabat seperjuangan ana sejak bangku sekolah lagi maju jaya dalam bidang masing-masing... Nanti kita buat program lagi dekat sekolah ye..hehe..Salamullahu alaikum...


Share:

Mood exam kembali...



Akhirnya detik-detik bermulanya exam pertama ana di semester ke-3 akan sampai juga....esok 9.00pagi di PC 15...paper Maharat al-Kitabah first paper...sahabat-sahabat yang lain ramai dah mula exam.....ada yang mula hari Isnin...Selasa...Rabu....dan Khamis.... Tapi ana Jumaat la mulanya...tak mengapa..ada hikmahnya..

Pagi-pagi buta ni terasa sayu pula...sambil2 stdy untuk exam sok ana belek-belek lagu nak dengar...tiba-tiba tengah study tibalah giliran lagu "guru oh guru"...memang sedih..huhu..buat guru-guru ana semua dari zaman tadika, sekolah rendah di SK Sungai Batang, SMK Tun Abdul Razak Selekoh, KOlej Islam Sultan Alam Shah, dan......di Universiti Pendidikan Sultan Idris...hayatilah bersama...tidak lupa kepada sahabat-sahabat seperjuangan ana dalam bidang perguruan mahupun pendidikan dan tidak ketinggalan juga sahabat-sahabat seperjuangan ana sejak dari bangku sekolah hinggalah di menara gading..meh sama-sama kita dengar..link daripada youtube..







Mood exam tapi nak study tu jenuh sikit..banyak lagi nak baca dan dihafal..
Semoga urusan kita dipermudahkan ye..Bittaufiq wannajah...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh waridhwanuh.....
Share:

AZAB ANAK DERHAKA HADAPI SAKARATUL MAUT

Bertemu kembali sahabat-sahabat.. Akhirnya hari ni ana dapat juga template untuk blog baru ni... Edit punya edit akhirnya seperti yang sahabat tengak sekarang la... Mood untuk pulun study belum sampai lagi..ni yang banyak mengarut dan merepek ni... Tapi lepas ni kena pulun abis..Exam ana start Jumaat ni..lepas tu 29hb, 30hb November..dan last 4hb Disember..  Hari ni ana nak kongsikan satu sesuatu, boleh terus membaca di bawah...


OLEH USTAZ NAHRAWI MARZOKI 

Sebaik sampai ke pintu wad, jeritan Jalal menerpa ke telinga saya Jeritannya sungguh kuat kerana azab dan sakit yang ditanggungnya tidak mampu ditanggung lagi. Saya percepatkan langkah menuju ke katilnya.
Di sisi katil saya lihat ahli keluarga Jalal sedang menangis tersedu-sedu. Jelas mereka panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, kecuali melihat Jalal menggelepar kesakitan dan berdoa semoga Jalal cepat sembuh.

Di katil pula, Jalal meraung dan meronta sambil tangan dan kakinya terikat kemas di katil.

"Terima kasih ustaz sebab sudi datang bantu kami. Saya dah tak tahu apa nak buat. Dah seminggu lebih adik saya macam ni," kata salah seorang abang kepada Jalal sebaik melihat saya sampai.

Sebelum itu mereka menghubungi saya melalui telefon meminta saya segera datang untuk membantu menyembuhkan penyakit adik bongsu mereka itu.

"Apa sakitnya ni?" tanya saya. "Entahlah ustaz, doktor pun tak tau."
Sedang kami berbual, tiba-tiba sekali lagi Jalal menjerit kesakitan.

Kali ini jeritannya cukup jelas di pendengaran saya. Jeritannya menakutkan
dan menyedihkan.
"Emak, ampunkan saya mak. Panaaaassss. Saya sakit mak, sakiiiiittttttt! Tolonglah emak, ampunkan dosa saya." Berserta raungan yang dilepaskan sekuat hati, tubuh Jalal menggelepar seperti dipanggang di dalam api yang marak.

Mukanya berkerut sementara matanya terbelalak akibat azab yang amat pedih. Semua yang ada di wad berkenaan memandang ke arah kami. Jeritan itu menyebabkan saya tertanya-tanya.

Apakah yang menyebabkan Jalal jadi sedemikian rupa? Apa pula kaitan antara penyakitnya itu dengan ibunya? "Panggil ibunya segera," kata saya. Namun kata-kata saya itu tidak dijawab. Ahli keluarga Jalal cuma terdiam,
menundukkan muka atau berpandangan sesama sendiri.
"Kenapa ni?" tanya saya.

Dengan perlahan abang Jalal bersuara, "Ustaz, ibu kami baru sahaja meninggal dunia dua minggu lepas." "Kalau macam ini susahlah sikit.

Saya rasa mungkin Jalal ada melakukan kesalahan besar kepada ibunya, sebab itulah dia menanggung azab yang begini rupa. Dalam keadaan macam ini, cuma ibunya saja yang dapat membantu," kata saya berterus terang.

Mereka cuma mendiam diri sementara jeritan Jalal semakin kuat. Saya semakin ingin mengetahui puncanya kerana dengan latar belakang itu insya-Allah saya boleh cuba carikan jalan lain untuk meredakan kesakitan Jalal.

"Ceritakanlah kepada saya apa yang sebenarnya telah berlaku." "Ustaz, sebenarnya adik saya ini sudah derhaka kepada arwah ibu kami," jawab salah seorang daripada mereka.

Dengan tenang, tapi air mata bergenang abang Jalal menceritakan kepada saya kisah yang sebenarnya, kisah yang cukup menyayat hati saya.

Menurutnya, Jalal adalah anak bongsu daripada mereka enam beradik, empat perempuan dua lelaki dan di kalangan mereka, Jalallah yang mempunyai kelulusan yang lebih tinggi.

Bagaimanapun, sejak kecil hinggalah dia bekerja dan seterusnya berkahwin, Jalal sentiasa sahaja melawan dan menyanggah kata-kata ibunya.
Nasihat dan teguran ibunya pula dipandang rendah serta tidak diendahkan. Syurga anak di bawah telapak kaki ibunya. Walaupun berpendidikan tinggi, Jalal sentiasa sahaja kekurangan wang, seolah-olah tidak dirahmati rezekinya.

Berterusanlah keadaan itu hingga dia berumahtangga. Keadaan menjadi semakin buruk apabila Jalal meletakkan jawatannya di sebuah syarikat swasta. Hasratnya adalah untuk mencari rezeki yang lebih banyak disyarikat lain, namun nasibnya bukan sahaja tidak berubah, malah menjadi semakin parah.

Walau di syarikat manapun yang Jalal bekerja, dia akan menghadapi masalah yang seterusnya membawa kepada dia meletakkan jawatan.

Dalam kegawatan itulah Jalal mula meminjam wang daripada sahabat-sahabatnya. Selepas sekian lama hutangnya semakin banyak, namun dia masih tidak mampu melunaskannya.

Rumahtangga Jalal mula kucar-kacir dan akhirnya mereka bercerai. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, Jalal mendesak ibunya supaya mencagarkan tanah mereka di kampung kepada bank. Tanah seluas 12 ekar itu ditinggalkan oleh bapa mereka yang meninggal dunia tiga tahun sebelum itu.


"Emak, saya nak tanah tu. Bank dah setuju nak kasi RM500,000. Saya nak duit tu buat berniaga," katanya kasar. "Jalal, engkau ni dah melampau. Itu tanah adik-beradik kamu," jawab si ibu. "Ahhh, saya tak kira." "Jalal, emak tidak benarkan.

Emak tau, duit tu nanti bukannya engkau nak buat berniaga, tapi nak bayar hutang," jawab ibunya.

Bukan sahaja ibunya, malah semua adik-beradik Jalal tidak membenarkannya mencagarkan tanah tersebut kepada bank. Jalal pulang dengan hati kecewa.

Namun dia masih bertekad untuk mendapatkan tanah berkenaan walau dengan apa cara sekalipun. Suatu hari, Jalal datang ke rumah ibunya. Beberapa orang adik-beradiknya ada di situ.

Sekali lagi pertengkaran berlaku dan berakhir dengan tragedi yang amat menyedihkan.
Ketika kemarahannya sampai kemuncak, Jalal menolak ibunya sekuat-kuat hati menyebabkan kepala ibunya terhantuk di pintu.

Darah dari luka terpalit di pintu sedang ibunya terjelopok di lantai, rebah tidak sedarkan diri. Si ibu segera dibawa ke hospital sementara Jalal puas hati kerana dapat melepaskan kemarahannya.

Akibat pendarahan otak yang serius, ibunya meninggal dunia tanpa sempat melafazkan keampunan kepada Jalal. Bermulalah azab dalam hidup Jalal.

Kira-kira seminggu selepas kematian ibunya, Jalal dikejarkan ke hospital kerana jatuh sakit secara tiba-tiba. Apa yang membingungkan ialah doktor gagal mengesan penyakit yang dihadapinya.
Jalal sebaliknya meraung, menjerit, meronta dan menggelepar kesakitan. Dalam raungannya itulah dia meminta ampun kepada arwah ibunya kerana tidak sanggup menanggung azab yang pedih.

Berterusanlah keadaannya selama beberapa hari hingga saya dipanggil. Dalam waktu itu, doktor dan jururawat tidak dapat berbuat apa-apa kecuali mengikat Jalal di katil dan menyuntiknya dengan ubat pelali untuk menidurkannya.

"Kalau begitu kisahnya, saya cuba cara lain," kata saya. Di samping ayat-ayat suci al-Quran, saya membacakan surah Yassin untuknya.

Namun apabila dibacakan saja ayat suci itu, Jalal menjerit kepanasan. Tubuhnya menggeletik dan mengelepar kesakitan. "Aduh panasnya! Emak, ampunkanlah saya emak! Jangan bawa saya ke situ emak, panas.

Jangan bawa saya ke situ. Saya tak mau, sakit, sakit. Tolonglah saya emak, ampunkan saya, saya bersalah."

Jeritan Jalal itu meruntun hati saya. Apakah yang dimaksudkannya dengan 'ke situ'? Kenapa Jalal tidak mahu dibawa 'ke situ' dan apa yang dilihatnya di situ? Akibat tidak tertahan panas, tubuh Jalal terpaksa dibogelkan.

Tangan dan kakinya terus diikat ke katil. Selepas puas mencuba tapi keadaan Jalal masih tidak berubah, saya meminta diri untuk pulang. Satu ingatan saya tinggalkan kepada mereka, "Jika Jalal masih hidup selepas zuhur ini, insya-Allah nyawanya masih panjang. Kalau tidak..." Ketika itu lebih kurang pukul 10 pagi.

Saya tinggalkan mereka, namun sedang saya memandu, telefon bimbit saya berdering. "Ustaz! Cepat ustaz, adik saya dah nazak," kata si abang.

Saya berpatah balik dan apabila sampai di katilnya, saya lihat Jalal begitu tenat. Nyawanya seperti sudah di penghujungan. Keluarganya semakin cemas sambil air mata tidak henti-henti mengalir.

Saya bacakan Surah al-Asr, Surah al-Falaq, Surah an-Naas serta asma ul husna. Alhamdulillah, Jalal berhenti meraung dan menggelepar. Keadaan senyap seketika. Masing-masing beristighfar dan membaca ayat-ayat suci al-Quran. Terbayang kelegaan di wajah mereka.
Tiba-tiba, ketenangan itu dipecahkan sekali lagi oleh jeritan Jalal. Dia mengerang sambil tubuhnya kejang menahan kesakitan, mata terjegil seperti hendak terkeluar dan dalam satu detik yang serentak juga najisnya terpancut keluar.

Bertabur membasahi seluarnya. Bau najis menusuk hidung kami. Maha suci Allah, keadaannya adalah seperti sesuatu yang berat menghenyak perutnya yang mengakibatkan nyawa, roh, najis, organ-organ dan segala-galanya yang ada di dalam tubuh terhambur keluar secara serentak.
Di bahagian atas, semuanya seperti hendak terpancut keluar hingga mata Jalal tersembul sementara di bahagian bawah, kakinya kaku dan najis berhambur memancut-mancut.

Cukup aib dan menyedihkan. Pakaian dan katil basah dengan air mata, peluh serta najisnya. Selepas 'rentapan' itu, Jalal tidak bernafas lagi. Degupan jantungnya berhenti dan dia pergi menghadap Allah SWT untuk menerima balasan amalannya. Tamatlah riwayat seorang anak derhaka.

Saya cuma mampu melihat dengan gementar sementara keluarga Allahyarham menangis dan berpelukan sesama sendiri.

Yang perempuan terpaksa keluar kerana tidak sanggup melihat mayat adik mereka. Demikianlah sakaratulmaut
datang menjemput Jalal.

Seperti yang dijelaskan di dalam al-quran dan hadis, ia datang dengan menyentap, merentap dan merenggut nyawa Jalal tanpa ada kasihan belas.

Sudah berpuluh-puluh tahun saya menguruskan jenazah dan melihat orang menghadapi saat kematiannya, namun pengalaman menyaksikan sakaratulmaut menjemput Jalal cukup memilukan hati saya.

Kesengsaraan yang ditanggung oleh Jalal sudah berakhir, namun mayatnya meninggalkan keaiban yang amat sangat.
Matanya terbonjol seperti hendak terkeluar sementara giginya menyeringai. Dari kerut wajahnya, jelas sekali Allahyarham baru sahaja menanggung kesakitan dan azab yang amat pedih.

Saya cuba pejamkan mata Allahyarham, namun gagal. Kelopak mata tidak berupaya untuk menutup biji matanya yang tersembul itu. Cukup mengerikan kerana hanya mata putih sahaja yang kelihatan.

Ikatan di kaki dan tangan Allahyarham dileraikan dan tangannya dikiamkan. Kaki Allahyarham dirapatkan, namun sekali lagi saya menyaksikan keaiban kaki Allahyarham tidak boleh dirapatkan kerana duburnya terpancut keluar dan membonjol di celah kelengkangnya.
Saya menenangkan mereka supaya bersabar dan reda dengan apa yang telah terjadi. Selesai membersihkan tubuh Allahyarham, jenazah dibawa turun kerana keluarganya mahu menguruskan jenazah tersebut di rumah mereka di salah sebuah taman perumahan di sebuah negeri di pantai barat semenanjung.

Rupa-rupanya keaiban belum berakhir. Sebaik sahaja van yang membawa Allahyarham keluar dari perkarangan hospital, tiba-tiba keempat-empat shock absorbernya patah secara serentak.
Van yang cuma membawa lima orang, mayat yang badannya sederhana sahaja, dua orang abang dan kakaknya, pemandu serta seorang pembantu, boleh patah shock absorbernya?

Kelindan van bergegas memanggil kami. Maha suci Allah, Tuhan yang Maha Besar, apabila hendak dikeluarkan dari van, jenazah itu kami rasakan teramat berat hingga terpaksa diangkat oleh kira-kira 15 orang.

Selesai masalah itu, satu lagi masalah timbul - tidak ada van atau kereta yang berani untuk mengangkat jenazah tersebut. Kebetulan sebuah lori kosong yang mengangkat tanah, pasir ataupun kelapa sawit lalu di tempat kejadian. Dengan lori itulah jenazah dibawa pulang ke rumahnya.

Apa yang membingungkan kami ialah walaupun mayat berkenaan terlalu berat, tapi kayu penusungnya tidak pula patah. Lori bertolak ke rumah Allahyarham sementara saya pula memandu pulang ke rumah.

Saya dimaklumkan bahawa Allahyarham dikebumikan di sebelah kubur ibunya. Namun diceritakan juga kepada saya bahawa tanah yang ditambun ke atas kuburnya tidak mencukupi. Untuk mengelakkan kubur Allahyarham berlubang, tanah lain terpaksa diambil dan ditambur ke atasnya.

Tiga hari kemudian, saya menerima panggilan telefon daripada keluarga Allahyarham. "Ustaz, saya nak minta pertolongan dan pandangan daripada ustaz." "Apa masalahnya itu?" tanya saya. "Kubur adik saya berlubang ustaz."

Masya-Allah, demikian sekali keaiban yang Allah tunjukkan kepada anak yang derhaka kepada ibunya. Menurut abang Allahyarham, kewujudan lubang itu disedari sehari selepas Allahyarham dikebumikan.

Lubang tersebut bermula dari bahagian tengah kubur hinggalah mencecah kepada papan yang menutup liang lahad. Tambah abang Allahyarham lagi, mereka mengambusnya dengan tanah, namun keesokan harinya kubur tersebut berlubang semula.

"Begini sajalah, cuba masukkan sekali kayu atau papan ke dalam lubang tersebut, insya-Allah, tak berlubang lagi," kata saya. Namun keesokan harinya sekali lagi abang Allahyarham menghubungi saya memberitahu bahawa kubur berkenaan berlubang semula.

Apa yang membingungkannya, tanah di kubur arwah ibunya langsung tidak berubah, masih tetap membusut walaupun sudah lebih dua minggu dikebumikan. Bukan itu sahaja, katanya, pokok yang ditanam di kubur ibunya juga hidup segar sedangkan pokok yang ditanam di kubur adiknya mati kelayuan.

Pada hari kelima, saya menghubungi abang Allahyarham.

"Begini sajalah," kata saya. "Mulai malam ini buatlah majlis Yassin dan tahlil. Panggil 20 orang dan setiap seorang baca Surah Yassin sebanyak 2 kali. Apabila selesai bacaan Yassin, minta imam bacakan doa supaya diampunkan dosa Allahyarham kepada ibunya. Baca dalam bahasa Melayu dan ulang doa itu sebanyak tujuh kali."
Seperti yang saya nasihatkan, pada malam berkenaan mereka mengadakan majlis itu. Namun saya diberitahu, imam yang membaca doa tersebut menggigil ketakutan.


Alhamdulillah, pada hari ketujuh, kubur berkenaan tidak lagi berlubang. Peristiwa ini sudah berlaku empat tahun lepas namun masih terbayang-bayang di mata saya.

Setiap kali tibanya hari raya aidilfitri, setiap kali itulah peristiwa tersebut menjelma dalam ingatan kerana ia terjadi cuma beberapa hari selepas kita berhari raya.

Sungguh menyentuh hati saya, ketika orang sedang bergembira berhari raya, ketika itulah keluarga tersebut ditimpa petaka, si ibu meninggal dunia dan anaknya yang derhaka diazab hingga ke akhir hayatnya.

Kisah ini saya paparkan bukan untuk mengaibkan Allahyarham ataupun keluarganya, tapi supaya kita dapat mengambilnya sebagai pedoman dan iktibar. Doakanlah semoga dosa Allahyarham Jalal diampunkan Allah. Amin.
Wassalam.


p/s Balas lah jasa ibu dan ayah sekarang jangan menyesal dikemudian hari. Fikir-fikir sejenak, renung-renungkan dan selamat beramal...

Share:

Zikir Berjemaah Sejak Zaman Rasulullah SAW








Fahaman wahabi muncul pada abad 14 hijriah, mereka ini merupakan penyakit dalam tubuh muslimin yg telah menyerang hampir seluruh Negara muslimin dimuka bumi.
Mereka ini selalu mengada-adakan dan mempermasalahkan hal-hal yg tidak pernah dipermasalahkan oleh Ulama Besar, Para Imam, para Tabi’in, para sahabat, bahkan Rasulullah saw.

Hal ini, tidak mengakategorikan Ibn Abdul Wahhab sebagai Imam Madzhab, karena seorang Imam Madzhab adalah orang yg suci dari mencaci maki muslimin, apalagi menganggap musyrik pada ahli syahadat, atau menganggap perbuatan sahabat Rasul Radhiyallahu’anhum adalah Bid'ah munkarah.
Imam madzhab adalah pewaris Rasulullah saw, orang yg berjiwa arif dan lidahnya selalu basah berdzikir kepada Allah, mendoakan yang sesat, mendoakan hidayah bagi orang kafir, demikian pulalah Lidah Rasuullah saw.

Zikir berjemaah sejak zaman Rasulullah saw, sahabat, tabi’in tak pernah dipermasalahkan, bahkan merupakan sunnah Rasulullah saw, dan pula secara akal sihat, semua orang mukmin akan asyik berziki, dan hanya syaitan yg benci akan hangus terbakar dan tak tahan mendengar suara zikir. kita boleh membandingkan mereka ini dari kelompok mukmin, atau kelompok syaitan yg sesat... dengan cara mereka yg memprotes zikir jemaah, telinga mereka panas, dan ingin segera kabur bila mendengar jemaah berzikir.

1). Para sahabat berdoa bersama Rasulullah saw dengan melantunkan syair (Qasidah/Nasyidah) di saat menggali khandaq (parit) Rasululullah saw dan sahabat2 radhiyallhu?anhum bersenandung bersama-sama dengan ucapan : “HAAMIIIM LAA YUNSHARUUN..”. (Kitab Sirah Ibn Hisyam Bab Ghazwat Khandaq). Perlu diketahui bahwa sirah Ibn Hisyam adalah buku sejarah yg pertama ada dari seluruh buku sejarah, yaitu buku sejarah tertua. Karena ia adalah Tabi’in.

2). Saat membina Masjidirrasul saw : mereka bersemangat sambil bersenandung : “Laa ‘Iesy illa ‘Iesyul akhirah, Allahummarham Al Anshar wal Muhaajirah” setelah mendengar ini maka Rasulullah saw pun segera mengikuti ucapan mereka seraya bersenandung dengan semangat : “Laa ‘Iesy illa ‘Iesyul akhirah, Allahummarham Al Anshar wal Muhajirah.. ” (Sirah Ibn Hisyam Bab Hijraturrasul saw- bina’ masjidissyarif hal 116)

3). Ucapan ini pun merupakan doa Rasulullah saw demikian diriwayatkan dalam shahihain

4). Firman Allah swt : “SABARKANLAH DIRIMU BERSAMA KELOMPOK ORANG ORANG YG BERDOA PADA TUHAN MEREKA SIANG DAN MALAM SEMATA MATA MENGINGINKAN KEREDHAAN NYA, DAN JANGANLAH KAU JAUHKAN PANDANGANMU (daripada mereka), UNTUK MENGINGINKAN KEDUNIAWIAN.” (QS Alkahfi 28)
Ayat ini turun ketika Salman Al-Farisi ra berzikir bersama para sahabat, maka Allah memerintahkan Rasulullah saw dan seluruh ummatnya duduk untuk menghormati orang2 yg berdzikir.
Mereka (fahaman wahabi) mengatakan bahawa ini tidak teriwayatkan bentuk dan tata cara zikirnya, ah..ah..ah.. Zikir ya sudah jelas dzikir.. menyebut nama Allah, mengingat Allah swt, adakah ingin mencari pemahaman lain?

5). Sahabat Rasulullah Radhiyallahu’anhum mengadakan solat tarawih berjamaah, dan Rasul saw justeru malah menghindarinya, mestinya mereka pun solat tarawih sendirian, kalau benar Rasulullah saw melakukannya lalu menghindarinya, jadi kenapa Generasi Pertama yang terang benderang dengan keluhuran ini justeru mengadakannya dengan berjamaah..
Sebab mereka merasakan ada kelebihan dalam berjamaah, yaitu syiar..ah..ah..ah.. Mereka masih mahu syiar dibesarkan, apalagi kita dimasa ini..

maka kalau ada pertanyaan : “Siapakah yg pertama kali mengajarkan Bid’ah hasanah?..maka kita dengan mudah menjawab, yang pertama kali mengajarkannya adalah para Sahabat Rasulullah saw, kerana saat itu Umar ra setelah bersepakat dengan seluruh sahabat untuk jemaah tarawih, lalu Umar ra berkata : “WA NI’MAL BID’AH HADZIH..”. (inilah Bid’ah yg terindah).
Siapa lebih tahu makna menghindari bid’ah?.. Umar bin Khattab ra, makhluk nombor dua paling mulia dalam kalangan ummat ini bersama seluruh sahabat Radhiyallahu’anhum…atau bahagian-bahagian mazhab abad ke 20 ini.

6). Lalu para tabi’in kerana cinta mereka pada sahabat, maka mereka menggelari setiap menyebut nama sahabat dengan ucapan Radhiyalahu’anhu/ha/hum. Inipun tak pernah diajarkan oleh Rasul saw, tak pula pernah diajarkan oleh sahabat, walaupun itu berdalilkan beberapa ayat didalam al-Qur’an bahawa bagi mereka itu keredhaan Allah, namun tak pernah ada perintah dari Rasulullah saw untuk menggelari setiap nama sahabat beliau saw dengan ucapan radhiyallahu’anhu/ha/hum.
Inipun Bid’ah hasanah, kita mengikuti Tabi’in mengucapkannya kerana cinta kita kepada Sahabat.

7). Khalifah Umar bin Abdul Aziz menambahkan lagi dengan menyebut-nyebut nama para Khulafa’ Arrasyidin dalam khotbah kedua pada khutbah Jumaat, ‘Ied dll.., inipun bid’ah, tak pernah diperbuat oleh para Tabi’in, Sahabat, bahkan Rasulullah saw, namun diada-adakan kerana telah banyak kaum mu’tazilah yg mencaci sahabat dan melaknat para Khulafa’ Arrasyidin, maka hal ini mustahab saja, (baik dilakukan), tak ada pula yg benci dengan hal ini kecuali syaitan dan para tentaranya.

Lalu kategori Bid’ah ini pun muncul entah dari mana… membawa hadits : “Semua Bid'ah adalah sesat dan semua sesat adalah di neraka”. Menimpakan hadits ini pada kelompok sahabat. Ah..ah..ah… adakah seorang muslim mengatakan orang yg memanggil nama Allah Yang Maha Tunggal, menyebut nama Allah dengan takdhim, berdoa dan bermunajat, mereka ini sesat dan di neraka?
Orang yg berpendapat ini bererti ia telah mengatakan seluruh nama nama di atas adalah penduduk neraka termasuk Umar bin Khattab ra dan seluruh sahabat, dan seluruh tabi’in, dan seluruh ulama Ahlussunnah Waljama’ah termasuk Sayyidina Muhammad saw, yang juga diperintah Allah untuk duduk bersama kelompok orang yg berdoa, dan bagindalah saw yg mengajarkan doa bersama-sama.
Semasa kita di Majlis-majlis menzahirkan lafaz doa dan munajat untuk menyaingi panggung-panggung maksiat yang setiap malam menggelegar dengan dahsyatnya menghancurkan telinga, berpuluh ribu pemuda dan remaja MEMUJA manusia-manusia pendosa dan menyebut-nyebut nama mereka..

Salahkah bila ada sekelompok pemuda menyebut-nyebut nama Allah Yang Maha Tunggal?...menggemakan nama Allah? Apakah Nama Allah sudah tak boleh dikumandangkan lagi dimuka bumi??? Seribu dalil mereka cari agar Nama Allah tak lagi dikumandangkan…cukup berbisik bisik…sama dengan komunis yang melarang meneriakkan nama Allah, dan melarang kumpulan zikir..
Adakah kita masih bisa menganggap kelompok wahabi ini adalah madzhab..?!!

Kita Ahlussunnah Waljama’ah berdoa, berzikir, dengan sirran wa jahran, di dalam hati, ketika bersendirian, dan bersama sama.
Sebagaimana Hadist Qudsi Allah swt berfirman : “BILA IA (HAMBAKU) MENYEBUT NAMAKU DALAM DIRINYA, MAKA AKU MENGINGATNYA DALAM DIRIKU, BILA MEREKA MENYEBUT NAMAKAU DALAM KELOMPOK BESAR, MAKA AKUPUN MENYEBUT (membanggakan) NAMA MEREKA DALAM KELOMPOK YG LEBIH BESAR DAN LEBIH MULIA”. (HR Bukhari Muslim).

Saran saya, kita doakan saja bahagian-bahagian mazhab abad ke 20 ini, agar mereka diberi hidayah dan kembali kepada kebenaran.
Wahai Allah, telah terkotori permukaan Bumi Mu dengan sanubari-sanubari yg disesatkan syaitan, maka hujankanlah hidayah Mu pada mereka agar mereka mahu kembali pada kebenaran, beridolakan sang Nabi saw, beridolakan Muhajirin dan Anshar, berakhlak dengan akhlak mereka, sopan dan rendah hati sebagaimana mereka.

dipetik daripada,
Kajian Bulughul Marom
Share:

Tunaikan Kewajipan...

Bertemu kembali... Sahabat-sahabat...ape itu kewajipan??.. Ya kewajipan itu ape yang wajib kan... Taklifan itulah tanggungjawab kite kan... Sebagai manusia yang diberikan taklifan sebagai khalifah di muka bumi ini kite perlu sedar apa sahaja yang berlaku adalah tanggungjawab kite.. Walaupun apa yang berlaku itu disebabkan orang lain, orang lain yang buat itu ini..tapi kite tetap bertanggungjawab...seperti dalam hadith Rasulullah s.a.w. yang membawa maksud jika kamu lihat kemungkaran maka ubahlah dengan tangan (kuasa), jika tidak dapat ubahlah dengan  lisan/kata-kata (nasihat), jika tidak boleh cegahlah dengan hati dan itu merupakan selemah-lemah iman...(kalau salah tolong betulkan ye) Bagaimana sahabat-sahabat??.

Kite ada tanggungjawab kan...kalau ada kesalahan atau kemungkaran di depan mata..kite xboleh lpas tangan jer..paling kurang pun kne benci dengan hati. Tapi nak ke kite cuma sampai tahap selemah-lemah iman jer??.. Dalam hal lain bukan lantang lagi kite berbicara..itu salah ini salah..ko kene buat ini ko kene buat itu kan...

Bagaimana sahabat-sahabat??...teringatkan sesuatu??... Fikir-fikir sejenak, renung-renungkan dan selamat beramal... Ana bukanlah apa, bukan hendak menunjuk betapa lengkapnya diri ana....ini je la yang terlintas dalam fikiran... Ok..majulah diri untuk agama, bangsa dan negara....


Hari ni ana nak flash back semasa program yang biro ana kendalikan dengan kerjasama sahabat-sahabat yang lain... Program Halawatur Ramadhan (Kemanisan Ramadhan)

Ramadhan Dirai Maghfirah Dikecapi

Semasa Hari Memperingati al-Quds 21 Ogos 2010
(Halawatur Ramadhan)


Semasa Perasmian Gaza Walk yang dirasmikan oelh Pengetua KHAR En. Norazman.
(isiarkan di Metro 13 September 2010)

 Banner Halawatur Ramadhan (Kemanisan Ramadhan)


Ni antara gambar-gambar ana semasa program yang ana kendalikan dengan kerjasama sahabat-sahabat yang lain..terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung...yang ada di dalam gambar mahupun tidak...terima kasih semua...



Share:

Menjelang Minggu Peperiksaan Akhir...

Pejam celik-pejam celik dah sampai ke hujung semester dah...ingat lagi masa awal semester dulu...minggu add drop pastu minggu pertama kuliah semester nih...
Itulah...benda yang paling jauh dari kita ialah masa lalu...mungkin kita ingat..tapi xmungkin kita boleh mengulangi dan membetulkan kesilapan lalu..betul x?? Mungkin boleh kot kat sini ana kongsi pengalaman-pengalaman sepanjang semester nih..dah banyak dah blog yang ana buat..tapi banyak jugak la yang berhenti di tengah jalan..banyak yang xgerak2...untuk permulaan ni..ana nak kongsi la peristiwa-peristiwa sepanjang program yang ana terlibat sepanjang semester nih...


Rasenye ni la program pertama yang ana ada simpan gambar-gambar yang berkaitan...sebelum ni pun ada program..tapi xde simpan...so ni je la ye.. Ni Kursus Pemantapan Rakan Exco 1..ana jadi kem komandan..

semasa petang explorace...(kenangan yang xdapat ana lupakan..semoga berkekalan hingga ke akhir hayat)


semasa majlis penutupan Kursus Pemantapan Rakan Exco 1


bergambar bersama Ajk Pelaksana (terdiri daripada JMK sendiri) dan Felo-felo


Daripada program ni, semoga yang terlibat sebagai peserta dapat menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman bagi menunjangi program-program KHAR pada masa akan datang..


Selepas seminggu KUPREX 1 (Kursus Pemantapan RAkan Exco)...ana terlibat dengan perkhemahan induksi Kelana Siswa 1 di Hutan Rimba Templer...Kawasan yang agak panas...ana datang dalam keadaan kurang sihat dan pulang pun dalam keadaan yang lebih kurang same je..mungkin semakin teruk sikit kot....kem ni bermula 6hb Ogos-8hb Ogos 2010..

selepas istiadat pagi


semasa menunggu giliran aktiviti


banyak-banyak aktiviti ni la aktiviti yang ana tunggu-tunggu...perasmian penutup dan bergambar beramai-ramai...ni kump B kelas sabtu pagi jam 11.00pagi-1.00petang.
Saat-saat yang ana tunggu semasa kem ni bermula..nak tahu kenapa?..sebab ana kurang sihat..xselesa nak buat aktiviti...

Cukup kot setakat dua program ni dulu...sebab dua program ni la ana ada harapan baru...ada kaitan antara dua program ni...
Nanti ana akan sambung pada post2 akan datang...


Share:

Salam Perkenalan...

Salam perkenalan daripada ana...ana bukanlah seorang yang giat menulis blog mahupun menulis karangan, cerpen, novel apatah lagi essay..Tujuan berblog bukanlah apa, hanya sekadar mencari ilham dan meluahkan ilham..mungkin juga nak berkongsi dan mencatat perjalanan hidup ini di bumi Allah S.W.T.

Salam perantau...


                                                                                                   
Kem Kelana Siswa di Bukit Hijau

Share:

Popular Posts

Followers